Saturday, June 30, 2012

KEKUATAN SABAR & REDHA DALAM MERAWAT HATI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ramai antara kita yang tidak punya kekuatan dalaman untuk mampu tabah dan bahagia dalam kehidupan. Adakalanya akk rasakan dugaan2 dlm hidup membuatkan akk lemah dan x bermaya .. sedih dan hampa bilamana org yg kita sayang menghampakan kita .. jauh disudut hati ini akk rasakan akk tidak mamu lagi menerima @ menahannya .. namun hakikatnya adalah ...



kehidupan antara kita pelbagai corak dan ragam ceritanya, semuanya penuh dengan ujian, ranjau dan belukar hidup masing-masing, tiada yang tidak bermasalah dan tidak diuji ALLAH. kerana dengan ujian inilah ALLAH mengenal pasti yang mana hambaNYA yang menerima semua taqdir dan ketentuan yang telah diatur olehNYA dengan sabar dan redho, yang menerimanya bulat-bulat dan menyerah diri seratus peratus kepadaNYA dan yang mana tidak.

dengan ujian inilah ALLAH mengetahui yang mana satu hambaNYA dan yang mana satu yang berlagak tuan .

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)

setiap detik dalam hidup kita akan dihisab dan ditimbang , apa sahaja yang kita buat, yang kita niatkan dan yang kita bicarakan dalam hati kita, walau sebesar zarah sekalipun, akan dibalas ALLAH.

apabila kita tidak mampu nampak ALLAH dan sentiasa berkeluh kesah, sentiasa memberi alasan dan asbab , mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip sabar dan redho , maka sebenarnya kita makin jauh dari ALLAH. masalah kita makin besar dan penyakit kita makin kronik.

peranan kekuatan sabar dan redho dalam hidup sangat besar, sebenarnya.
bila mana kita mampu bersabar dan boleh redho seikhlas hati, sepenuhnya, seratus peratus, inilah sebenarnya perawat musibah yang sejati.

apa sahaja yang berlaku kepada kita, kita boleh sabar seratus peratus, apa sahaja yang dilakukan orang atas kita kita mampu redho seratus peratus, maka inilah penawar musibah yang sebenarnya.

nafas yang kita tarik, udara yang kita bawa masuk  dalam diri kita nantinya , akan terus menyegarkan dan memberi ketenangan abadi.

kita tidak gundah gulana, kita tidak berkeluh kesah , kerana ALLAH bersama-sama kita. bukankah janji ALLAH, “sesungguhnya AKU bersama- sama dengan orang yang sabar “?

bukankah kita juga mengetahui bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita adalah kerana dosa kita sendiri,..

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)

namun Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)

kita kena nampak bahawa semua yang berlaku kepada kita adalah dari ALLAH tetapi atas perbuatan kita sendiri,… maka sabar dan redholah sepatutnya yang kita jadikan pakaian dan alat untuk merawat musibah ini… bersabar atas semuanya dan redho atas semuanya,…

nukilan : dari hawa ke hawa

insyaallah ...
bilamana kekuatan untuk sabar dan redho ini tidak mampu kita masukkan , maka ikhtiarlah merawat diri , insyaallah ... semoga ALLAH permudahkan . Ku doakan utk diriku jua , bertahanlah wahai hati .. walau sepedih mana , sebanyak mana air mata mengalir , bertahanlahhh demi anak2 yg amat2 aku kasihi ... 






SELAMAT SUDAH IRMA HASMIE & REDZA SHAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

alhamdulillah , akhirnya selamat sudah majlis pernikahan irma dan pasangannya redza shah .. handsome erkk redza nie .. uishhh x pueh hati tul ! ekekke adehhhhhhh .. yelahh nak di bandingkan nabil dan farid kamil tuu .. ha redza nie dah lah handsome , bekerjaya , anak dato dan berpendidikan .. sungguh beruntung irma .. bertuah badan kan .. semoga mereka hidup bahagia dan berharap pandai2 lahh irma menjaga rumahtangga , org cakap dah dpt suami yg sempurna nie , nak menjaga kerukunan bukan mudah .. semoga pernikahan mereka mendapat keberkatan dan kerahmatan dari allah hendaknya .. ;)










haaaaaaaa kalau uolss perasan kan .. majlis pernikahan irma nie , sama macam majlis pernikahan awal dan lisa ... cuma tema berbeza .. dan paling menarik pengapit2 irma di majlis nie terdiri dari anak2 dara yg bertudung litup , sama cantik , sopan dan berpadanan ngan majlis .. sgt2 sesuai kan ! ... bukan macam segelintir majlis perkahwinan artis ... huhuhu x leh cakap lah macam mana kann .. renung2kan lahh sendiri .. semoga majlis nie dirahmati allah jua....

