Sunday, June 3, 2012

JIWA TAIKO macam BEST !

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akk nie jarang sebenarnya tgk citer2 aksi ganas nie .. last tgk adalah citer KL GANGSTER tuu .. haaa yg aaron aziz berlakon .. tapi tadi tgk lah promo citer nie dlm tv kan .. mak aihhh not bad .. paling suke tgk pemenang wanita harapan popular tuu , haaa ape ke nama dia .. NADIYA NISSA .. dan SOFI JIKAN tuu ekkee .. adehh x menahan lah lakonan mereka nie .. memang seyes macam sedap ! .. hurmmm macam mana nak tgk citer nie nanti .. 14 Jun nie tayangan dia kan .. kira dekat juga dgn tayangan BOHSIA arahan SHAMSUL tuu .. hurmmm .. ;)


Bront Mohon Maaf Jika Menyinggung Mana-Mana Pihak


Pengarah Ombak Rindu, Osman Ali yang pernah menggegarkan panggung melalui filem romantisnya itu kini bakal mencipta kontroversi dengan karya terbarunya, Jiwa Taiko.
Salah satu adegan yang dilakonkan oleh Bront Palare dan Nadiya Nisaa dijangka bakal menjadi buah mulut kerana mungkin sedikit menyentuh sensitiviti masyarakat terutama masyarakat Melayu.

“Awal-awal lagi saya ingin meminta maaf jika babak lakonan kami itu menyentuh mana-mana pihak,” kata Bront Palarae ketika di temui di tayangan perdana filem Jiwa Taiko di Cathay Cineplexes Cineleisure Damansara.

 
Bront menambah yang dia dan Nadiya telah berbincang mengenai adegan tersebut sejak menjalani penggambaran Ombak Rindu. Dia menegaskan yang babak tersebut cuba dilakonkan dengan seimbang berserta teknik kamera yang berkesan demi menjadikan babak lebih realistik, walaupun kurang bersentuhan, sebenarnya.

info ; GUA

Sinopsis Filem Jiwa Taiko

Filem yang memulakan penggambaran pertengahan Disember 2010 di lokasi sekitar ibu negara dan Terengganu itu mengisahkan perjalanan kehidupan empat anak muda iaitu Firman lakonan Remy, Diana (Trisya), Freez (Fizz Fairuz) dan Lara (Nadia Nissa) yang dipertemukan di sebuah kelab milik Kak Pora (Mislina).

Masing-masing punya cerita tersendiri seperti Firman yang cuba membina kehidupan baru selepas keluar daripada penjara, manakala Trisya mahu dicintai, Freez pula hanya memikirkan kegembiraan dan Lara, jiwa bebasnya ingin terus berdikari.

Segala rasa dikongsi dengan Kak Pora yang begitu memahami naluri anak muda, malah di kelab Wira Cinta itu juga mereka mempelajari teknik persilatan dan di situlah mereka menyelami erti persahabatan serta kasih sejati.

Namun kehadiran Pinto, watak dibawakan Bront yang menjadi teman baik masa silam Firman hampir menggugat segala ketenangan apabila lelaki itu memberi kata dua sama ada dia kembali ke dunia hitam atau menjadi musuh Pinto selamanya.

hurmm rasa2nya akk macam biasa ... tunggu DVD lahhhh huhuhu 


13 comments:

  1. rasa cam best jer citer bohsia 2 tu..^_^

    ReplyDelete
  2. saya pun tggu kuar dvd jer la..

    ReplyDelete
  3. kak..saya dah tepek header akak buat tu..cantik akak buat..3 set plk tu akak kasi..mekasih kak...boleh saya buat tukar2...header tu mmg cantik kak tp kan cuma warna tulisannya tak kena kot kaler gelap sbb blog saya kan gelap..akak try la tgk ye..

    ReplyDelete
  4. Ye arh citer ni mcm best. Aritu br je tengok preview masa tonton Hoore Hoore

    ReplyDelete
  5. saya pun cam nak nengok cerita ni tapi cam tak dapat kot, pasal suami takmo nengok (biasalah lelaki kan tak suka filem melayu), huhu, mungkin jugak tunggu dvd je kot, kalau tak sabar sangat saya amik astro 1st jer..

    ReplyDelete
  6. poster nampak macam menarik je tu..

    ReplyDelete
  7. remy punya scene pun ada yg tk brp best la. sbb saya baca kat forum psl tu. remy kata dia ikut script je. yang bront tu takde pulak terbaca lagi. apa pun tggu je la.

    ReplyDelete
  8. akak..suke sangatlah header blog akak nih..hehehe..baru nk tegur kan..komen out of topic plak tuh..=p

    ReplyDelete
  9. macam best jer citer ni...
    tapi tunggu dvd kuar je lah baru dapat nonton...

    ReplyDelete
  10. macam bestkan.. lagi² dr pengarah anak halal, mcm lain dr yg lain cerita ni...

    ReplyDelete
  11. xminat nak tenguk cte-cte camni.nt nk beli cd je

    ReplyDelete
  12. Samalah Ieda tunggu dvd je nak tgk....

    ReplyDelete
  13. Nampak cam menarik...hihihi tunggu hubby upload dari tenet baru tengok..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...