Tuesday, June 19, 2012

HUKUM MAJLIS PERSANDINGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaa sebelum nie ramai yg pernah tertanya2 akan hukumnya majlis perkahwinan @ persandingan kan .. ok .. akk selama nie pun x der lah memberikan apa2 komen sehinggalah akk terjumpa akan artikel ini yg akak nak kongsikan dengan uolss .. harap semua persoalan berkenaan perkara ini terjawab ..

bukan ape kan .. selama nie akk lihat majlis perkahwinan zaman skrg dah banyak yg menyimpang dari ajaran dan sunnah nabi .. persandingan yg adakalanya melampau2 kan .. hurmmm memang its depends pada individu .. tapi tulah bila kita sebut " depends" tuu ia seolah x kesah kalau bertentang dengan ajaran dan sunnah nabi .. soo elok ke macam tuu .. banyak landasan2 yg kita x jelas dan x tahu .. bila kita dah tahu nie , x kan kita nak diamkan dan abaikan .. buat2 tak nampak .. aci ke ?? boleh ke ?? x kesah ke ??

1. Definasi persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas pelamin dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua juru kipas dan dituntun oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk dituntun, menjadi kenangan bersejarah, mera'ikan peluang se umur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.

Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulin. Ini kerana istilah Raja Sehari itu seperti adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimpot dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh, Tata Rakyat (Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

a). Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

b). Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
Hukum Islam terhadap Persandingan:

1. Menabur Beras Kunyit. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau ruh-ruh jahat, maka ia adalah syirik. Ia bercanggah dengan surah alFatihah: ayat 5, dan Yunus: 107

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu dari ruh-ruh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam. Perbuatan andaman yang berbentuk `litadlis' mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh alHadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah Melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tatoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.

4. Berhias untuk dipamirkan (tabaruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamirkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah," janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliyah dahulu." alAhzab: 33.

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran. Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."Islam mencela amalan boros: "janganlah kamu membazir secara melampau." maksud al_Isra': 26

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian. Ini berlawanan dengan ruh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." 2: 286

7. Maskahwin dan Hantaran yang Mahal Inilah bukanlah sunnah Rasul saw: "wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, alHakim dan Baihaqi)

Demi mera'ikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
 
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (dihadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2.Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan:
1. Prof Muhammad alGhazali, laisa minal Islam
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha
3. Prof Qardhawi, Fatawa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam
4. Ustazah Fatimah Ali, UM, Kajian Persandingan di Malaysia

semua nie bukan lah mudah , nak2 dlm zaman skrg nie .. adakalanya bila kita dah tahu , kita x tahu macam mana nak tegur , cakap or nasihatkan kan .. kalau kena adik beradik sendiri or ahli keluarga mungkin kita boleh bagi pandangan kita kan .. tapi kalau org luar .. yg kita x kenal .. macam mana ?? 

hurmm pada pandangan akk lah .. when its come to our family , seeolok2nya kita campur tanganlah dlm hal2 macam nie .. tapi kalau org luar , kita hanya mampu tersenyum kerana kita hadir punn ke majlis itu atas tiket jemputan sahaja kan .. sooo harap2 lepas ini , kita dah tahu , bolehlah kita perjelaskan kepada kawan2 atau sesiapa sahaja yg bertanya .. ;) ilmu yg ada .. bila dah kita ketahui , wajib kita hebahkan dan selebihnya terpulanglah kepada individu itu sendiri utk terima @ tidak .. ;)

20 comments:

  1. btul gak kan klu ahli keluarga terdekat boleh juga bg pandangan dan pendapat pasal ni tp klu org luar cmner erk...tkt gak tegur2 terasa hati...susah gak tu :)

    ReplyDelete
  2. dulu masa nak kawen
    mgm bapak xkasi sanding
    saya nak juga
    hehee
    tp mmg xde la beras kunyit tu
    sebab beras kan makanan
    xbaik nak tabur2
    saya letak bunga rampai je
    dlm bekas tepung tawar

    ReplyDelete
  3. sya bersanding gak kak.. tp dah lewat petang mmg hanya utk sedara mara terdekat jer.. :)tulakan eloknya kalau buat kecik2 aje.. :)

    ReplyDelete
  4. dah jadi kelaziman setiap pengantin baru..kalo tak bersanding dan bt kenduri besaran tu cam tk puas di mata dan hati..tp tu lah tk berani lerr nk menegur walau adik beradik sendiri pun huu..

    ReplyDelete
  5. Kakak dulu bersanding juga ieda. Cuma beras kunyit tabur-tabur tak adalah. Bila fikir balik macam menyesal pun ada... Kalau cantik tu tak apa juga. Heee... entahlah 17 tahun dulu tak sama sekarang.

    ReplyDelete
  6. falsya kawen dulu xde la tabur beras2 nie..hehe..

    ReplyDelete
  7. jampi serapah?.. ada gak ek..sy xpnh tgk lg setakat ni...

    pe2 pun, thanks kak kongsi info... :-)

    ReplyDelete
  8. 2x nikah takde sanding2....

    ReplyDelete
  9. hurm...tringat lak time kite kawen sanding dulu... flashback jap kak Ieda boleh gitu, heeee~

    selalu yg over2 ni golongan yg banyak duit kan... sebab suka menunjuk2, tu yg kenkadang leh jatuh syirik...

    ReplyDelete
  10. kak.. nasib baik kita dahkahwin kan. kalau tak.. sekarang peseng pelaminnya mcm2. he he

    btw.. memang kadang2 kita yg gerun menengok persiapan persandingan sesetengah org. nk grand punya pasal, siap buat loan bagai.

    ReplyDelete
  11. sekarang pengantin semua nak sanding bagai...saya pon bersanding jugak dulu tapi tak da la jampi serapah semua tu...Tgok orang sanding teringin jugak mase tu...hehehe...

    ReplyDelete
  12. saya dulu tak bersanding, just majlis makan dan ambil foto atas pelamin je. yang masuk foto adalah ahli keluarga terdekat.

    ReplyDelete
  13. 2la kan kalo ikut hukum mmg salah..tp masa sy tawen ader jugak pelamin tapi xbersanding pon cuma nk wat kenangan amek gambaq jew..hihii

    ReplyDelete
  14. aah kan kak..bile buat sesuatu kekadang terlebih2 had yang ditentukan agama...info yg baik..:)

    ReplyDelete
  15. biasanya gitulah..sekarang, kalau kawen tak sanding mmg tak sah...

    ReplyDelete
  16. masa sy kawen dulu, pelamin ader tp tak sanding pun. pelamin tuh just utk amik2 gambo jek. itu pun amik gambo time hadirin ramai dah balik. amik gambo ngan sedara mara n kengkwn jeklah pun ^_^

    ReplyDelete
  17. @Nana
    Boleh ikut adat tapi jangan langgar syariat !

    ReplyDelete
  18. izan ngan kakak2 masa kawen mmg takde istilah sanding2 ni kak.. majlis semuanya buat simple aje...

    ReplyDelete
  19. saya sanding gak dulu kak tp simple2 jer la..setakat nk bergambar..

    ReplyDelete
  20. hehehe Saya pun sanding jugak...tapi tak ada yg renjis2 tue...cuma sanding nak ambik gambar wat kenangan dan tatapan untuk anak2..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...