Monday, June 25, 2012

AIR DIMASUKI LALAT BOLEH DIMINUM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

siapa yg benci LALAT ??? angkat keyboard .. ekekek .. haaa sure x suke kan .. siap2 yg ada 'bengnge" tuu .. uishhh .. memang sakit ati .. tapi ketahuilah setiap kejadian allah itu ada kelebihan dan bukan semata2 nya keburukan ... ;)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila lalat masuk ke dalam minuman kamu, hendaklah ditenggelamkannya, kemudian dibuang lalat itu kerana sesungguhnya salah satu sayapnya mengandungi penyakit dan satu lagi mengandungi ubat." (Sahih Bukhari)


PENGERTIAN UMUM
Hadis ini menjelaskan, sekiranya lalat termasuk ke dalam bekas minuman, maka janganlah tergesa-gesa memandang hina makanan tersebut lalu membuangnya, bahkan perlulah mencelup atau menyelamkan lalat itu di dalam bekas terlebih dahulu, kemudian barulah membuang serangga tersebut. Tidak menjadi masalah untuk meneruskan makan dan minum di dalam bekas yang pernah mengandungi lalat. Ini adalah disebabkan, sebelah kepak sayap lalat yang jatuh ke dalam air itu mengandungi racun, manakala disebelah lain pula mengandungi penawarnya.
KEFAHAMAN HADIS
KELEBIHAN LALAT
Disebutkan di dalam kitab Musnad Abu Ya`la:
Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. telah berkata:
“Umur lalat adalah selama 40 malam, dan kesemua lalat akan berada di dalam neraka kecuali lebah”
[Ibnu Hajar mengulas: Sanad hadis ini tidak mengapa]
Keberadaan lalat di dalam api neraka bukanlah untuk di seksa, bahkan ia ditempatkan disana bagi menyeksa ahli neraka.
Sains moden pula, menjadikan lalat buah, khususnya "drosophila melanogaster" sebagai bahan kajian utama bagi mengenali penyakit dan penawar bagi manusia. Nabi Muhammmad dalam hadis ini menyebutkan berkenaan rahsia lalat dalam konteks perubatan dan ahli-ahli sains membuktikan kebenarannya pada hari ini.
HUKUM AIR YANG MENGANDUNGI LALAT
Majoriti ulama berpandangan: Air yang sedikit tidak menjadi najis sekiranya dimasuki dengan sesuatu yang tidak najis. Oleh itu, air yang mengandungi lalat tidaklah najis, kerana menjadi suatu kemustahilan apabila Rasulullah  mengarahkan umatnya mencelupkan sesuatu najis ke dalam air minuman. Ibnu Qayyim mengulas: ini adalah pendapat majoriti ulama yang tidak diketahui dari mana-mana salaf yang berselisih terhadapnya.
Sebahagian ulama yang lain pula berpandangan: Tujuan hadis ini bukanlah untuk menjelaskan kesucian air, tetapi menerangkan cara perubatan yang disebabkan oleh masalah lalat. Ibnu Hajar mengulas: ini adalah pendapat yang benar, akan tetapi tidaklah terhalang dari mengambil hukum yang lain.
KELEBIHAN MENCELUP LALAT
Mampu mengeluarkan penawar yang ada di sebelah sayap lalat yang terjatuh di dalam air. Bahkan, makanan atau minuman itu pula boleh diminum mengikut kadar kesanggupan.
Syihabudin Ahmad Mohd Yatim.
Kuliah Dirasat Islamiah, Syukbah Syariah Islamiah,
Universiti al-Azhar Dumyat.
  
subhanallahhh maha suci allah yg mencipta setiap kejadian itu berlandaskan keagungan , kebijaksanaan dan kekuasaannya 


21 comments:

  1. x berani ambik risiko minum air dh masuk lalat..hehe

    ReplyDelete
  2. Ya Allah kak ieda!!! Najiha baru je Tanya Aju kenapa Allah ciptakan Lalat? Aju jawab Lalat tu makhluk Allah, Akak lak wat entry ni, blehla explain further Kat najiha, what a fishhh!!! Hihihihihihi

    ReplyDelete
  3. mmg air yg masuk lalat jgn buat, sebaliknya celup lalat hingga tenggelam, pastu buang n minum.. tapi memikirkan lalat ni dok kat tmpat2 kotor, tu yg terus buang je... huhu..

    ReplyDelete
  4. Owh.. Lalat pernah dijadikan sebagai pengukur darjat dalam cerita Khalifah tapi tak pasti yang mana.

    ReplyDelete
  5. oo yeke kak.. sy baru tahu ni.. selama ni sy kalu nmpk lalat jatuh dlm air, terus buang, xsanggup nak telan + xtau pun pasal ni...

    ReplyDelete
  6. xsangka betul lalat ni ada penawar eh

    ReplyDelete
  7. laaaa.. kite baru tahu nie kak.. huhu

    ReplyDelete
  8. Pernah dgr, tapi tak berani nak buat..
    lagipun, selalunya lalat hinggap kejap n terbang balik sendiri..jadi tak sempat nak tenggelamkan die dlm mknn..hhiihi :p

    ReplyDelete
  9. tahu jugak pasal ni. tapi yang ni infonya lagi banyak. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. Kalau dalam cawan ada lalat, memang tak sanggup minum, tp kalau dalam kuali ada, jes buang je... ;)

    ReplyDelete
  11. nice sharing dear ;-)..baru ayu tahu..pelngkap 1800..hehehe..ramai follower dear ;-)

    ReplyDelete
  12. baru hari ni tau pasal kepak lalat satu lagi tu yg ada penawar.Oh rupanye lalat dok neraka utk seksa ahli neraka....

    ReplyDelete
  13. baru Queen tahu info ni.. thanx sharing kak.. selalunya kalau air masuk lalat cuma ambil dan buang je lalat tu tp airnya masih diminum cuma sblm buang lalat tu xde plak Queen celup dulu sblm buang

    ReplyDelete
  14. lieya penah bace kak pasal nie...he he he.....mmg laa pelik kan tapi tu laa kuasa dan hikmah yg Allah jadikan....

    ReplyDelete
  15. pernah gak hubby celupkan lalat tu dlm air...tp diri sendiri yg tak kompident nk minum

    ReplyDelete
  16. kalau lalat tu hinggap makanan or minuman selalu mesti rasa tak bersih dah sbb terbayang lalat dok hurung sampah sarap.

    ReplyDelete
  17. Salam kak..

    betul kak tentang semua yang akak terangkan di atas..tahu masa sekolah dulu..tapi tu lah..lynn memang tak boleh nak minum kot kalau nampak air yg ade lalat nie..taktahulah..memang tak boleh..hehehe

    ReplyDelete
  18. wani buang jer klu bab2 lalat ni...baru tahu info ni

    ReplyDelete
  19. laaaammmmmmaaaaaaaaaaaa sudah tidak berkunjung ke sini...salam kebizian dari teratak siFaqir 'ilmu
    ....................................
    terima kasih atas kesudian meninggalkan komen (^___^)
    ....................................

    ReplyDelete
  20. baru tau ni kak..saya kan kalau ada jer lalat sesat mmg terus buang..ntah tak tergamak rasa nk minum..

    ReplyDelete
  21. pasni tak buanglah air kalau dah masuk lalat...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...