Thursday, June 28, 2012

HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu baru tahu .. selama nie , ingat kalau x pakai emas .. pakai silver aje dah ok  .. sbb hubby memang x suke pakai cincin emas dan suasa nie .. dia lebih suke pakai silver .. tapi silver ada ikat batu lah kan .. tapi dia pakai masa raya aje .. lepas raya dua tiga hari dia buka dan sukk dlm peti ajelahhhhh .. sbb dia buat kerja berat kan .. huhuhu x sangka lakk kalau tujuan utk berhias , ia dah jatuh salah @ berdosa @ haram .. hurmmm jom baca huraian di bawah yg akak petik dari email juga ;)



S : Apakah hukumnya lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada suasa atau platinum? Ia telah menjadi satu fesyen dalam kalangan pasangan yang mendirikan rumah tangga masa kini.

Joe
Johor Baharu


J :
Ramai yang menganggap hukum lelaki memakai cincin hanya bergantung kepada jenis logam. Haram memakai cincin yang diperbuat daripada emas dan halal memakai cincin yang diperbuat daripada logam-logam lain seperti perak, platinum dan lain-lain. Sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi hukum lelaki memakai cincin.

Pertama: Lelaki dilarang daripada memakai cincin yang diperbuat daripada `emas kuning [Shahih al-Bukhari, no: 5414]. Larangan ini sudah diketahui ramai.


Kedua: Lelaki dilarang memakai cincin atas tujuan perhiasan diri. Ini kerana cincin adalah barang perhiasan khusus kaum wanita dan Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Shahih al-Bukhari, no: 5546).


Ketiga: Lelaki dilarang memakai cincin pertunangan mahupun perkahwinan. Cincin pertunangan mahupun perkahwinan adalah budaya orang bukan Islam dan kita sebagai umat Islam dilarang daripada menyerupai mereka. Tidak mengapa jika seorang isteri memakai cincin pertunangan atau perkahwinan dengan tujuan ia adalah perhiasan dirinya. Namun bagi seorang suami, cincin bukanlah barang perhiasan baginya. Berkenaan larangan penyerupaan ini, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka adalah dia daripada mereka. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4031]


Mungkin ada di antara pembaca yang tertanya-tanya, bukankah Rasulullah juga memakai cincin? Ya, benar bahawa Rasulullah memakai cincin. Namun baginda tidak memakainya sebagai perhiasan diri atau sebagai cincin perkahwinan. Baginda memakainya sebagai cop mohor.


Di mata cincin Rasulullah, diukir tulisan “Muhammad Rasulullah”. Cincin ini baginda gunakan untuk menurunkan cop mohor ke atas surat-surat rasmi yang baginda utus kepada para pemimpin dan pembesar kaum lain. Ketika tidak digunakan sebagai cop mohor, baginda akan memusing mata cincin ke dalam, ertinya menghadap ke tapak tangannya. [Shahih al-Bukhari, no: 5417]


Jika dikaji tujuan dan cara Rasulullah memakai cincin, jelaslah kesalahan dakwaan sebahagian orang yang memakai cincin atas alasan ingin mengikuti sunnah Rasulullah. Mereka memakai cincin di beberapa jari, setiapnya dihiasi dengan mata cincin yang diperbuat daripada batu-batu yang cantik lagi berharga. Ini adalah amalan yang menyelisihi sunnah Rasulullah.


Merujuk kepada soalan di atas, apa yang penting bukanlah jenis logam tetapi tujuan cincin itu dipakai. Sudah dijelaskan lelaki tidak boleh memakai cincin atas tujuan perhiasan atau tanda sudah berkahwin. Selain dua tujuan ini, saya tidak mengetahui apa tujuan lain untuk seorang lelaki muslim memakai cincin, baik yang diperbuat daripada suasa, platinum atau apa-apa logam lain.

hurmm nampak gaya nya lepas nie kena cari cincin silver belah rota aje utk hubby .. kena tukar nie huhu @ x yah pakai langsung .. huhuh dah sah2 haram ieda wehhh



31 comments:

  1. ermm..mujur hubby xrapa suka pkai cincin..hehe

    ReplyDelete
  2. errr..yg no 3 tu ika baru tahu.

    ReplyDelete
  3. Thx for sharing kak..Nasiblah hubby kita tak suka pakai cincin...

    ReplyDelete
  4. Good info, thanks kak.

    ReplyDelete
  5. baru tau x keh pakai cincin tunang or kawen...byk betol terikut2 adat org kan...hmmmmm...

    ReplyDelete
  6. yang no 3 tuh sy pun bru tahu bln lpas....dh gitau incik hubby...dia pun tak pakai cincin perkahwinan...smpan je...

    ReplyDelete
  7. erm.. suami sya pakai cincin tp bkn cincin perkahwinan.. cincin tu cincin turun temurun.. adui sya pun x fhm utk apa cincin itu.

