Monday, June 18, 2012

MENCARI KAEDAH BERKESAN CERAI "LAMPIN" ??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

yuk akk kongsikan tips utk menceraikan penggunaan lampin @ pampers ini ...


Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan bayi. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupan bayi. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan anak anda.

Lampin adalah keperluan dalam kehidupan bayi sehinggalah ke usia kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa hari ini memilih menggunakan lampin pakai buang sebagai salah satu cara mudah untuk memastikan bahagian sulit si manja berada dalam keadaan bersih dan kering. Bagaimanapun ia akan menjadi ‘masalah’ apabila ibu bapa tidak tahu cara terbaik untuk menghentikan penggunaan lampin pada anak.


‘Bercerai lampin’...Itulah perkataan yang selalu kita gunakan bagi merujuk usaha ibu bapa untuk menghentikan kebergantungan anak terhadap lampin. Ada yang anaknya sudah berusia enam tahun tetapi masih memakai lampin terutamanya pada sebelah malam. Jadi, ramai ibu bapa yang mencari jalan bagaimana untuk melatih si kecil ini agar ‘bercerai lampin’ seawal yang boleh.

Bilakah Usia Yang Paling Tepat?
 
Soalan yang sering diajukan oleh para ibu mengenai isu ‘cerai lampin’ ini ialah, “bilakah umur yang paling sesuai untuk menghentikan pemakaian lampin pakai buang terhadap anak saya?” Jawapan yang diperoleh pula selalunya pelbagai dan akhirnya mengelirukan.Sesetengah ibu bapa pula berpendapat ‘cerai lampin’ adalah sangat penting dan perlu dimulakan sejak dari awal.

 Sebenarnya, waktu yang paling sesuai untuk melatih si manja tidak memakai lampin ialah ketika si manja anda sudah mula memahami serta mampu berkomunikasi dengan persekitarannya. Keadaan ini akan menyelamatkan anda daripada perlu bersusah-payah untuk melatih si manja pergi ke tandas. Anak anda perlulah bersedia untuk melalui fasa peralihan ini.

 Adakah Si Manja Telah Bersedia?
 
Apabila si manja anda berkemampuan menerangkan sesuatu perkara secara lisan atau bukan lisan, ia menandakan dia telah bersedia untuk memulakan fasa peralihan tersebut. Apa yang paling penting, ibu bapa perlu bijak memahami tanda-tanda atau isyarat yang diberikan oleh si anak itu. Ibu bapa juga perlu membuatkan si manjanya memahami akan keperluan menggunakan tandas. Jadikan isu tandas ini sebagai salah satu ‘isu’ besar dalam diri mereka. Kaedah ini boleh membantu melatih si manja untuk ke tandas setiap kali ingin membuang air besar atau kecil.

Apakah Peranan Sebenar Ibu Bapa?
 
Semua ibu bapa perlu faham bahawa ini adalah satu proses peralihan yang memakan masa. Segelintir ibu bapa memang tidak dapat lari daripada perasaan kecewa apabila keputusan yang diperoleh bertentang dari apa yang diharapkan. Kebanyakan ibu bapa mengadu bahawa anak-anak mereka yang tidak memakai lampin selama beberapa minggu kembali semula memakainya. Keadaan inilah yang menyebabkan timbulnya rasa kecewa dalam diri segelintir ibu bapa. Seharusnya para ibu bapa tidak boleh memiliki perasaan kecewa. Sebaliknya, mereka harus terus mencuba untuk melatih si manja.

Kedua, tanya kepada diri sendiri mengapa usaha anda selalu menemui kegagalan? Jawapan mudah sahaja! Stok lampin masih ada di dalam rumah anda. Ramai ibu bapa merasakan mereka perlu mempunyai ‘lampin kecemasan’ di rumah. Pemikiran ini nyata tidak membantu anda untuk memisahkan si manja daripada terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ia akan lebih ‘memanjakan’ si manja dan secara tidak langsung anda akan terus bergantung terhadap penggunaan lampin pakai buang ini.

Apakah Pendekatan Terbaik?
 
Akhir sekali, elak daripada menggunakan ‘training pants’ untuk melatih anak anda ke tandas. Ia boleh mengundang lebih banyak kekeliruan kepada anak anda sekali gus mendorong si manja untuk terus menggunakan lampin. Sebaliknya, ibu bapa perlu menyediakan tandas yang bersesuaian untuk kegunaan si manja. Lakukan latihan tandas ini bersama-sama dengan pujian dan galakan daripada anda. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk menghentikan si manja menggunakan lampin.

petikan : pa & ma

akhir sekali .. cerai lampin @ pampers ini bukanlah satu perkara yang mudahkan . Cara yang terbaik untuk uolss praktikkan untuk menghentikan penggunaan pampers ini adalah dengan tidak meletakkannya di dalam rumah. Buat rumah uolss bebas daripada pampers ini. 

Memang di peringkat awal ia sgtlah susah . Tetapi jika tidak bertindak sedemikian uolss akan memerlukan masa yang lebih lama untuk melatih anak uolss . Tapi ada yg mengatakan jangan sesekali mengelirukan anak uolss dengan memakaikannya lampin @ pampers pada waktu malam @ ketika bersiar-siar. 

akk sedang amalkan cara ini untuk zahrien  .. harap2 ia x lah memakan masa yg lama .. ;) tapi dengan cara macam nie , mereka akan sedikit demi sedikit lupa untuk memakai pampers dan mereka mula belajar bangun sendiri untuk kencing even kalau kita cuba pada waktu malam hari  .. itu pandangan akk lah ..THE GOOD NEWS is skrg alhamdulillah zahrien dah free dypers pada waktu malam .. ok kan !!!


