Thursday, June 14, 2012

ANAK MERAGAM ....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

bila bercakap pasal mengamuk nie .. mana2 anak pun akak mengamuk bila x dpt apa yg dia nak kan .. xceli akk selalu juga nampak situasi nie di mana2 .. samaada di pasaraya mahupun di majlis kawin @ di rumah org .. haaa amat2 kerap lah bila berada di situasi panas dan ramai org .. ada yg menangis sbb x tahan panas @ x dpt apa yg dia inginkan .. kalau di taman permainan pula , menangis kerana x dpt teruskan main .. sampai ada tuu berguling2 .. dan paling pelik ibu dan ayah buat x tahu aje .. adehhh akk lak kurang sabar .. bukan kurang sabar ngan anak org tuu tapi ngan ibu bapa mereka .. mau idoknyeee , kenapa biarkan saja anak berkelakuan begitu ..

macam zahrien dan anak2 akk yg lain .. dari awal akk dah terapkan , jgn mengamuk dan meroyan x tentu pasal bila x dpt sesuatu barang @ apa sahaja .. awal2 dah warning kalau ikut ibu ke pasar raya @ mall , ibu x janjikan apa2 utk dibelikan .. ayat senang " ibu x der duit " ahahhaha .. dan kalau di taman permainan pula kan .. akk selalu pujuk dan cakap baik2 dgn anak2 .. x leh lama2 .. @ dlm kereta lagi dah bercakap2 x leh main lama2 .. nanti dah magrib kita kena balik dan macam2 lagi lahh .. soo alhamdulillah bila penerapan kita dari awal tu dah bagus .. insyaallah kita x akan di malukan oleh anak2 kita di depan khalayak ramai ;)

Anak mengamuk atau meragam di tempat umum mungkin akan membuat anda malu dan sangat marah. Anak pula akan menangis dan menjerit dengan sekuat hati dan berguling-guling di lantai tanpa menghiraukan orang di sekelilingnya. Apa yang dia tahu, kehendaknya mesti dipenuhi. Akibatnya, segelintir ibu bapa sengaja memilih untuk ‘beralah’ dengan anak, yang penting dia tidak lagi menjerit.

Kenapa Mengamuk

Situasi mengamuk atau meragam memang biasa dialami oleh ibu bapa. Ini kerana mengamuk adalah cara anak-anak kita melepaskan geram, kecewa, meluahkan apa yang terbuku di hati dan cara untuk mereka mendapatkan sesuatu dan bila mendengar perkataan ‘jangan’. Ada juga meragam kerana mereka ingin perhatian, penat, lapar atau merasa tidak selesa. Semua ini diluahkan dengan cara meragam. Cuma sebagai ibu bapa kita perlu kenal pasti situasi apa yang membuatkan anak meragam.

Menurut Dr Brenna E Lorenz, peneliti dari University of Guam, kita perlu memahami mengapa anak mengamuk. Dia mengamuk kerana dorongan rasa marah dalam dirinya. Kemudian kemarahan ini akan menjadi rasa takut. Misalnya, “Kalau saya tidak mendapat mainan ini sekarang, sampai bila pun ayah tidak akan belikan pada saya.”

Walaupun mengamuk adalah satu perkembangan normal tetapi sebagai ibu bapa, kita mesti menolong anak mengawal tabiat itu. Ikuti panduan menghadapi anak mengamuk.



Panduan Hadapi Anak Mengamuk

1. Alih perhatian dia.

Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.

Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi.  

3. Elak daripada memarahi atau menjerit

Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan

Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam.

5. Apabila anak berhenti mengamuk

Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

insyaallahhh , anak2 kita yg corakkan sejak dari awal .. dia akan buat apa yg diterapkan kepada kita kerana ia dianggap kebiasaan baginya .. macam anak2 akk .. adakalanya bila anggah nak kan sesuatu dan majuk .. si kakak akan membisik  .. " jgn macam tu .. ibu x der duit nak beli , kalau ada duit nanti ibu belikan lahh " aiseyyyyyyyy ekekek sib baikk kakak x cakap kuat ! ... muahahhaha .. dan syukur anak2 paham .. alhamdulillah skrg kalau ke mana2 .. memang x pernah alami "berguling2" ... " membentak2" tuuu ;))


26 comments:

  1. Betul tue kak ieda...saya kalau anak saya mengamuk,saya buat dek jer hihihi

    ReplyDelete
  2. ni kene alert ni bab2 camni ni kan kak, heeee~ tengs kak, manyak info saya dpt dari blog Kak Ieda...
    ur the best la Sis!

    ReplyDelete
  3. saya depends on keadaan la..kdg saya biarkan jek..kadang klu tk smpai hati layankan juga nk tgk ape yg die nak sebenarnya..tp kdg kalau tgh penat, stress jugak menghadap..huhu

    ReplyDelete
  4. saya depends on keadaan la..kdg saya biarkan jek..kadang klu tk smpai hati layankan juga nk tgk ape yg die nak sebenarnya..tp kdg kalau tgh penat, stress jugak menghadap..huhu

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, anak dieyana jarang2 ngamuk guling2, sekadar biasa2 tu ada la...ngamuk minta2 sesuatu tk de lah sgt...ngamuk ngantuk/penat ada lah... tapi kalau dia ngamuk depan org, sy cuba kawal perasaan saya walau dl hati pans membara, tapi sy tak nk org pandang sy, ibu bapa yang tak reti nk ngajar ank2, sy cuba juga pujuk dia, kalau tk mkn pujuk, angkat n terus balik (kalau berada di mall/taman), n kami terutama suami tk pernah beralah dgn anak2..kalau kita beralah, lain kali dia akan ulang lagi. skang, kalau g mana2, sy promise siap2 dgn anak2...kalau dia mungkir janji, mmng kena lah! smile!!