semoga mereka bahagia ke anak cucu dan berkekalan hendaknya .. aminnnnnnnnnn








Friday, June 29, 2012

OSMAN KERING MENINGGAL DUNIA - alfatihah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

memang terperanjat dgn berita nie ptg tadi , pemergian pelakon osman kering sgt2 dirasai , salah seorang pelakon yg sgt2 berbakat .. khabarnya arwah dah memang tenat kan ... semoga arwah ditempatkan bersama org2 yg berimannn ..... aminnnn



Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi telah menulis status di akaun Twitter rasminya menyatakan bahawa Osman Kering telah meninggal dunia sebentar tadi.
 
Berita ini telah disampaikan menerusi panggilan telefon oleh isteri Osman Kering kepada Zed Zaidi. Osman Kering telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Takziah kami ucapkan pada keluarga Osman Kering. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Update : Osman Kering telah meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang tadi dan sekarang jenazah masih di HUKM dan akan dibawa ke Masjid Najihin Cheras. via Zuan Melodi





BILA ANAK-ANAK KU BERPHOTO "GEDIKS"

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

nak salah kan sape ?? nak buat macam mana kann .. anak2 sape nie ?? kalau x kenal anak sendiri kes berat lah kan .. tapi awal2 dah cakap , anak2 ku sekaliannn jgn ober okehhh ! .. nanti mak x sanggup nak tgk .. TAPI entah masa bila mereka berfoto gediksss macam nie ahkakkk pun x perasan dan x tahu .. tahu2 masa nak upload pic dlm nie dah ada dahhh .. hurmmm sure kes amanina dpt kamera lah nie .. huhuhu layan jelahh , pic semua lokasi di KT aritu .. ;))




tgklah si kakak amanina niee .. x padan tuu , nak jugak pose ngan topi amni tuu ..dah nampak kepala besordari topi dahh .. nak buat macam mana .. body je beso tapi akal masih darjah 4 ekeke ;)






tudia ! .. x leh blah kannn ;))


hurmm ekeke sabor je tgk pic nie .. macam2 lah budak berdua nie .. naik malu lak bila mereka pos2 macam nie .. nak tahu sape amik pic2 semua nie .. haa nielah hasil tembakan my hubby ! .. not bad lah cayunk ! ... huhuhuhuhu


last sekali , my mom pun sama naik .. asal cucu2 amik pic .. macam2 pos ada .. ekekek dah tgk balik pic2 nie naik lucu lak .. ahahahah semua inilah kesayangan akk selama2nya ..

ok .. maka berakhir lah kisah cuti2 kami ke AWANA KIJAL .. tkasih kerana sudi membaca dan melayan pic2 akk yg x seberapa nie .. ;) & selamat bercuti semua ............ yehaaaaaaaa sok cuti .. nak pi ktn beli kain pasang dan sebagainya .. puasa dah nak dekat .. sepasang baju x berjahit layie .. baju melayu anak teruna dan cik suami lum layieee beli huwaaaaaaaaaaaaaaaaaa




IRMA HASMIE SEBAGAI IKON MUSLIMAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

sure uolss kenal akan artis ini bukan ... yaaa salah seorang artis ikon musliamh yg akk admire skrg nie selain DIANA AMIR .. haaa cantik , berpendidikan dan sopan budaknyaa .. hurmm sape yg x suke sila angkat keyboard .. ahahhaa .. dan satu lagi , akk cukup jelesss ngan pakaian2 muslimah mereka nie .. semua kena jee kan badan mereka .. cantik dan kemas bila digayakan .. adakah kerana mereka kurus ?? ( ayat sentap .. x sedar2 layie ke iedaaaa wehhh ekekek )


Irma Hasmie merupakan seorang pelakon dan juga model terkenal sekarang ini. Berpenampilan manis menutup aurat membuatkan ramai lebih tertarik melihat pesonaliti selebriti ini. Irma yang membawa watak seorang yang lemah lembut dan sopan membuatkan ramai juga tertarik dengan karaktornya.

