Wednesday, June 20, 2012

BILA HATI TERASA KEKOSONGAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

kekadang kita merasakan hidup tidak bermakna.
tika ini sebenarnya, iman tandus dalam jiwa, kerna sekiranya iman menghiasi dada, jiwa kita sentiasa penuh dan damai. lalu, apa yang perlu dilakukan untuk mengisi kembali ruang kosong dalam jiwa itu?

naikkan kembali rasa beriman.

naikkan kembali rasa bertaqwa.

masukkan kembali rasa yang ALLAH ada.
walau kita tak miliki apa, tak punya sesiapa, namun kena masukkan dalam hati bahawa kita ada ALLAH,..

ALLAH tidak pernah zalim,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ

أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُواْ لِي وَلْيُؤْمِنُواْ بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

[2:186] Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo’a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

bagaimana cara untuk masukkan rasa beriman?

berbicara tentang ALLAH.

memikirkan akan kebesaranNYA.

mengakui dalam hati bahawa kita hanya seorang hamba, dan DIA ALLAH berhak berbuat apa sahaja pada kita.

memahami hakikat bahawa ALLAH tidak pernah zalim.

pemikiran-pemikiran begini sahaja yang akan menaikkan kekuatan keimanan kita.
hanya bercakap, berfikir tentang ALLAH dan hal langit sahaja yang akan membawa kekuatan dalaman dalam diri kita. selagi hati dan minda banyak berkeluh kesah tentang hal dunia, baik harta atau makhluk di dalamnya, maka selagi itulah kita bermasalah. maka, untuk mengisi kekosongan dalam hati, adalah dengan memasukkan iman  dalam dada.

 
sesungguhnya kita tak pernah berseorangan.


ps : insyaallah sok kita akan menyambut 1 syaaban .. yuk berpuasa sunat sempena menyambut ketibaan bulan yg mulia ini .. ;)  

14 comments:

  1. Tq atas perkongsian yg baik ini kak, besok nak pose last ganti huhu

    ReplyDelete
  2. yang penting jangan putus asa daripada rahmat Allah taala..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa sunat kak :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas pkongsian ni.. x mampu bkata apa2 g skang ni kak.. hnya berserah..

    ReplyDelete
  5. TQ kak.. Untuk keinsafan diri ;)

    ReplyDelete
  6. thx kak for sharing hehehe
    kalo x bc sal pose sunat syaaban tu xtahu el hehe

    ReplyDelete
  7. Percaya Allah takkan menganiaya kita...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  8. kita je selalu pk kita sorg2 kat dunia sbb kita x kenal siapa pencipta kita.. kita tak mendekati pencipta kita.. betul tak kak?

    ReplyDelete
  9. Alhamdullilah sejak akhir-akhir ni sy banyak peroleh ketenangan..:)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...