Saturday, June 30, 2012

KEKUATAN SABAR & REDHA DALAM MERAWAT HATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ramai antara kita yang tidak punya kekuatan dalaman untuk mampu tabah dan bahagia dalam kehidupan. Adakalanya akk rasakan dugaan2 dlm hidup membuatkan akk lemah dan x bermaya .. sedih dan hampa bilamana org yg kita sayang menghampakan kita .. jauh disudut hati ini akk rasakan akk tidak mamu lagi menerima @ menahannya .. namun hakikatnya adalah ...



kehidupan antara kita pelbagai corak dan ragam ceritanya, semuanya penuh dengan ujian, ranjau dan belukar hidup masing-masing, tiada yang tidak bermasalah dan tidak diuji ALLAH. kerana dengan ujian inilah ALLAH mengenal pasti yang mana hambaNYA yang menerima semua taqdir dan ketentuan yang telah diatur olehNYA dengan sabar dan redho, yang menerimanya bulat-bulat dan menyerah diri seratus peratus kepadaNYA dan yang mana tidak.

dengan ujian inilah ALLAH mengetahui yang mana satu hambaNYA dan yang mana satu yang berlagak tuan .

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

setiap detik dalam hidup kita akan dihisab dan ditimbang , apa sahaja yang kita buat, yang kita niatkan dan yang kita bicarakan dalam hati kita, walau sebesar zarah sekalipun, akan dibalas ALLAH.

apabila kita tidak mampu nampak ALLAH dan sentiasa berkeluh kesah, sentiasa memberi alasan dan asbab , mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip sabar dan redho , maka sebenarnya kita makin jauh dari ALLAH. masalah kita makin besar dan penyakit kita makin kronik.

peranan kekuatan sabar dan redho dalam hidup sangat besar, sebenarnya.
bila mana kita mampu bersabar dan boleh redho seikhlas hati, sepenuhnya, seratus peratus, inilah sebenarnya perawat musibah yang sejati.

apa sahaja yang berlaku kepada kita, kita boleh sabar seratus peratus, apa sahaja yang dilakukan orang atas kita kita mampu redho seratus peratus, maka inilah penawar musibah yang sebenarnya.

nafas yang kita tarik, udara yang kita bawa masuk  dalam diri kita nantinya , akan terus menyegarkan dan memberi ketenangan abadi.

kita tidak gundah gulana, kita tidak berkeluh kesah , kerana ALLAH bersama-sama kita. bukankah janji ALLAH, “sesungguhnya AKU bersama- sama dengan orang yang sabar “?

bukankah kita juga mengetahui bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita adalah kerana dosa kita sendiri,..

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)

namun Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)

kita kena nampak bahawa semua yang berlaku kepada kita adalah dari ALLAH tetapi atas perbuatan kita sendiri,… maka sabar dan redholah sepatutnya yang kita jadikan pakaian dan alat untuk merawat musibah ini… bersabar atas semuanya dan redho atas semuanya,…

nukilan : dari hawa ke hawa

insyaallah ...
bilamana kekuatan untuk sabar dan redho ini tidak mampu kita masukkan , maka ikhtiarlah merawat diri , insyaallah ... semoga ALLAH permudahkan . Ku doakan utk diriku jua , bertahanlah wahai hati .. walau sepedih mana , sebanyak mana air mata mengalir , bertahanlahhh demi anak2 yg amat2 aku kasihi ... 






22 comments:

  1. kenapa ni k.ieda..(eh jgn kita sebaya x..sy 33 thn..k.ieza?)..jgn sedih-sedih..InsyaAllah setiap apa yg berlaku pasti ada khimahnya..

    banyaknya bersabar dn berdoa ya..mudah-mudahan segalanya berakhir dengan baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk tua dari iizza .. :)
      tkasih dikk , mengalir air mata membaca , akk memang terus bersabar , mgkin ini dugaan dari allah buat akk .. pedih dan sayu dik
      semoga allah terus memberikan akk kekuatan
      x tahu bagaimana utk meneruskan langkah , hanya dengan pimpinan tangan dari anak2 membuatkan akk terus kuat .. :(

      Delete
  2. alahai..sedihnya entry akak ne.. xtau la nk kata apa yea kak.. berat mata memandang..berat lgi rasa yg memikul.. sabar yea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih sweety
      membaca , mendengar dan cuba utk memahami sudah memadai buat akk dik ..
      x terluah rasa pedih dihati .. sayu dan mengalir air mata disaat ini , moga allah perkuatkan hati
      jika selama ini akk sentiasa sembunyikan dengan senyuman dibibir
      namun kerekahan dihati semakin hari semakin memilukan hati ..
      akk redho dan menerima selagi daya hati ini ..

