Sunday, May 13, 2012

UCAPAN ' SELAMAT HARI IBU '

 salam semua

kita sudah ketahui semua bahawa sambutan HARI IBU ADALAH HARAM , rata2 masyarakat memahaminya tetapi masih lagi bersama - sama meraikan dan menyambutnya .. macam akk , secara x sedar dah wish hari ibu kepada ibu akk .. tapi bukan lah semalam .. kelmarin ekeke .. yelah kerana sudah menjadi kebiasaan sebenarnya .. hurmm lepas nie sama-samalah kita mengubahnya .. insyaallahhh





Di antara dalil-dalil yang kebanyakannya Allah menegaskan peranan menjaga hubungan kekeluargaan ini ialah :
1.

Maksudnya :
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”
Surah: An-Nahl – Ayat: 78




Maksudnya :
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia”
Surah: Al-Israa’ – Ayat: 23

Rasulullah juga menegaskan tentang menderhaka kepada ibubapa merupakan salah satu dosa besar melalui hadis yang diriwayatkan seperti berikut :

Abi Bakrah radhiallahu ‘anh berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”
Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”
Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.

Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 2654 (Kitab al-Syahadat, Bab apa yang diperkata berkenaan sumpah palsu).
Beberapa dalil yang saya pinjamkan dari kitab-kitab rujukan asas Islam jelas menyuruh kita berbuat baik kepada ibubapa, malah semua agama menyarankan kepada penganutnya menghormati dan menjaga moral yang baik kepada ibubapa mereka.

Ajaran Islam menganjurkan penganutnya berdoa kepada Allah dalam apa jua keadaan dan masa berdasarkan makna firman Allah iaitu :

“Dan Tuhan kami berfirman: ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat kepadaKu, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.”

petikan : alghufran.com

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..

Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan
dan mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan didunia ini.

Ayah… Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu…




 

13 comments:

  1. Hari2 adalah hari ibu buat semua ibu2, baru tahu hukum menyambut hari ibu ni kak

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas prkongsian....

    ReplyDelete
  3. insaf saya ka lepas baca ne.. terus saya ingat mak saya...

    ReplyDelete
  4. yang penting niat kita tak terpesong..tp tarikh tu mmg akan jatuh setiap ahad minggu kedua bulan mei setiap tahun...ahad hari utk kristian kan..termenung panjang jugak meikirkan ni

    ReplyDelete
  5. terpulang pd niatkita...mmg hari2 mmg hari ibu...

    ReplyDelete
  6. hari2 hari ibu..hihi..tu la kak..kdg kita ni terikut ikut..pasni hari bapa plk...pas satu2..mula2 aritu valentine days..

    ReplyDelete
  7. As salam Kak,

    Tersenyum baca :))

    Tepuk dada tanya Iman... Rs dihargai bila diraikan, thn lepas masa celebrate birthday mak sekali dgn Hari Ibu tersenyum lebar dia... Maklumlah anak2 kdg kala 'perasan' sibuk termasuklah sy...hiks... Nak ckp sayang mak setiap hari mmg taklah... Sb duk umah asing2 seminggu sekali baru jumpa... Skrg ni bila jauh, seminggu sekali baru dpt call... Smlm wish kat dua2 mak & mil, bkn kemain suka lg dorang... :)... Harap2 dptlah pahala :))

    Kak,
    Barang dah smp ye? Alhamdullillah, rsnya tak perlulah cerita dlm blog...segan, pemberian kecil je... hehehe... Semoga akak ceria2 selalu!!!

    Cantiklah header tu...suka sgt! :))

    ReplyDelete
  8. assalmualaikum kak Ida...

    setuju sangat2 entry ini.. namun jika ada bulan y khusus bt hari mengingati Ibu, sekurangnya anak2 y sibuk bolehlah mengingati dan pulang menjenguk atau sekuranya memberi ucapan

    sebagai seorang ibu y faham anak2 mereka sibuk pastinya dgn sedikit itu membuatkan hati berbunga...

    ReplyDelete
  9. betul kak, tahun ni saya tak ucap pun selamat hari ibu utk mak saya mcm tahun lepas, insya-Allah sentiasa mendoakan untuk ibu bapa.... (tapi balik hari tu, anak saya (6 tahun) ucap selamat hari ibu kat saya... terharu juga, lepas tu bagitau kat dia...bla bla bla..)

    ReplyDelete
  10. setiap hari adalah hari2 utk mghagai ibu kt.. walau seribu thn pon.. xmugnik kt dpt mblasa jasanya..

    ReplyDelete
  11. semoga kita dpt jadi anak dan ibu yg lebih baik...... :)

    ReplyDelete
  12. sekarang nie dah satu trend pulakkan...pasal hari ibu...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...