27 comments:

  1. oh akak...saya perlukan entry nih!!

    ReplyDelete
  2. betul kak... selagi ada stok pampers di rumah, masih teragak2 sbnrnya nak ceraikan lampin ni dari anak2. syukurlah si kembar sblm ni pun senang aje prosesnya...

    ReplyDelete
  3. ammar nak masuk 3 Tahun rasanya dah sesuai kot nk cerai lampin ni.

    ReplyDelete
  4. okey kak, membantu saya pasa masa akan datang..InsyaAllah...

    ReplyDelete
  5. masa akil dlm 4thn tuk full x pampers.. kcuali kdng2 mlm .. biasak ler kan boboy, kalau sejuk lebey skit, banjiro ler tilam ..

    now alhamdulillah tiap mlm 1 x sure dia bangn g tandas

    ReplyDelete
  6. kak... eysraf di day care dan sekolah dah berulan diajar free diapers tapi bila kat rumah sesekali ok sesekali maknya pakaikan diapers jugak! hahahha
    tak kuasa mak nak lap kencingnya!!! he he sesekali dia terlupa cakap... hehhe

    btw... nak copy tau info ni

    ReplyDelete
  7. @QueeN TerataI hurmmm sesuai juga , kalau tidak queen boleh ceraikan masa dia usia 3 tahun 1/2 .. ;)

    ReplyDelete
  8. @fazilzura aah ekekke ..
    samee macam zahrien lahh , mcm mlm tadi , dia bangun sendiri nak kencing , siap tutup pintu bilik , dah kencing masuk dan tutup balik .. akk sedar , tapi buat x sedar ekeke .. dlm hati alhamdulillahh sgt2 ..
    anak dah semakin besar ;)

    ReplyDelete
  9. @etiey.com loor jgn gitu dikk .. eysraf dah pandai cakap kan .. so kita ajar dia juga agar x lupee utk btahu nak kencing or else suh dia terus ke tandas utk kencing ..

    dgn cara etiey nie akan bantutkan usaha dia nak cerai dypers dik .. ciann dia ;)

    ReplyDelete
  10. anak2 lynn dua2 2 tahun setengah start cerai lampin...taktaula camna..tak ingat dah..tapi memang berpeluh ketiak sementara nak biasa tu kak..hehehhehe..berpeluh sebab lap lantai..hehehehhee

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. My 1st doter free from diapers at 2years old.. tp memang sgt penat time toilet train die.lepas ni nak train adiknya pula..bermula la episod yang memenatkan.. bagus entry ni bg cara yg betul. dulu sy main taram je..hahah :p

    ReplyDelete
  12. perkongsian yg baik utk para ibu..

    ReplyDelete
  13. emmm saya pon tengah nk suh adam tak pakai pempes dah, tp semalam gi tesco pulak topup pempes, camno nih hehehhee

    ReplyDelete
  14. anak buah saya berumur 2 tahun dh geli geli nk kencing kat pampers.. satart sana, dah ceraikan dia dari pampers la kecuali time nk tdo..

    ReplyDelete
  15. oooo mcm tu upenya.... perlu ambik tips ni utk praktik kt alisha nanti... ;-)

    ReplyDelete
  16. aisha sekrang dah fully free diapers, alhamdulillah... umur sekrang 3 1/2 thn...

    cuma kekadang terkucil time tidur, masih boleh dimaafkan (tidur atas toto jerk)... hehe

    good luck for zahrien...

    ReplyDelete
  17. Bagus N3 ini ieda utk panduan mereka yg sedang tercari-cari.

    Kita dah lepas dari ini kan..

    ReplyDelete
  18. sy penah ajar zikry kalau nk buang air ckp pd mama..


    kekdahnya dekat 20 kali dia jaka sy gi toilet..bukan nk buang pon..saje nk men air..*pitam

    ReplyDelete
  19. belum cuba lagi nak diaper free kan anak...nak tggu smp dia boleh bckp

    ReplyDelete
  20. Anak saya yg pompuan tu asyik jer nak bukak pampers. Nak potty train, tapi masih blom pandai ckp sgt. Nak kena ajar awal2 gak nih. Si abang dulu 2 thn lebih tak pakai pampers dah ☺☺

    ReplyDelete
  21. Umur 3 tahun dah sepatutnya diajar utk tidak dipakaikan lampin.. :)

    ReplyDelete
  22. anak2 saya genap umur 3 tahun NO drypers!! Alhamdulillah dorang ok...jimat duit saya kak...hehe...

    ReplyDelete
  23. bergantung pada anak2 jugak kot. saya pastikan anak2 dah bang air sebelum tidur. kebiasaannya kalau cuaca tak sejuk sangat dia orang okay je sampai ke pagi.

    ReplyDelete
  24. nice info kak ieda...Sebelum tido...saya akan pastikan anak2 saya buang air kencing terlebih dahulu...kalau malam tak pakai pamperslah...

    ReplyDelete
  25. Cara melatih si manja dengan efektif dan menjadi berdikari: http://www.boxingpartner.com/products/Foldable-Toilet-Bowl-01/83

    ReplyDelete
  26. Cara melatih si manja dengan efektif dan menjadi berdikari: http://www.boxingpartner.com/products/Foldable-Toilet-Bowl-01/83

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...