Monday, June 4, 2012

3 GOLONGAN MENGISI NERAKA JAHANAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

marilah renungkan bersama-sama .. terutama sekali buat kita sebagai seorang wanita , isteri dan ibu kepada ahli keluarga kita .. insyaallah setiap apa yg kita amalkan walau sebesar zarah akan dinilai kebaikannya membawa ke syurga .. aminnnnn


Bagi wanita yang menjadi isteri, hanya empat syarat untuk mereka ke syurga. Daripada Anas, Nabi bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad).

Dalam hadis lain, dari Ali bin Abi Talib: Aku dengar Rasulullah bersabda maksudnya: “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia. Mereka adalah:

1. Orang yang gemuk tapi kurus

2. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
3. Orang yang alim tapi jahil


Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa tiga golongan manusia yang akan menerima seksaan di neraka jahanam selama tujuh kali umur dunia. 

Pertama, orang yang gemuk tapi kurus. Mereka ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat. Kenapakah wanita dikatakan kurang beribadat? Ramai wanita yang meninggalkan solat terutama di akhir haidnya. Wanita kurang mengambil perhatian sebahagiannya tidak begitu prihatin. Contohnya, wanita yang bekerja di pejabat, apabila habis darah haidnya jam 3 petang biasanya mereka tidak akan mandi hadas di pejabat dan hanya mandi apabila pulang ke rumah. Hakikat sebenarnya, dia sudah meninggalkan solat fardu wajib. Wanita juga tidak mengambil berat bab solat ketika kesibukan majlis kenduri-kendara. 

Kedua, orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat kepada agama. Di tafsirkan juga wanita yang sudah lengkap menutup aurat tetapi masih tidak taat pada agama seperti wanita yang sempurna menutup aurat tetapi kain pakaiannya masih nipis, jarang atau ketat sehingga menampakkan bentuk badan mereka dan menampakkan perhiasan di dada. 

Ketiga, orang alim tapi jahil ialah golongan ulama yang menghalalkan perkara haram bagi kepentingan peribadi. Syarat layak digelar ulama adalah takutkan Allah. Seorang alim yang faqih sekalipun, namun apabila tidak ada takwa, di sisi Allah mereka tidak layak digelar ulama walaupun manusia seluruhnya memanggilnya ulama. 


ps : pagi nie nak bawa amanina ke hsp , buat cek , ada masalah sikit .. ingat tak harituu ada akk buat post pasal dia period kan .. sebenarnya bukan .. setiap kali dia kencing dan buang ari besar , ada kuar darah .. akk memang pelik .. soo selepas dia balik dari KL ari sabtu aritu , akk dan hubby nak bawa dia jumpe DR pagi nie .. nak tgk macam mana .. sbb setiap kali kuar darah , dia x sakit .. tu yg pelik .. harap2 x lah ada perkara yg buruk berlaku .. aminnnn ( debar nie .. x tahu nak ungkap macam mana huhuhu )


22 comments:

  1. senang je nak masuk syurga, kawin pas tu jadi isteri cara Islam... tapi kita ni ramai yg fail...

    harap amanina tak pepe...

    ReplyDelete
  2. entry yang baik kak ieda, moga kita dijauhkan dari menjadi sebahagian daripada ketiga2 golongan ini

    ReplyDelete
  3. doa2 la kita tidak tergolong dalam golongan tersebut

    ReplyDelete
  4. smoga kite sume mnjadi sbhgian dri golongan tersebut....N nira doakan adk amanina ok2 jer

    ReplyDelete
  5. good entry kak... :) tq for this info kak..

    ReplyDelete
  6. mintak jauh dari 3 golongan tu..moga anak akak tak ape2 ye kak...

    ReplyDelete
  7. Ya Allah besarnya pemberian-Mu untuk masuk syurga. Hanya dirikan rumah tangga dan jalankan tangunggunjwab sepenuhnya..

    ReplyDelete
  8. smoga kita dijauhkan dari termasuk dlm golongan tu..

    ReplyDelete
  9. masya allah. minta dijauhkan....

    ReplyDelete
  10. moga kiter terhindar sari golongan terbabit...takutnyer

    ReplyDelete
  11. semoga anak akak x apa2 ye.. :)

    ReplyDelete
  12. satu perkongsian ilmu yg menarik kak...untuk peringatan kite bersama....

    ReplyDelete
  13. sgt berguna sgt. dapt belajar benda baru

    ReplyDelete
  14. Insya-allah sama-sama kita ingat-mengingati ieda... so kalau tak nak masuk neraka jgn jadi yg 3 itu...

    ReplyDelete
  15. moga anak kak ieda..tak ad apa2 yg membimbangkan...

    tq berkongsi ilmu..

    ReplyDelete
  16. Thx atas perkongsian ini akak...
    peringatan sesama kita...

    Moga semuanye ok jer kak..moga amanina takde apa2...

    ReplyDelete
  17. semoga kita terhindar dari golongan 3 di atas dan semoga anak akak xda pe2.Akak,btw saya baru blogwalking ke blog akak ni :)

    ReplyDelete
  18. moga kita dijauhkan dari terdiri daripada golongan ni..

    ***moga tiada apa yg serius berlaku pada amanina

    ReplyDelete
  19. TQ Ieda atas perkongsian ini.Harap aina xde apa2...

    ReplyDelete
  20. subhanallah..minta dijauh kan ya kak..doakan anak akak cpt smbuh ya :) amin

    ReplyDelete
  21. Subhanallallah!!! Entry yg menarik kak ieda...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...