Saturday, May 12, 2012

TANDA-TANDA KESUBURAN SEORANG WANITA...!!!

salam semua

sure ramai yg nak tahu tahap kesuburan sesama kita kan .. adakalanya semua ini kita x ambil pusing , x kesah kan pun ... hurmm salah tuu .. sebagai wanita , memang kita perlu tahu dan ambil tahu tahap kesuburan kita , nak2 bila kita baru berkahwin , haa bagi yg belum berkahwin pun apa salahnya kalau nak tahu kan .. soo moh baca nie .. ;)


pic google

PERNIKAHAN tanpa kehadiran anak sering menjadi penyebab kepada pertengkaran di antara pasangan suami isteri. Namun kadang-kadang seorang suami harus dihadapkan kepada kenyataan bahawa sang isterinya kurang subur.

Kesuburan kepada seorang wanita biasanya dimulai dari usia 12 tahun hingga 48 tahun. Anda belum mengetahui tanda-tanda wanita subur? Berikut ini adalah tips-tips sederhana yang boleh membantu Anda.

1. Kitaran haid

Wanita yang mempunyai kitaran haid teratur setiap bulan biasanya subur. Satu putaran haid dimulai dari hari pertama keluar haid sehingga sehari sebelum haid datang kembali, yang biasanya berlangsung selama 28 hingga 30 hari. Oleh kerana itu kitaran haid dapat dijadikan indikasi pertama untuk menandakan seorang wanita itu subur atau tidak.

2. Alat pencatat kesuburan

Kemajuan teknologi seperti ovulation thermometer juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mendeteksi kesuburan seorang wanita. Thermometer ini akan mencatat perubahan suhu badan saat wanita mengeluarkan benih atau sel telur. Bila benih keluar, biasanya thermometer akan mencatat kenaikan suhu sebanyak 0.2 darjah celsius selama 10 hari. Namun jika wanita tersebut tidak mengalami perubahan suhu badan pada masa subur, bererti wanita tersebut tidak subur.

3. Ujian darah

Wanita yang kitaran haidnya tidak teratur, seperti datangnya haid tiga bulan sekali atau enam bulan sekali biasanya tidak subur. Jika dalam kondisi seperti ini, beberapa ujian darah perlu dilakukan untuk mengetahui penyebab dari tidak lancarnya kitaran haid. Ujian darah dilakukan untuk mengetahui kandungan hormon yang berperanan pada kesuburan seorang wanita.

4. Pemeriksaan fizik

Untuk mengetahui seorang wanita subur juga dapat diketahui dari organ tubuh seorang wanita. Beberapa organ tubuh, seperti buah dada, kelenjar tiroid pada leher, dan organ reproduksi. Kelenjar tiroid yang mengeluarkan hormon tiroksin berlebihan akan mengganggu proses pelepasan sel telur. Sedangkan pemeriksaan buah dada ditujukan untuk mengetahui hormon prolaktin di mana kandungan hormon prolaktin yang tinggi akan mengganggu proses pengeluaran sel telur. Selain itu, pemeriksaan sistem reproduksi juga perlu dilakukan untuk mengetahui sistem reproduksinya normal atau tidak.

5. Track record

Wanita yang pernah mengalami keguguran, baik disengaja ataupun tidak, peluang terjangkitnya kuman pada saluran reproduksi akan tinggi. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan dan penyumbatan saluran reproduksi. Oleh kerana itu, track record wanita yang pernah mengalami keguguran juga harus diperhatikan.

Nah, dengan beberapa tips sederhana ini tentu tidak salah jika seorang lelaki memutuskan untuk berkahwin lebih selektif. Kesuburan calon isteri juga harus diperhatikan demi kebahagian yang sempurna dengan hadirnya sang buah hati.

info : kartunisceri

ps : ujan lebat sgt petang nie tadi , x dpt langsung nak buka komputer .. sgt2 takut kerana hujan yg lebat tuu beserta dengan angin yg kuat , ada beberapa batang pokok pisang di belakang rumah tumbang , huhuhu seram lak .. sib baik ribut x berlarutan .. ya allahh lindungilah kami semua ..