    ReplyDelete
  6. bagus ank2 akak erk.. kalo dah dari mula dapat didikan mcm ne, senang la nk bwa ank2 kemana2..

    ReplyDelete
  7. selalunya kak mmg sya amalkan yg no 4 tu.. mmg sya buat tak peduli aje. tp lps dia berhenti tu mmg sya akan slow talk dgn dia sama ada dia fhm atau tidak. tp tula kdg2 ibu dan ayah tidk sama pendekatannya.. bg suami sya pula dia mmg tak suka kalau anaknya menangis dan mengamuk maka bila anak tu berkeinginan sesuatu pasti dia akan membeli atau memberinya. Itu lah yg menjadi sushnya sya bila anak mengamuk. Sya mmg x layan tp si bapa plak melayan.. maka akibatnya skrg ni kalau dia tak dpt apa yg dia nak mmg dia akan mengamuk habis-habisan smp dia dpt apa yg dia inginkan then baru dia ok.. ermmm.. elok sgt ni kalau bg hubby sya bacakan? hehehehe

    ReplyDelete
  8. sy tgh belajar mcm mana nk hadapi ngan ank ngamuk d mall. kdg2 tu sy pula yg terover geram ngan prangai dia

    ReplyDelete
  9. hehehehe rara pon nt nk ajar anak cm tu.

    ReplyDelete
  10. Baru Ahad lepas ieda kakak ada jumpa budak mengamuk sakan boleh mak-ayah dia buat tak tahu. Kakak sedih dan sayang-sayang tanya kenapa alkisahnya dia nak bunga manggar. Cepat aje abang minta satu dgn budak yg jaga bunga manggar bagi budak tu terus diam... mak-ayah dia malu nak minta sanggup tengok anak dia meroyan...

    ReplyDelete
  11. info yg sgt2 berguna kak.....mmg itulaa yg selalu budak2 ni buat...biase laa dieorg pun ade mase akan memberontak jugak kan....tips2 akak ni mmg berguna...boleh dipraktikkan....

    ReplyDelete
  12. papa mifz yg kerja dlm shopping complex nih mmg selalu nmpk kejadian budak2 mengamuk nih kak...hehe

    ReplyDelete
  13. ank2 lin klu nk men kt tmn permainan lin srh g kencing siap2 minum air siap2 lps tu bgtau brape lama yg lin peruntukkan utk men kt situ...lin faham kdg2 diorg nk berinteraksi atau bergaul dgn kawan2 tp kene ada strict line..faham klu men xpuas ank2 akan msm2 muka..tp lin janjikan next time men lagi..

    ReplyDelete
  14. letih tgk budak xdpt apa dia nak sampai nangis guling2...mak ayah terpksa tebal muka bila semua org dok perati.nak xnk last2 belikan jugak...

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Ieda

    selalunya budak2 suka mengamuk depan orang ramai.....

    ReplyDelete
  16. saya kalau tgk budak dok guling2 ... rasa mcm rimas nyer.. dan selalu berkata2 dlm hati.. jgn lah anak saya nnt mcm tu 1 hari nnt. heeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  17. uih, nak kena pujuk betul2 dorang ni. hehe

    ReplyDelete
  18. nak plak anak no 2 kak, peel nya mmg lain macam dari anak2 lain, penuh kesabaran kene pujuk tu huhuhu

    ReplyDelete
  19. betul tu kak..kalau anak ema yg sulung okey..dah tahu..tp si adiknya..memang kena ambil berdukung..

    ReplyDelete
  20. so far takde la anak saya berguling2..
    paling2 dia sob sob n buat muka monyok.. wahaha..

    ReplyDelete
  21. menarik gak ni.. tp ejulz xde anak.. hehe.. kalau la ejulz ada anakk comel bersamanya..

    ReplyDelete
  22. Salam kenalan... nice blog! i follow u, nanti follow saya jugak ye:) tq

    ReplyDelete
  23. kdg2 x smpai ati.. tgok le jenis aper yg dorg nak, jika berbaloi, aper salahnya...

    kdg2 akak wat derk jer, biar jer dorg kt belakang.. zalim tak?

    ReplyDelete
  24. Memang pening bila hadapi anak yang meragam nih.. Thanks for your info..

    http://sweetmom83.blogspot.com

    ReplyDelete
  25. Kalau anak meragam dan tak makan pujuk dan asyik menangis tak henti2 tu mungkin ada gangguan makhluk halus. Kalau jadi camtu, boleh cuba kasturi syifa untuk elak gangguan....
    http://muslimchoices.com/?p=kasturi_syifa_assyafi

    ReplyDelete
  26. Slalu kalo ank meragam adaa yg naik angin..lama jd stress haha lps tu tukar strategy..buat dek jer..smp dia abes nangis..agak kejam tp terpaksa huhu

    Nway nice entry

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...