    ReplyDelete
  8. baru tau jugak..ermm hubby jrg nak pkai cincin skg sejak lepas kawen

    ReplyDelete
  9. Naseb my hubby tak pakai cincin, sebab tu amsa nikah Myra sarung jam tangan masa upacara batalkan air semayang :D

    ReplyDelete
  10. tengs for the info kak...

    ReplyDelete
  11. haram ye ... sebbaik la cincin laki ai tu dah sempit ckit dah ...so tak la beli lagi

    ReplyDelete
  12. Husband MQ dulu pakai cincin suaca ikat batu tu, lepas Dah hilang terus tak pakai Dah... Baik jugak hilang, rupa2nya dilaknat... TQ dear for the info....

    ReplyDelete
  13. thnx 4 sharing kak ieda :)

    ReplyDelete
  14. senang laki xyah pakai cincin kan?

    ReplyDelete
  15. penah gak borak ngan Mr Hubby tentang bab ni dan dia bertegas memang lelaki takleh pakai cincin..baru tahu citer sebenar..thanx sis!

    ReplyDelete
  16. mmg hubby x suka pakai cincin..tp kalau jam tgn..banyaklah koleksi dia..hehe
    apapun..nice sharing Ieda.. tq

    ReplyDelete
  17. tq sebab kongsi kak.... dulu en abg suka juga pakai cincin....tapi skrg dah tak pakai sebab tak muat..

    ReplyDelete
  18. Oh hooo..tak boleh pakai cincin kawin?

    ReplyDelete
  19. Nice info kak...Hubby saya tak suka pakai cincin..

    ReplyDelete
  20. ilmu baru nih, kita baru inagt nak bagi hubby cincin annivesary nanti..tuka g lain la nampaknyerr

    ReplyDelete
  21. hubby pakai jugak... cincin silver masa tawen dulu kasi... tapi sekali sekala ja dia pakai.. waktu dia tengat... huhu (T___T)

    ReplyDelete
  22. cincin en. suami dah tak muat..so tak pakailah

    ReplyDelete
  23. selamat duit saya! hahah..pening kepala sebenarnya nak cari cincin lelaki untuk nikah nanti. kalau dah begitu kata hukum, elok sangatlah kita jangan perhiaskan bakal suami dengan cincin nikah...
    nice info....

    ReplyDelete
  24. "Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai"

    mohon penjelasan...

    ReplyDelete
  25. perempuan mana2 jari leh pkai,lelaki hanya jri manis dn kelingking kiri dn kanan,bole pkai,sy dpt info dr ustad2..jgn lah ckp lelaki xle pkai cincin..krn stiap suatu yg nabi buat tak sia2..lainlah lelaki pkai,rantai gelang..kain sutera itu 'haram'menurut ilmu islam.tma ksih..

    ReplyDelete
  26. sesuai dgn ayat'tidak ku jadikan sesuatu itu dgn sia2'jika anda yg taw ilmu logam,anda akan fham knp nabi dn Allah swt mghalalkn pgunaan logam perak,tidak emas,menurut kajian ion2 mikro logm perak mnolog dlm mbunuh patogen,bakteria dn virus dll,ini dibuktikn knp alat2 pmbedahn dsadurkn dgn perak,ini utk mcegah pmbiakn dn jagkitan kuman kpd psakit lain.pgunaan cincin perak pd lelaki akn mgalirkn ion perak dr jari ke urat n jantung dn strusnya myebarknya ion2 itu kseluruh tubuh.dn scra smulajdinya dya imun dn pcegahn pykit dkurangkn,mcm gak pnadol,adkah ianya syirk n hram sbb ianya ubat'yg dtemui ole saintis barat satu ketika dulu?adakh pkai cincin syrik?tdak skranya anda faham konsep islam yg tsurat n tsirat walahualam..

    ReplyDelete
  27. pegi sini byk info..kwn2 http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/12/etika-pemakaian-cincin-dalam-islam.html?m=1

    ReplyDelete
  28. Sis.. maaf mencelah.. sini ada video UAI mengenai pemakaian cincin. Harap puan dapat menfaat daripada video ini

    http://www.youtube.com/watch?v=tyG0PCWYprI

    ReplyDelete
  29. puan ni dah tersasar jauh ni.. x boleh guna hadis sewenang wenangnya tau.. memang ada hadis yg melarang kita menyerupai sesuatu kaum.. tapi kalau menyerupai sesuatu kaum itu tidak bercanggah dengan syarak, boleh saja. puan kalau nak berhukum hakam dan menyebarkannya secara public macam ni, harap berguru dengan kitab dan manusia. bukan dengan search2 google saja. entry puan ini memalukan saya sebagai seorang Islam. entah apa yg diperkatakan orang bkn islam yg lain nanti. harap delete saja entry ni. ish3...

    ReplyDelete
  30. Wei bodoh. Kalau takde ilmu jgn pandai2 nk kuarkan fatwa. pegi belajar dulu la wei. Hukum jelas bgthu cincin tu sunnah nabi

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (236) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (178) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) kehidupan (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...