23 comments:

~Sweet Honesty~ said...

wahhh..nmpaknya saya adalah salah seorang calon isteri yg sangat subur..hihihih

Edy Zaidi said...

no komen...hehe...tp ilmu...bagus2...

ejulz said...

ermmm.. xtau nak komen ape.. ^_^

diana said...

HAID SAYA TAK TERATUR..
TARIKH PUN LARI2..
SAYA RASA SEBAB TU SAYA
SUSAH NAK MENGANDUNG..
TAK MAKAN PIL PERANCANG PUN TAK MENGANDUNG2..HAHAHAH

Aju Mohit said...

perkongsian yang baik kak...saya ni mmg subur kekekke, klu tak anak saya dah 4 org tp yang sulung tu gugur

IntaNBerliaN said...

perkongsian yg bagus ni kak.. :-)

anisalya said...

okay..skg ni tak brp subur sbb lps azfar saya cucuk.bln ke3 berhenti sbb ada skt2 sikit. smp skg ni tak period pun lg.


p/s: mmg hujan lbt smlm. hujan ais kak. my sis tgk siap pgg lg ptt la ms sy keluar kete tu rs sejuk mcm kena ais.

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Thanks for the tip... Anyway, kalau wife kita pernah gugur, then percentage untuk tidak subur tetap ada laa ye... So, ada tips tak nak kasi baja.. i mean, nak kasi subur...

ieda said...

aah ramai yg cakap ujan ais ..
rumah mak saudara akk atap separuh tercabut dik
sedih sgt2 .. habis rumah dia

ujian allahh
tu baru sekejap tuu huhuh

jemarisuri said...

thanks for sharing eida...kalau blh js taknak subur dh..hehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

akak kena tahu time subur sebab akak dari dulu tak pernah ambik apa -apa alat pencegah hamil.jadi kena kira tarikh subur, lagi pun time subur perut kita tak selesa : )

Nur Ezqy said...

RM1/pcs strip ujian ovulation OPK (kesuburan)/pregnancy UPT (kehamilan).


blogshop: http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com

sms: 0122429082 (puan nor)
email: lovidoobidoo@gmail.com

umminiena said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, nampaknya saya tergolong dalam golongan yang subur.. Seronok membaca entry awak..
http://umminiena.wordpress.com

syiela said...

bagus tuk mereka yg baru2 ni...

sHaRiNa eLyaNa said...

info yg berguna..

yana aina said...

tiada mslh .. tp blom dikurniakn rezeki lg.. sbr menanti ^^

Che Rosliza Che Mat said...

Nasib baik saya subur hihihi

Miss Zahirah said...

syukur sgt2 sbb kitaran haid sya teratur n selalu on time.. hihihi

mamasyafi said...

masalah kesuburan selalu mengganggu wanita, yang sedih lagi ramai tak sedar di mana tahap kesuburan mereka kan

fyna zario said...
This comment has been removed by the author.
fyna zario said...

kalo haid x tratur sis mcm ne itu trgolong tdk subur ke?..tp sy dtg haid tiap2 bulan smpaikn dlm mase sebulan 2 kali dtg haid cume tarikh x ttp la

kehidupan sihat said...


sharing yang bagus..
:)

http://diyanarazim.blogspot.com

Fisya Yusof said...

Salam Kenal
Masalah kesuburan sering dikaitkan dengan wanita..tp kdg ada je lelaki yg tak subur

Labels

Suke (845) Makan - makan (410) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (282) family (272) anak-anakku (236) Dunia (218) artis (203) Wanita (195) Tentang Aku (177) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (64) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) Teladan (23) Pelik (22) blog (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...