Thursday, May 10, 2012

Wanita Dera Bayi Sendiri Sedang Jalani Hukuman ~ FACEBOOK

salam semua

pelik kan .. x tahu nak cakap ape .. walau akk x tgk ... x berani tgk sebenarnya ! .. tapi tulahhh , sedih dan sgt2 kejam bila dgr dari kawan2 macam mana bayi itu diperlakukan ! .. huhuhu terbayang2 lakk ..  wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar secara meluas di media sosial, kini sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatan kejamnya itu, alhamdulillahhhhhhh sgt2 ..
dan rupa2 nya kes ini adalah pada Mei 2011 ... 

fuh ! .. baru skrg nak ditayangkan ?? bikinnn sesak nafas ibu2 diluar sini huhuhu


KUALA LUMPUR: Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.

Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Rabu, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama.

Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi itu. - BERNAMA


 tayangan tidak akan ada disini , pic sumber ammboi.com


Menurut beberapa sumber juga, wanita yang merakam video itu bukannya sengaja mahu membiarkan ibu bayi itu memukul anaknya, namun beliau juga telah/takut dicederakan oleh ibu berkenaan kerana ada kenyataan yang menyatakan ibu kejam itu bermasalah dan tidak siuman.

sesiapa yang buat aduan tu, itu menandakan masyarakat kita masih prihatin… semoga baby tu selamat dan membesar dengan penuh keimanan… amin…. dan semoag semua ini menjadi pengajaran kepada kita .. KALAU dah 'GILA' nak buat macam mana kan .. semua x dpt dielakkan ..

26 comments:

  1. ada jugak tgk video ni smalam tapi x sanggup nak tgk smpi habis.. semoga kita dijauhkan dengan perangai yg macam tu..amin..

    ReplyDelete
  2. dye tak rasa sakit beranak kot.tu leh buat anaknya cm tu.

    ReplyDelete
  3. tgk suku jalan je. mmg tk smp hati la tgk. ada sbb la nape ibu muda tu jdk mcm tu. tekanan 2 blh buat org jdk mcm2. at least ada yg prihatin. tgk muka maknya dlm video pun blh tau maknya tu mmg ada prob.

    ReplyDelete
  4. org yg x siuman je sanggup buat cam tu kak..sedihnya

    ReplyDelete
  5. mcm meroyan dia ni..saya tgk separuh jer..sesak nafas dibuatnya..mmg tersentuh la hati ni..menangis saya kak..saya pun tak simpan video dlm blog..

    ReplyDelete
  6. mmg sedih tgk video tu smlm kak ieda. kita doakan sama2 anak kecil tu selamat dan membesar dgn baik lepas ni.

    ReplyDelete
  7. saya tergamam tgk video ni semalam...
    tak terkata...terpaku di situ..

    ReplyDelete
  8. tu la kan kak.. yang waras pun kdg2 x berfikir betul apatah lagi yg x waras..

    ReplyDelete
  9. sempat jugaklah saya download video ni ke handphone dan post ke blog..mmg berjuraian airmata saya melihat anak kecil yg x berdosa ni menjadi mangsa ibunya sendiri.. :'(

    ReplyDelete
  10. video nie dr thn lps lg falsya dh tgk..padan muke pmpn tuh kene penjara..sakit betul hati tgk video tuh..

    ReplyDelete
  11. Lieya x berani tgk kak... X sanggup... Mmg aku terbayang2 sambil nangis2 kang....

    ReplyDelete
  12. kak ieda, jue ngk sampai abis video tu semalam..sampai sakit dada ni..pedih jiwa..luluh hati..cemanala die tergamak buat mcm tu..sampai nangis² jue..terus teringat anak sendiri..tskk tskk..

    ReplyDelete
  13. saya betul2 rasa pelik dengan kes ni kak...sebabnya...kan..menyatakan ibu budak tu kena penjara 18 tahun...tapi apekah??? kalau tak siuman mcm buleh masuk penjara kahhh...pastu dia belasah baby tu jek anak2 yg disekeliling tu pon ada...org yg rakam tu takut kena belas then biar jek baby kena gituwkann..haihhh tak habis dok pikir lepas tengok video tu kak...

    ReplyDelete
  14. Bila dah masuk FB baru ramai yg dapat hidu tak sangka benda ini dah lama...

    Sakit hati sebab hukuman tak setimpal

    ReplyDelete
  15. sy menangis tgk video ni..... :(

    -----------

    singgah blog sy & sy nak share something

    nk ajak awk join giveaway mudah:

    Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

    ReplyDelete
  16. sedih...terlalu sedih....

    ReplyDelete
  17. menangis sy tgk video ni smlm..

    ReplyDelete
  18. betul la kak.. orang klu dh sakit mental nih x tau apa yg dia buat tu betul ke tidak.. apa2 pun semga jadik pengajaran kpd semuakan..

    ReplyDelete
  19. mnusia smakin kejam !

    ReplyDelete
  20. saya tak sggp tgk...:( sedih kan kita sbg ibu ni...

    ReplyDelete
  21. tu la kak, sedih je bile tgk kat FB yg mak tu pukul anak die sampai mcm tu sekali.haish

    -,-

    tgk2 masuk kat berita malam tu juga

    nasib la deme dah tangkap si mak tu -,-

    harap juga baby tu selamat kan.

    ReplyDelete
  22. salam...

    tengok dalam berita semalam, sentap kejap, mmg nak nangis, kejam betul, tp y geramnya knp y merakan tu x pukul mak dia tu bg pengsan ke apa..huhu

    ReplyDelete
  23. Kesian baby tu,.
    dia tak bersalah..

    ReplyDelete
  24. Kita masih belum ada kekuatan nak tgk video tu kak :'(

    ReplyDelete
  25. kalu gila kene masuk hospital gila bkn kene pnjara...entah2 buat gila sbb nk lari dr hukuman berat..sian sgt bb tu..rasa nk peluk je dia...kalu teringat video tu mestinsy nangis

    ReplyDelete
  26. saya tak sanggup nak tengok video tue......nie mesti tension gan laki tue yg jadik cam tue...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...