Sekarang ini juga Irma telah banyak tampil dalam program tv berbentuk Islamik seperti mengacara rancangan bual bicara Islam di TV Alhijrah dan beliau juga turut menjadi model bagi busana dan tudung muslimah. Ada ketikanya juga Irma dipanggil oleh beberapa program Islamik lain untuk sesi dakwah dan pengkongsian ilmu dengan para pelajar dari universiti-unviersiti di Malaysia ini.

Irma juga merupakan seorang bekas pelajar dari jurusan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Telekomunikasi) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Antara pencapaian yang pernah beliau miliki iaitu menjadi Juara Gadis Jelita pada tahun 2004.


 

Dalam perkembangannya yang terbaru, Irma akan melangsungkan majlis pernikahan bersama ahli perniagaan, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan pada 29 Jun 2012 di Dewan Persidang Putrajaya.
  
 pic : Google

Bagi uolss lah kan , mampukah Irma Hasmie ini dijadikan ikon pada kita semua? Bagi akk , akk merasakan bahawa penampilan serta pembawaan diri irma yang ke arah kebaikan ini boleh dijadikan contoh pada kita semua dan Irma juga mampu kita jadikan sebagai seorang ikon wanita muslimah yang baik untuk kita, betul tak ???




SEPINTAS LALU KISAH HIDUP USTAZ AZHAR IDRUS

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

salam pagi jumaat yg indah , penghulu segala hari , syukur kerana di beri kesempatan menghirup keindahan bumi dan semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhoan dlm menjalani kehidupan ini ... aminnnnnnn ..

yuk kenali Ustaz yg sedang popular nie ;))



Nama Penuh: Ustaz Azhar Idrus

Lahir: 12 Febuari 1964 (48 th) di kampong Ladang Kuala Terengganu.

Pendidikan: Sek. Rendah Haji Mohd Sharif Alor Setar Kedah & Sek. Men. Darulaman Alor Setar Kedah (tgkt 1&2) Sek. Men. Sultan Sulaiman (tgkt 3&6)

Isteri: Rogayah Sulong 42th. & Wan Halimatun Nisa Wan Mohd Nor 26th.

Anak: Nur Madihah Asyiqin 20th, Nur Farhah 19th, Mohd Faqihuddin 18th, Mohd Zuhaili 16th, Ikhwan Najmi 14th, Khairul Mukmin 7th & Rasydan 6th.

Hobi: Fotografi bermula pada tahun 1985 serta aktif melukis di kanvas. Memiliki 30 kamera dan digunakan sekarang 2 jenis iaitu DSLR Nikon D3 dengan 9 lens dan Fuji X100. Memiliki kelab fotografi www.digitalmukmin.com.

Facebook Fanpage: https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

Sepintas lalu

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium. Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuanya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamor.

Ustaz yang aktif bersukan dan pernah mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada tahun 1980an. Dan menjadi rutin kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan. Dan ada juga yang meminta Ustaz untuk merasmikan program berbasikal.

Ustaz Azhar pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala Terengganu sebagai artis grafik. Selepas berkahwin seminggu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja sebagai mencanting batik dan ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara bersungguh-sungguh. Tiada alasan baginya hujan dan ribut. Beliau yang pergi mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.

Perubahan diri Ustaz ke arah menjadi seorang yang bersungguh belajar agama kerana kawan baiknya seorang ketua “Punk” menghilang diri selama 5 tahun dan apabila muncul kembali kawannya ini satu perubahan yang amat ketara daripada pemakaian dan tingkahlakunya. Tahulah Ustaz bahawa kawannya ini belajar di Patani. Apabila melihat kehebatan kawannya ini, timbul rasa ingin menjadi sepertinya juga.

Perubahan

Bermula 1990, Ustaz mula hadir ke kuliah Tuan Guru Haji Syed Mokhar bad tafsir. Ketika itu Ustaz berumur 25 tahun. Bersama lagi dengan Tuan Guru Mohd Tahir kitab-kitab jawi. Tuan Guru Mohd Hakim nahu, saraf, Balaghah, usul fiqh, Qawaidh, mustolah Hadis & usul tafsir. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar fiqh, usuluddin, nahu & hadis. Tuan Guru Haji Ibrahim Mohd sirah nabawi. Tuan Guru Haji Hashim nahu, sarof, fiqh dan faraid. Tuan Guru Haji Mat Zain fiqh, nahu, saraf, balaghah, hadis, tafsir dan ramai lagi guru-guru yang lain selama 12 tahun.

