Friday, June 15, 2012

MENU DIET UTK GOLONGAN DARAH ANDA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

salam pagi jumaat yg indah dan penuh barakah .. akhirnya sekali lagi bersua kita di hari jumaat yg indah ini , syukurr alhamdulillahhh , pagi nie terasa damai dan selesa .. tapiiii cuaca x berapa elok , dengan jerebu sejak 2-3 hari nie .. bila ada jerebu macam nie menandakan cuaca panas yg akan melanda kita hari tuu .. ye kan .. haa itulah yg selalu orang2 cakap kan ;) ok2 .. pagi nie , hari nie akk nak up entry yg akk dpt info dari email akk .. alhamdulillah mana2 yg menarik dan berinformasi , konpermm akk akan copy dan share ngan uols .. kali nie info berkenaan diet mengikut  jenis darah anda .. haaaa sure ada diantara kita yg x pernah atau buat2 x tahu tentang golongan darah masing2 kan .. haaaaa akk lah salah sorang tuu ekeke

bila nak derma darah barulah nak amik tahu golongan jenis darah apalahh akak nie .. huhuhu sedih ! .. haa bila baca artikel nie .. barulah tahu dan betul atau tidak amalan diet kita selama ini .. bagi yg nak diet lahh nak2 macam akk nie ekeke .. makan sokmoo kena jaga ! .. ;) kalau tidak dush2 .. berkg2 lahh naiknyeee .. huhuh ngeri ! ... :)) ok2 jom sama2 kita lihat & baca


Diet Untuk Golongan Darah O
---------------------------------------

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan 
darah jenis ini.
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah AB
-------------------------------------------

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.

Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah A
--------------------------------------

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah B
--------------------------------------

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba


ok .. harap2 kepada semua kawan2 .. boleh lah lihat baca , panduan pemakanan dan diet yg sesuai mengikut golongan darah kita .. lebih elok macam nie .. kalau tidak kita x tahu kan .. adakah amalan pemakanan kita dan diet kita tuu sesuai kan .. almaklumlahhh skrg nie macam2 jenis penyakit dah kuar .. huhu semakin takut ngan menu2 org asia kita nie .. dan paling PELIK punn dah ada ! ... 

21 comments:

  1. salam kak ieda lama tak kunjung sni..

    baca entri ni tingat semalam berita ada tunjuk psl kita ni tahu tak tentang jenis darah kita sendiri..so far ramai yg dah tau jenis darah sendiri..

    ReplyDelete
  2. sya darah O dan sya mmg tak suka taugeh serta brokoli makanya mmg terlalu sedikitlah pengambilan sayur tu.. selalunya sya mmg bersarapan roti bakar dan mentega saja.. :)

    ReplyDelete
  3. salam..

    mula-mula masa diet dulu ada ikut juga. skrg dh tolak ketepi dah..haha

    ReplyDelete
  4. waa bagos ah entry ni kak :)

    ReplyDelete
  5. diet.... saya nk naik berat badan. . . . berat 39 kg kot... mcm mana...

    ReplyDelete
  6. kite darah O...
    Tq kak share info ni...sgt berguna... Br tau apa yg perlu apa yg tak...:-)

    ReplyDelete
  7. eh? eB kena kurangkan buah yer? hmmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  8. Bagus info ini.. TQ sharing.. :)

    ReplyDelete
  9. Kakak jenis darah O tapi yg sepatut kakak hindar itulah yg kakak suka dan yg patut kakak consume pulak kakak tak berapa suka... memang susahlah kalau nak ikut ieda..

    ReplyDelete
  10. GK darah AB..GK suka sangat la daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.pasni nie kena control la...

    ReplyDelete
  11. baru tau darah o takleh makan banyak buah... kenaper ek kak ieda...

    ReplyDelete
  12. ema berdarah B...tapi ema tak minum susu..huhuhu

    ReplyDelete
  13. saya berdarah B..lebih fleksibel..pnh dengar pemakanan sesuai ikut jenis darah tp xpnh amalkan...

    ReplyDelete
  14. sya jenis O .. okehh.. harus hindari nasi n jerukk.. tq kak..

    ReplyDelete
  15. diet oh diettt.. kuat tak kuat je nak ngekot nih hehehe

    ReplyDelete
  16. salam ziarah : thanks for sharing info, feel free follow me k

    ReplyDelete
  17. tengok, doc kata darah O kurangkan mknan karbohidrat, tp itulah yang saya suke ehehhee

    ReplyDelete
  18. cik rose darah ab...kurang makanan lauk...tapi susu suka minum hihihi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...