      Delete
  3. bersabarlah, itulah sebaiknya, moga terus cekal hadapi dugaan ini..

    ReplyDelete
  4. apepun mmg kite kena sabar kan..setiap org tak sama dugaan nyer..yg penting sentiasa bersangka baik pada Allah.. ingatan untuk diri saya jugak :)

    ReplyDelete
  5. Setiap dugaan dan cabaran ada hikmahnya kan kak, moga kita tabah mhadapinya

    ReplyDelete
  6. banyak2 lah bersabar kak...menghadapi ujian dari Allah ni...

    ReplyDelete
  7. Sabar tu kadang2 mampu lg, 100% redha tu yg susah.... Sentiasa doa minta DIA bantu kita supaya kita mampu redha...

    ReplyDelete
  8. @msredcheesecake tkasih dikk
    adakalanya kita rasa kita dah buat yg terbaik .. namun allah maha kaya dia tahu apa yg dia pertaruhakan buat kita .. sekuat mana kita perlu bersabar kerana dia sentiasa bersama org2 yg bersabar kan :(

    ReplyDelete
  9. @Aju Mohit ye aju ..
    bila melibatkan hati , ia begitu pedih .. x tahu nak cakap apa dah .. cuma harapan agar apa yg allah duga ini menguatkan hati agar terus tabah dan menerimanya dgn penuh rendah diri ..

    ReplyDelete
  10. tabah ya kak..ini saja sy mampu katakan..soal hati mmg rumit nak rungkaikan..namun sy harap akk dpt temui jln keluar secepat mungkin.take care -hug-

    ReplyDelete
  11. Ye la kak, DIA hanya uji kita ikut kemampuan kita.. walapun kdg kita rasa sangat berat.. sabar banyak2 ye kak..

    ReplyDelete
  12. sabarlah ieda, semoga terus tabah hadapi setiap dugaan yg mendtang, dah semoga dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
  13. Salam Ieda...berat mata yg memandang,berat lagi bahu yg memikul.
    Doa k.atie dr kejauhan agar//walaupon apa jua masalah ieda..hadapi dgn tenang & redho.
    Memohon & mengadulah dgn Allah...InsyaAllah akan diberi ketenangan hati.
    Be strong Dik!

    ReplyDelete
  14. @mamyharraz tkasih yati .. doakan buat akk agar terus kuat , nak2 kita nak sambut puasa nie .. lagilah serba x kena .. mana nak jaga hati mak dan ayah ..
    bila duduk ngan mak dan ayah nie , seperti yg akk pernah katakan dululah , ianya bukan mudah , kanan suami , kiri mak dan ayahh .. huhuh

    ReplyDelete
  15. @Ena tkasih ena .. berharap sgt2 macam tuu ., ujian diberikan benar2 mengikut kemampuan akk utk menerimanya .. harap2 akan ada kesudahannya .. aminnn ;) TQ dik

    ReplyDelete
  16. @♥♥azatiesayang ♥♥ tkasih kak .. tkasih sudi memahami .. bak kata akk , berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul , demi anak2 ieda redha dan terus berdoa agar semua masalah ini berakhir dengan kegembiraan .. aminnn

    ReplyDelete
  17. sedih wani baca entry ni kak...banyakkan bersabar yer kak...wani xtau nk kata mcm mana hanya mampu srh bersabar jer

    ReplyDelete
  18. Kak ieda. . Sedih ar. Hope akk byk2 bersabar ya. Bila soal hati dan perasaan ni mmg ssh nak dikawal. Sue sgt phm kak. Apa2 balik pd Allah. Dia yg lebih mengetahui. Semoga diberikan petunjuk dan ketabahan pd akak. :(

    ReplyDelete
  19. kak byk sabor ye..ujian yg kita terima ni tak sama..tapi semua org ada dugaan hidup msg2..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...