Setelah berbekalkan sedikit ilmu, Ustaz mula mengajar di sekitar Surau Ladang. Dan website pertama surauladang.net diwujudkan pada tahun 1999. Kemudian website www.ustazazhar.com menyusur pada tahun 2005. Dengan melihat anak muda sekarang yang lebih berminat dengan motorsikal dan kereta, maka Ustaz selitkan apa yang mereka-mereka ini minat. Alhamdulillah anak muda dapat menerimanya dengan baik.

sumber :  slvrchair (Carigold)


owwwhh ustaz azhar nie ada dua isteri yeee .. baru tahu ;))



Thursday, June 28, 2012

ahahha PENJENAYAH YG PALING DIKEHENDAKI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

ekekke adoiii .. x tahan betul lahhh .. yuk baca .. x ngantukkk lagi nieee .. huhuhu



Seorang guru membawa beberapa anak muridnya melawat sambil belajar ke sebuah balai polis. Ketika berada di sana seorang anggota polis sibuk memberi penerangan kepada para pelajar tersebut. Di akhir penerangannya dia membuka ruang untuk sesi soal jawab.

Murid 1: Cik, saya nak tanya kenapa ada banyak gambar orang di dinding balai polis ni?

Polis: Itu semua gambar penjenyah yang dikehendaki. Mereka ni telah banyak melakukan jenayah berat. Pihak polis sedang berusaha untuk menangkap mereka.

Murid 1: Kenapa tak tangkap mereka ketika mereka sedang mengambil gambar?

Pegawai polis tersebut terpinga-pinga nak menjawab soalan murid itu.



KANTA LENGKAP BERSAMA ROZITA CHE WAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

mak aihhh dia nie memang cantik kann.. walau dah berusia .. fuh ! .. diakui masih bergetah kan .. hurmm pandai jaga badan nie .. kulit cantik .. dan paling x tahan body masih mantopssss ! .. anak2 dah besar tuu .. kira kalau ada anak2 bujang luar sana jadi pilihan dia , kira x nyesal lahh !!! .. ekek memandai je akk kann .. 
tapi seyesss akk jeless dan akui memang teruja tgk dia nie , nak2 bila dia kenakan kanta lengkap nie ... memang lengkap lahh.. kira macam admire lah jugaaa .. akan keutuhan dan kemantapan dia nie ( ayatt mak aihh ) ekekke .. yelahh akk suke kalau dia bersama penyanyi shahir tuu .. leh je .. macam sesuai je :)

Rozita Che Wan merupakan artis yang sangat sinonim dengan pemakaian bulu mata palsu. Beliau juga sering tampil dengan imej bulu mata palsu disetiap majlis dan dalam setiap babak lakonan yang beliau lakonkan. Ini membuatkan beliau diberi gelaran ‘Ratu Bulu Mata Palsu” oleh sesetengah peminat seni tanah air.

Selain itu, Rozita Che Wan juga merupakan seorang artis wanita yang gemar memakai kanta lekap dan sering tampil dengan pelbagai warna seperti warna hijau turquoise, warna hijau gelap, serta kelabu. Ini menambahkan lagi keunikan dalam penampilan Rozita Che Wan.





Pemakaian kanta lekap lazimnya untuk individu yang mengalami masalah rabun mata, tetapi kini pemakaian kanta lekap telah dijadikan sebagai satu trend untuk berfesyen dan boleh dijadikan sebagai aksesori tambahan bagi sesetengan individu yang ingin tampil cantik.


sumber : GUA.com


hurmmm kalau akk memakai kanta lengkap nie sebagai pelengkap kerabunan mata @ kalau cermin mata rosak .. yelahhh artis2 nie kan TERLEBEY duit ! .. ekekek soo bergaya lah selagi benda2 nie boleh digayakan .. kalau kita orang2 biasa nie ( akk lah tuuu ekek ) x der nye nak beli warna warni semata2 nak bergaya .. tapi kalau nak bagi PERCUMA .. sape x nak ??? sila angkat keyboard ... muhahahaha kan kan kan ...




