Saturday, June 16, 2012

BILA ANAK - ANAK BELUM BOLEH MEMBACA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

salam di petang hujung minggu ini .. alhamdulillah kebetulan dirumah akk ada buat usrah ( baca kitab ) .. oleh ustazah yg dijemput khas untuk beri ceramah .. syukur niat ummi tercapai nak buat usrah , dah dua kali sebenarnya .. kali nie akk banyak lah membantu .. ok2 tu nanti akk story kat enty lain ..

haa nie nak cerita sikit pasal kaedah anak2 kecil dlm membaca nie .. ada yg x pandai betul membaca .. ada yg belum pandai dan ada yg x berapa lancar kan .. macam zahrien nie akk terima layie sbb dia baru 4 tahun .. haa kalau yg ada anak usia 6 dan 7 tahun tuu .. macam mana ?? sbb akk pernah ada pengalaman sabriena yg x berapa baik dlm membaca masa usia dia 7 tahun .. huhuh memang sedih sbb agak keciwa bila pendekatan didalam tadika dia x sama seperti yg akk harapkan .. di tadika dulu mereka tekankan " menghafal abjad " bukan " mengenal abjad " haaa susah kalau macam tu .. skrg nie , alhamdulillah sabriena dah banyak berubah .. 

akk terpaksa pulun lebih sikit dengan dia .. syukur di usia dia skrg 8 tahun dia dah banyak berubah .. skrg nie giliran zahrien .. cuma akk teruja nak share kaedah2 yg boleh membantu kawan2 dlm menanggani masalah anak2 yg belum boleh membaca nie .. yuk sama2 kita pahami ..

zahrien skrg cukup suka buat dot dot nie ;)

1. Jangan Rasa Tertekan
 
Perkara pertama yang perlu lakukan adalah relaks. Jika anak anda dapat merasakan kerisauan anda, dia juga akan merasa tertekan dan ini akan melambatkan proses dia belajar membaca. Lebih penting lagi, dia akan belajar membaca bukan kerana suka tetapi terpaksa. Anak akan cuba sedaya-upayanya, memaksa dirinya membaca untuk melegakan tekanan. Sekiranya dia masih tidak dapat membaca, dia mungkin akan rasa dirinya telah gagal dan mengecewakan ibunya. Dengan itu, ibu (maupun ayah) harus tenang. Ingatlah,masih ada ruang serta masa untuk membentuk kemampuannya.

 2. Hargai Keistimewaannya
 
Setiap anak adalah istimewa. Elakkan daripada membezakan dia dengan kakak atau abangnya atau kawannya. Setiap anak mempunyai kemampuannya sendiri yang harus dihormati dan dikagumi. Membandingkan dia dengan yang lain hanya akan merendahkan maruah dirinya dan ini akan meninggalkan kesan negatif.

3. Kaitkan Dengan Minat
 
Teruskan mengadakan sesi bacaan dengan anak setiap hari tetapi pastikan bahan bacaannya menarik. Anak berusia 6 tahun sudah mempunyai citarasa serta kecenderungannya sendiri. Jika anak meminati bola sepak atau Ultraman, mempelajari perkataan tentang subjek-subjek kegemarannya ini adalah lebih bermakna baginya daripada membaca buku seperti “Peter and Jane”.

4. Lakukan dengan konsisten dengan penuh keseronokan.
 
Teruskan usaha menjalankan aktiviti membaca di rumah secara konsisten tetapi pada masa yang sama gunakan strategi yang berbeza untuk mencetuskan minat. Sesetengah anak harus diperlihatkan kenapa penting dia boleh serta suka membaca

CARA INI MUNGKIN MEMBANTU

a) Anda boleh melabelkan objek di rumah untuk dibaca bersama-sama. Selepas seminggu, ubah kedudukan label dan minta anak kesan kesilapan serta perbetulkan.

b) Sediakan satu kotak khas yang anda telah hiasi dengan cantil. Tuliskan serta nyatakan pada anak bahawa itu adalah kotak “ I can read” . Minta anak sebutkan perkataan yang disukai, tulis dan baca. Nyatakan pada anak dia kini sudah mengenali perkataan tersebut serta simpan dalam kotak. Hari berikutnya, minta anak nyatakan perkataan baru untuk kotak, tulis serta baca. Ulang baca perkataan pertama. Jika anak kelihatan seolah-olah telah lupa, jangan risau. Dengan tenang ulang baca perkataan tersebut.

c) Reka kad ala bingo menggunakan perkataan yang diminatinya.

d) Gunakan kad-kad imbasan lamanya untuk membuat ayat. Pastikan perkataan-perkataan yang digemarinya juga digunakan.

e) Baca buku-buku yang melucukan atau buku-buku yang mempunyai rima atau perkataan yang diulang-ulang. Ramai anak suka membaca buku yang melucukan dan akan ingat perkataan-perkataan tertentu yang di anggap lucu.

