Monday, June 25, 2012

HATI INI MENANGIS LAGI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hati ini menangis lagi ... untuk kali yg keberapa ku sendiri tidak pasti .. adakah aku masih mampu meneruskan ini ... tatkala hati ini dilukai lagi .. sehingga bila ?? adakah diri masih mampu bertahan ?? demi anak2 yg ku pandang penuh kasih sayang .. ku pendam segalanya , ku telan segalanya walau ia terasa pahit bagai hempedu .. menghiris jiwa .. salah kah aku sebagai insan yg bernama isteri ....


Jika isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.....
Jika kau memegang tangan nya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu....
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...dia akan menurunkan rasa EGOnya....
Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong pegang tangan nya dengan penuh pengertian, kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam....

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menghampakannya mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya....

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu, lihatlah jauh ke dalam matanya...dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu?

Apakah keistimewaan perempuan ini? Disebalik kelembutannya dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...tutur katanya merupakan kebenaran...senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya....pelukan dan ciumannya bisa memberi kehangatan bagi anak-anaknya..

Dia tersenyum bila melihat temannya tertawa...dia terharu, menangis bila melihat kesengsaraan pada orang-orang yang dikasihinya....dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya....dia sangat gembira melihat kelahiran.....dia begitu sedih melihat kematian....titisan airmatanya bisa membawa perdamaian......

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana satu hal..bahawa "Betapa berharganya dia".....

"HARGAILAH DIRI INI SEBELUM TERLEWAT"....



28 comments:

  1. tak terkata..

    cuba fahami apa yg tersurat & tersirat.. moga kita sbg isteri sentiasa tabah harungi segalanya

    ReplyDelete
  2. tak tahu nak cakap apa

    sebab schaze belum lagi berumah tangga

    jadi

    semoga akak lebih tabah demi anak-anak

    ReplyDelete
  3. alaa nape ni kak.. xnklah sedih2 camni.. ni yg buat sy pun rs sedih.. dah lah sy ni xleh tgk org sedih2...

    pe2 pun moga kita isteri2 sentiasa tabah menghadapi kehidupan...

    ReplyDelete
  4. sedihla kita baca kak.. tak sabar nak ada teman disisi tp tak sanggup rasanya bila diri diketepikan.. sungguh, tak sanggup rasanye

    ReplyDelete
  5. Suka duka..senyum tangis lumrah kehidupan. life is like a roller coaster, sometimes you are up in the air and sometimes you are deeply down crying... senyum sokmo.. mencari redha illahi.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ieda

    Insyaallah
    kebahagian akan menjelma

    ReplyDelete
  7. masalah umah tangga susah benar nak jangka...

    ReplyDelete
  8. ieda..semoga semuanya baik2 saja

    ReplyDelete
  9. salam kenal juga dari sy akak...

    sedih betul entry ni...

    ReplyDelete
  10. kak...
    apa2 pon berlaku.. lya harap akak byk2 bersabar. sbg isteri.. kt selalu di uji.. kdg2 ujian itu amat2 myakitkan.. tp..percayalah.. tuhan akan elalu bersama kita.. byk2 bdoa ye..

    ReplyDelete
  11. sayu jer baca ntri ni...

    Sbgai isteri, mmng terlalu bnyak dugaan yg trpksa kita tempuh dalam mlayari bahtera r/tangga...semoga kita diberi kekuatan mnghadapi segalanya....

    ReplyDelete
  12. Salam.. Kak Ieda, terima kasih kerana sudi singgah di blog Nur yang satu lagi.

    Terharu dengan entri ni.. Semoga pasangan kita sentiasa menjadi yang terbaik dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

    ReplyDelete
  13. kdg2 manusia ni...menda yg masih ada dpn mata tak dihargai.bila dah takde sok baru tercari2 kan kak...

    ReplyDelete
  14. salam kak.. be strong k..setiap org ada mslh..tp semuany mesti ada hikmah kan kak... be strong k.. sy tahu akak kuat :)

    ReplyDelete
  15. smoga hepy slalu d samping family k kak..

    ReplyDelete
  16. moga semua yg baik2 saja

    ReplyDelete
  17. kenapa ni ieda? Harap semuanya baik2 aje...

    ReplyDelete
  18. berat beban yg memikul...berat pula mia yg mendengar....terkdg merasakan betapa bersyukur juga akan erti pjj membuatkan suami lbh menghargai isteri saat sesekali berjumpa..namun dlm rumahtangga pasti ada manis & phtnya...kuatkan smgt akak ye

    ReplyDelete
  19. Walau setabah dan sekuat mana pun seorg isteri kalau hatinya terguris dek perlakuan suami pasti airmata akan luruh...

    ReplyDelete
  20. sabar ye...dugaan Allah beri sbb Dia tahu kita mamapu utk hadapi..
    Moga segalanya baik-baik saja..amiiin.

    ReplyDelete
  21. aku jarang nangis .... tp klu dah lama simpan mmg nangis ...
    betui tu kak ... hargailah diri ini sebelum terlewat...

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum ieda,

    kak Ros setuju sangat dengan N3 ieda nih....memang banyak sangat pengorbanan bagi seorang yang bergelar isteri ni kan ieda....memang patut dihargai...

    Bagi ister2 yang mithali lah kan ieda.....suami yang baik pun patut dihargai jugak....

    ReplyDelete
  23. semoga ieda terus bersabar hadapi setiap apa jua dugaan yg mendtg

    ReplyDelete
  24. akak... sedih sgt Queen baca ni seakan memahami keadaan akak ni.. inilah dugaan untuk kita sbg isteri kak.. kdg2 suami ni bkn tak hargai tp mereka cuma xtahu atau x pandai mcm mana caranya untuk menunjukkan rasa mereka.. kdg2 kita mmg xkan dpt apa yg kita inginkan dr sesorg kak.. mmg sush bila berharap pd org ni.. tp bila kita berharap pd Allah insyaAllah kita akan dpt..

    akak... Queen tahu akak sedih.. tp untuk mencari bahagia itu dtgnya dari diri kita sndiri.. adalah lbh baik kita lupakan keburukan yg ada dan apa kata kita sentiasa ingati kebaikan yg dia ada sbg seorg suami..

    maaf andai Queen tersalah tafsir perasaan akak di kala ini.. tp inilah saja cara yg Queen rasa sgt sesuai untuk mengubati luka dihati akak itu... :) luv u..

    ReplyDelete
  25. kak..nape ni..sedih plk saya..mmg lumrah kak suami isteri tak sikit byk ada jer yg tak kena..tp semua tu dugaan berumah tangga kak..kena sabar byk2 la..

    ReplyDelete
  26. nape ni kak? x mo sedih2 yer.. biasa la kak asam garam rumahtangga.. x selalunya indahkan.. pe2 pun sy doakan yg terbaik utk akak & keluarga.. :)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...