MERAIKAN MAJLIS TEMAN ADIK ~ tahniah ADI & WIFE

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua 

haa nie kisah 2 minggu lepas .. memenuhi jemputan majlis kawin kawan adik akk .. hurmmm masa nie memang x der lah majlis kawin mana2 kan .. kebetulan lakk , jamuan dia menu2 dia semua sedap2 .. nasi hujan panas lak tuu ekekek .. mauu x nyee kan .. akk kebetulan dah lama x makan .. 
hurmm kawan adik akk nie , kira anak angkat kami sekeluarga lah .. sbb dia dah lama mesra dan berkawan dengan adik akk .. soo kami memang menanti majlis dia nie .. sbb adik akk dah ada anak dah .. dia baru nak kawin .. ekekek kira lambat sikit lah ;)

amni dan bondanya .. mana comel .. mak ikut anak ke ?? anak ikut mak ekekeke ;))


dan yg ini .. mana paling nampak manja ?? mak ke anak ??? muahahha ngaderr 
je soklan akk kan ;))



time bergambar bersama pengantin .. inilah adik ADI dan isteri .. comel kan isteri dia .. pandai ko cari dik .. katanya , kawan dan lama nie .. kira menyulam cinta sbb budak perempuan nie baru habis STPM ;)




selamat pengantin baru buat pasangan .. semoga kekal bahagia selama2nya .. aminnnnnnnn ok2 .. nak BW jap .. sebuk sgt lately nie .. semalam BW dirumah aje .. siang hanya sempat update aje .. TQ semua sbb sudi singgah umah akk walau akk x sempat layie menyinggah umah uolss ;))




HUKUM LELAKI MEMAKAI CINCIN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

huhuhu baru tahu .. selama nie , ingat kalau x pakai emas .. pakai silver aje dah ok  .. sbb hubby memang x suke pakai cincin emas dan suasa nie .. dia lebih suke pakai silver .. tapi silver ada ikat batu lah kan .. tapi dia pakai masa raya aje .. lepas raya dua tiga hari dia buka dan sukk dlm peti ajelahhhhh .. sbb dia buat kerja berat kan .. huhuhu x sangka lakk kalau tujuan utk berhias , ia dah jatuh salah @ berdosa @ haram .. hurmmm jom baca huraian di bawah yg akak petik dari email juga ;)



S : Apakah hukumnya lelaki memakai cincin yang diperbuat daripada suasa atau platinum? Ia telah menjadi satu fesyen dalam kalangan pasangan yang mendirikan rumah tangga masa kini.

Joe
Johor Baharu


J :
Ramai yang menganggap hukum lelaki memakai cincin hanya bergantung kepada jenis logam. Haram memakai cincin yang diperbuat daripada emas dan halal memakai cincin yang diperbuat daripada logam-logam lain seperti perak, platinum dan lain-lain. Sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang mempengaruhi hukum lelaki memakai cincin.

Pertama: Lelaki dilarang daripada memakai cincin yang diperbuat daripada `emas kuning [Shahih al-Bukhari, no: 5414]. Larangan ini sudah diketahui ramai.


Kedua: Lelaki dilarang memakai cincin atas tujuan perhiasan diri. Ini kerana cincin adalah barang perhiasan khusus kaum wanita dan Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. (Shahih al-Bukhari, no: 5546).


Ketiga: Lelaki dilarang memakai cincin pertunangan mahupun perkahwinan. Cincin pertunangan mahupun perkahwinan adalah budaya orang bukan Islam dan kita sebagai umat Islam dilarang daripada menyerupai mereka. Tidak mengapa jika seorang isteri memakai cincin pertunangan atau perkahwinan dengan tujuan ia adalah perhiasan dirinya. Namun bagi seorang suami, cincin bukanlah barang perhiasan baginya. Berkenaan larangan penyerupaan ini, Rasulullah bersabda: Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka adalah dia daripada mereka. [Shahih Sunan Abu Daud, no: 4031]


Mungkin ada di antara pembaca yang tertanya-tanya, bukankah Rasulullah juga memakai cincin? Ya, benar bahawa Rasulullah memakai cincin. Namun baginda tidak memakainya sebagai perhiasan diri atau sebagai cincin perkahwinan. Baginda memakainya sebagai cop mohor.


Di mata cincin Rasulullah, diukir tulisan “Muhammad Rasulullah”. Cincin ini baginda gunakan untuk menurunkan cop mohor ke atas surat-surat rasmi yang baginda utus kepada para pemimpin dan pembesar kaum lain. Ketika tidak digunakan sebagai cop mohor, baginda akan memusing mata cincin ke dalam, ertinya menghadap ke tapak tangannya. [Shahih al-Bukhari, no: 5417]


Jika dikaji tujuan dan cara Rasulullah memakai cincin, jelaslah kesalahan dakwaan sebahagian orang yang memakai cincin atas alasan ingin mengikuti sunnah Rasulullah. Mereka memakai cincin di beberapa jari, setiapnya dihiasi dengan mata cincin yang diperbuat daripada batu-batu yang cantik lagi berharga. Ini adalah amalan yang menyelisihi sunnah Rasulullah.


