Wednesday, May 30, 2012

TIDAK MEMENUHI UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN KERANA PUASA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haaaa bulan nie bulan rejab kan ?? dan bulan ini juga kita ada cuti sekolah selama 2 minggu .. hurmm sana sini orang memenuhi jemputan kenduri kawin .. samaada majlis kenduri saudara mara atau teman2 .. hurmm akk pun x terkecuali mendapat jemputan kawin nie .. tapi kebanyakan dari jemputan ini adalah pada hari sabtu dan ahad .. ada yg buat hari bekerja ke ??? 

ekekek kalau ada .. harus sebelah petang sahaja ramai jemputan kan .. hurmmm nie akk pernah mendengar dari kawan akak berkenaan , adakah kita wajib hadiri undangan majlis kawin sekiranya kita berpuasa .. iaitu puasa ganti atau pun sunat .. haaaa bila baca artikel bawah nie ..sama dengan pandangan peribadi akk sekiranya ada yg bertanya pada akk ..yuk kita baca dan fahami baik2 .. ;)


Memenuhi jemputan kenduri adalah dituntut oleh agama. Jika jemputan adalah kepada kenduri kahwin, hukum memenuhi jemputan itu adalah wajib kecuali jika ada keuzuran. Adapun kenduri-kenduri yang lain dari kenduri kahwin, hukum memenuhi jemputan kepadanya adalah sunat (yakni digalakkan dan diberi pahala oleh Allah).

Dalil tuntutan memenuhi jemputan kenduri (terutamanya kenduri kahwin) ialah sabda Nabi s.a.w.:

“Jika seseorang kamu dijemput kepada walimah (kenduri), maka hendaklah ia menghadirinya”.
-(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Jika sedang berpuasa, mintalah keuzuran dari orang yang menjemput itu (untuk tidak menghadirinya) dan berdoalah untuknya dengan keberkatan dan keampunan Allah. Ini sebagaimana diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.:

“Jika seseorang dari kamu diajak kepada jamuan makanan (yakni kenduri) sedang ia berpuasa, hendaklah ia berkata: ‘Saya berpuasa’”.
- (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Imam an-Nawawi menjelaskan: 

Ucapan “Saya berpuasa” dapat difahami bahawa orang yang dijemput mengucapkannya kepada orang menjemputnya sebagai memohon keuzuran dan sebagai memaklumkan keadaannya (yang sedang berpuasa). Jika orang yang menjemputnya memberi kelonggaran kepadanya dan tidak menuntutnya hadir, gugurlah kewajipan hadir itu darinya. Namun jika ia tidak memberi kelonggaran dan tetap menuntut kehadirannya, wajiblah ia menghadirinya. Puasa tidak boleh menjadi alasan untuk tidak memenuhi jemputan kenduri. Namun demikian, apabila ia menghadirinya, tidaklah dituntut ia makan kerana puasa menjadi keuzuran baginya untuk meninggalkan makan….”.
[1] (Syarah Soheh Muslim, juz. 8, Kitab as-Siyam, bab as-Shaim Du’iya Li Tha’amin…)

Adapun berdoa untuknya, maka ia berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Jika seseorang dari kamu diajak kepada suatu jamuan kenduri, hendaklah ia memenuhinya. Jika ia berpuasa, hendaklah ia mendoakannya dan jika ia tidak berpuasa, hendaklah makan”.
- (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.).


Manakah yang lebih afdhal - meneruskan puasa atau berbuka?
Jawapannya:
Jika ia berpuasa wajib (sama ada puasa qadha’ Ramadhan, puasa nazar atau puasa kifarat), haram ia berbuka sama sekali. Jika ia berpuasa sunat, hendaklah dilihat; jika ia merasakan dengan meneruskan puasa tidak mengecilkan hati tuan kenduri (yakni orang yang menjemputnya), maka sunat ia meneruskan puasa. Namun jika ia merasakan tuan kenduri akan berkecil hati jika tidak menjamah kendurinya, maka sunatlah ia berbuka.

Orang yang berpuasa sunat, harus baginya untuk membatalkan puasanya pada bila-bila masa. Saidatina ‘Aisyah r.a. menceritakan:
“Rasulullah s.a.w. datang kepadaku pada suatu hari, lalu ia bertanya: ‘Adakah kamu sekelian memiliki sesuatu (untuk dimakan)?’. Kami (yakni isteri-isteri baginda) menjawab: ‘Tidak ada”. Baginda berkata: ‘Oleh demikian, aku akan berpuasa’. Kemudian baginda datang lagi kepada kami pada hari yang lain. Lalu kami berkata kepadanya; ‘Ya Rasulullah! Kita telah dihadiahkan haisun (sejenis makanan campuran buah tamar dengan lemak dan susu kering)’. Maka baginda berkata: ‘Tunjukkan kepadaku. Sesungguhnya aku pagi ini berpuasa’, kemudian baginda makan makanan tersebut”.
- (Riwayat Imam Muslim)

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Orang yang berpuasa sunat adalah pemimpin dirinya. Kalau dia mahu, dia boleh meneruskan puasanya dan jika dia mahu, dia boleh berbuka”.
-(Riwayat Imam Ahmad, Tirmizi, Hakim, an-Nasai dan Abu Daud dari Ummu Hani r.a.)[2]

Namun demikian, membatalkannya dengan sengaja tanpa ada sebarang desakan atau keuzuran, hukumnya adalah makruh. Dan puasa sunat yang telah dimulai kemudian dibatalkan (samada dengan sengaja atau tidak), sunat digantikan semula pada hari yang lain.