f) Atau beli buku mewarna subjek kegemarannya. Hasilkan ayat berdasarkan gambar dalam buku dan jadikan dia buku baru dengan menggunakan kertas lukisan.

sumber : email

harap artikel diatas dpt membantu kawan2 dlm menanggani masalah anak2 yg kurang @ belum pandai membaca .. selain dari kita yg berdoa dan berusaha memberikan yg terbaik buat mereka .. mana tahu tips2 diatas banyak membantu kalian.. semua terletak ditangan kita .. kita ibu bapa yg mencorak anak2 kita .. insyaallahhh sama2 kita usahakan .. ;)

24 comments:

  1. kak..kaedah ne juga agak membantu tuk saya utk sesi pengajaran n pembelajaran..tq yea..(^_^)

    ReplyDelete
  2. Saya dulu 4 tahun dah mula membaca. Gigih mak sy ajar sendiri kt umah. But now bl sendiri ada anak, x dpt nk buat mcm mak dl. Zara br pndai kenal huruf n mengeja ikut huruf yg die nampak. Masih x dpt nk spent lebih masa utk ajar die membaca btol2..huhu

    ReplyDelete
  3. Betul kak, yg penting jgn putus asa ajar anak2 mmbaca, najwa dulu 6 tahun baru saya sedar tlambat ajar dia mmbaca, alhamdulillah skrg bacaannya dh lancar.

    ReplyDelete
  4. kena banyak sangat bersabar kalau mengajar budak2..

    ReplyDelete
  5. Info yg menarik kak ieda untuk di kongsi...mengajar anak-anak nie kena banyak sabar...

    ReplyDelete
  6. betul.. masa sye kecik dulu beginilah.. tak ditekankan untuk menghafal.. tapi mengenal.. :)

    ReplyDelete
  7. Mmg kene byk sabar ajar anak2 ni..
    Ni pun kat rumah skrg ni gaduh2 manja diarang adik beradik bila kakaknya mengajar...

    ReplyDelete
  8. Tahap anak berbeza 2 walau dtg dr perut yg sama.

    ReplyDelete
  9. terima kasih kongsikan info ni.. sesuai sgtlah pd usia anak sy 4 tahun.. kami dha mule dedahkan diri dia untuk membaca... huruf mmg dah hafal.. tp bile soh tunjukkk xtau yg mane2 hala.. ditujunya....

    ReplyDelete
  10. kak ieda..anak kak ieda pun ada gak umor 4 tahun ye...maira pun sekarang alhamdulillah dah kenal semua huruf..bila suruh tulis pun dia dh dapat tulis semua huruf bile kita sebutkan..cuma tgh nk ajar dia membaca la ni...

    kak..bagilah alamat..saya nk kasi akak cenderahati sikit...akak bagi kt komen pun boleh..saya tak publish nanti ye..

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sharekan informasi nie... anak saya pun berumur 4 tahun... sekarang nie, tengah sibuk ajar membaca... ABC & 123 dah ada improvement... membaca nie belum lagi...

    ReplyDelete
  12. kena lah guna pelbagai pendekatan.. anak2 ni berbeza antara satu sama lain...

    ReplyDelete
  13. tu la... saya pun tengah nk cuba kenalkan ank2 dgn huruf abc ni dan alif ba ta.

    ReplyDelete
  14. info yang bagus :) adib baru nak masuk 4tahun syukur dah mula kenal huruf tapi dia baca bile ada mood je ..

    ReplyDelete
  15. info dn tips yg bagus...

    ReplyDelete
  16. Thx for sharing kak...
    mengajar anak2 ni memang kena banyak bersabar...lily memang setiap hari akan pastikan Qis belajar..

    ReplyDelete
  17. salam kak..tips dan kaedah yang sangat praktikal, kalau la semua ibu bapa mampu buat mcm ni,mmg cerah masa depan anak-anak..:) thanks kak for the info, n nice blog..:)

    ReplyDelete
  18. @ainnoraini budak2 semua macam tuu .. bila ada kakak2 @ abang2 tgh belajar mereka selalu kacau .. entah kenapa kan ;))

    ReplyDelete
  19. @Masya aah memang biasa macam tuu
    anak akk nie same aje .. hafal huruf dan no .. tapi bila suh tunjuk melalutt aje ekeke ;)

    ReplyDelete
  20. @fieda ya allahh ampunnnn , lupe dikkk ekeke .. ok2 .. akk bgi kat entry ye ;)

    ReplyDelete
  21. @adyna aah mereka baca memang bil ada mood aje .. kalau tidak jgn harap mereka layan huhuh

    ReplyDelete
  22. @zaxx ok dikk .. ur are welcome .. do come again ;)

    ReplyDelete
  23. salam sis..anak saya dah darjah 2 tapi masih tak boleh membaca dengan lancar... yang dah umur tahun pun baru kenal dua suku kata....
    terima kasih atas tips yang berguna ni...

    www.mamavitamin.com

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...