Merujuk kepada soalan di atas, apa yang penting bukanlah jenis logam tetapi tujuan cincin itu dipakai. Sudah dijelaskan lelaki tidak boleh memakai cincin atas tujuan perhiasan atau tanda sudah berkahwin. Selain dua tujuan ini, saya tidak mengetahui apa tujuan lain untuk seorang lelaki muslim memakai cincin, baik yang diperbuat daripada suasa, platinum atau apa-apa logam lain.

hurmm nampak gaya nya lepas nie kena cari cincin silver belah rota aje utk hubby .. kena tukar nie huhu @ x yah pakai langsung .. huhuh dah sah2 haram ieda wehhh



Wednesday, June 27, 2012

BE dah jadi ME ~ alhamdulillah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

akhirnyaaa Celcom SOX DRUM & BASS dah pun menjadi ME dengan hasil Rm 47.62 .. alhamdulillahhh , kalau ikutkan dah boleh cahs out .. tapi macam malas lah pulak kan .. nak kumpul sampai ujung atau pertengahan bulan nie .. nak simpan utk dpt pada bulan nak raya nanti .. aci ! ... ekekek soo boleh guna duit tuu untuk raya nanti .. ;)


syukur alhamdulillahh dan terima kasih buat mr nuff .. nanti bagilah layie BE ye .. buat masa nie x der layie BE yg menyinggah di blog nie .. so kena sabar menanti lah kan ;)
TQ juga buat kalian semua yg sudi berkunjung ke rumah akk yg x seberapa nie .. 

dan TQ juga kepada silent readers yg x jemu2 singgah walau x meninggalkan jejak .. its ok ;) , dan sudi klik2 iklan akk tuu .. nanti klik lagi yee .. ;))


OK .. Gud Nite semua !!! 
assalamualaikum dan jgn lupa ambil air sembahyang sebelum masuk tidur ... bye !!


LUNCH DI RESTORAN TERAPUNG & DURIAN OH DURIAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

lepas kejadian langgar tuu , adik akk terus ke workshop dipandu kawan melalui telefon .. maka berpisahlah kami 2 buah kereta .. adik dan wife dia ke workshop dan akk bersama ummi dan ayah meneruskan perjalanan ke destinasi kami yg dah biasa sampai iaitu PASAR PAYANG .. dek kerana bosan dgn situasi tuu , akk dah cakap ngan mak malas nak masuk pasar payang .. kami jalan2 di sekitar luar pasar sahaja .. huhuhu mood dah x der .. ongkos lagilahh .. kalau singgah konperm semua nak ekkee

soo hubby cakap , x yah lah masuk .. kita tgk buah2an di luar situ sahaja dan akk belilah seikit asam2 , buah gajusa dan kacang cerdik .. hurmm berbaloi sbb disini murah kan .. soo moh lah layan pic2 kami disini sepanjang tghari tuu .. huhuhuhu




 bermacam2 benda yg dijual disini .. minuman ada .. buah2 pun ada .. ;) dah lah panas kann .. semua nak ;)

intai2 buah durian .. sekali beli 2 beg ...aahhaha sakan kami menyental durian 
tgh ari tuu ;)

kami dah plan nak makan disini .. ok lahhh , but pilihan x banyak sbb dah agak
 lewat kami makan ;)



haaaaaaaaaaa tgk aksi2 makan deyan nie .. ekekke .. sedapppp nie semua lepas kami makan tghari .. soo pergerakan makan agak slow ekeke ;)





haa macam biasa pic poyo akk dan hubby .. dia buat x layann aje anak2 amik gambar , amcam tulah .. kebiasaanya hubby akk nie x der emosi sgt huhuhu 
all pic taken by amanina ! ...


ps : airini sebuk sgt2 huhuhu sempat update 2 entry aje .. mlm nie nak ganti BW .. biasalah kann , ada masa2 kita free , ada masa2 kita sebukk manjang .. kebetulan tgk anak mamber di hsp .. tu yg x terkejar masa tuu ;)


Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...