Wallahu A’lam.

semoga segala persoalan dpt dirungkai dengan penjelasan dibawah .. sblm2 nie pun akak berpendapat yg sama kerana banyak bertanya dengan ustaz2 .. soo x lah bermakna sekiranya kita x dpt memenuhi undangan majlis perkahwian itu adalah berdosa .. sekiranya kita memberitahu akan "keuzuran" kita iaitu berpuasa .. insyaallah tuan rumah akan memahaminya .. :) tapi so far , kalau akk puasa tidak pernah lah puasa ganti @ sunnat pada hari sabtu @ ahad kan .. selalu amik fadhilat isnin dan khamis ;) sbb sabtu dan ahad adalah hari MAKAN kami sekeluarga ! ..

18 comments:

  1. kebiasaannya mmg x buat puasa sunat atau ganti pada hari ahad... lbh2 lg jika tahu ada jemputan kenduri.. :)

    ReplyDelete
  2. pada pendapat akak pula.. bila dah tau ada jemputan kenduri kahwin.. tidaklah sampai berpuasa.. sebab puasa tu boleh ditunda kepada hari berikutnya.. hehe.. sebab biasanya org yang jemput mulut atau bagi kad jemputan kahwin tu biasanya awal2 dia dah bagi.. jadi takkanla kita dah tau ada kenduri kita nak puasa juga sedangkan masih ada lg hari lain yg kita boleh berpuasa.. KECUALI kalau sesetengah puasa sunat yg kebetulan jatuh hari sama dgn hari kenduri.. tp.. apa2pun.. tak sampai hati pula tk pegi kenduri kalau yg jemput tu kawan baik atau saudara sendiri kan...

    ReplyDelete
  3. kalo takde ape2 halangan, puasa la...
    kalo ada jemputan atau acara kenduri kendara, cam tak patut la kite puasa, kalo dah tau... kite batalkan puasa... kalo tak tau lain la kan.. kak...

    ReplyDelete
  4. rase dah x larat nak memenuhi jemputan kawin. NI pun ade lagi. huk3...

    ReplyDelete
  5. mil el lak kalo dia pose sunat sabtu ahad kalo ada jemputan dia akan hadir jugak..cuma tu lah x mkn lah..rs xde mslh kot..kalo niat kita nak berpuasa..ofkoslah kuat iman hehehehehe
    kalo x kuat iman...xyah lah pose esok nak g kenduri betul x :)

    ReplyDelete
  6. munna pun puasa ganti ... tapi sabtu ahad cuti sebab banyak aktiviti nak buat....

    ReplyDelete
  7. Kalau sabtu & ahad jarang laa pose.. lebih2 lagi kalau tau ada jemputan.. :) Anway tq share info..

    ReplyDelete
  8. Sabtu & ahad memang jarang puasa..
    btw..Thx for sharing info kak..^^

    ReplyDelete
  9. biasa puasa hari bekerja.

    tq atas perkongsian ilmu ni

    ReplyDelete
  10. minggu ni lum mula posa lg insyaallah esk ...hihi..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..kenyang minda..

    ReplyDelete
  12. tak pernah buat puasa ganti kalau hujung minggu.. ;)

    ReplyDelete
  13. owh.. camtu rupanya.. makseh kak ieda.. :)

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas prkongsian ilmu ...

    ReplyDelete
  15. tapi HARAM kan pergi majlis yg mana tuan majlis tidak mengundang kita. betul tak kak ieda ?

    ReplyDelete
  16. ayu skrang nie dh tak leh puasa khamis.. sbb dr isnin-khamis ada yasinan..

    masa isnin tu hari, ayu puasa sunat.. dapat nasi ambeng, meleleh air mata..

    aduhhhhhhhh.. malu sbb tak attend,
    esok ada yasinan lagi.. so ayu tak puasa sunat


    thanks berkongsi ya kak ieda

    ReplyDelete
  17. As salam K.Ieda,

    Saya setuju dgn Kak Madihah aka Ratna tu... Klau boleh elakkan lah berpuasa sunat dihari jemputan walimah kan... Pergi dan hadiri majlis pun dah dpt pahala, apatah lg klau kita menjamu selera... Tuan rumah gembira, kita dpt pahala...

    Islam tu mudah dan indah... Sy pun xpuasa rejab lg ni, sb uzur... Tak sabar nak kutip pahala2 tu...insya'ALLAH... Terima kasih kak share perkongsian ilmu ni... Loves ya! :))

    ReplyDelete
  18. kalau kita dah tau kita dijemput awal sebaiknya kita tundalah pose tu kan kak..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...