Tuesday, May 29, 2012

SULTAN JOHOR MENANG BIDAAN ~ WWW 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

PETALING JAYA: Sultan Johor telah memenangi bidaan dalam merebut nombor plat kenderaan "WWW 1", dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat "WWW 5", dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat "WWW 15".

Keputusan bidaan boleh didapati di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JP). Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengumumkan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 telah mencatatkan tawaran bidaan tertinggi sehingga kini.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan "MCA 1" pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100.Bidaan terhadap nombor pendaftaran dikehendaki ramai ini bermula pada 30 April dan berakhir pada 14 Mei.

Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan "WWW", yang merupakan singkatan bagi "World Wide Web". Terdahulu, akhbar The Star melaporkan seorang VVIP terkemuka dari Johor adalah pemilik nombor plat pendaftaran kenderaan yang paling popular dan dikehendaki ramai - WWW 1.

Merupakan seorang peminat kereta, VVIP ini adalah pembida yang berjaya dengan tawaran bayaran RM520, 000 untuk nombor pendaftaran yang dikehendakinya. Jumlah ini kini telah mencatat satu rekod baru sebagai nombor plat paling mahal yang pernah dijual di Malaysia.

Menurut sumber, JPJ dijangka memaklumkan kepada VVIP berkenaan mengenai kejayaan bidaan pada Isnin. Personaliti dikenali ramai ini juga mempunyai koleksi kereta antik dan model kereta terbaru.Semua kenderaannya diselenggarakan dengan baik dan beliau pernah dilihat memandu kesemuanya di seluruh negeri.

hurmmmmmmmmm , subhanallahhh  terperanjat akk dgn jumlah semahal itu utk plat no je  ... ! .. huhuhu sedih .. alangkahhh bagusnyaa kalau duit sebanyak itu disedekahkan kepada org2 miskin yg ramai di malaysia ini ... x ada lagikah org yg miskin utk disedekahkan ??? huhuhuh bukankah bersedekah amal jariah itu lebih besar ganjaranya dari ini ???

kayolahhh kejap JPJ ! ..

21 comments:

  1. mcm x adil jer semua yg dpt taraf VVIP or kenamaan ....*mati la kena saman nnt* hahaha...byknyer duwet theyols buang kat plat keta jer

    ReplyDelete
  2. dye letak kat kete apa eh kak.

    ReplyDelete
  3. Tu duit Rakyat tu kak, apalah nilainya plat kereta berbanding manfaat utk org yg kurang berkemampuan...

    ReplyDelete
  4. aduhai...... kita nak beli harga 50K pun semput.. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Kakak jadi speechless ieda sebab kakak org Johor. Banyaknya duit digunakan - hmmmm...

    ReplyDelete
  6. Banyak duit dorang ye..sampai buang2 macam tu jer...ramai rakyat malaysia tak ada duit nak ubatkan anak yg sakit..nak bagi makan kat anak2...nak baiki atap umah yg bocor..belum lagi tengok pesakit yang tak cukup duit nak beli keperluan..Ish...ntahla...dah terang lagi bersuluh..

    ReplyDelete
  7. bg lya..agk mbazir..baik gna utk kebaikan... apa ada pd nombor?

    ReplyDelete
  8. tu le kak...mahal mak datok kan harga nombor tu....kelas tol laaaa....

    kite ni rakyat jelata mmg terasa dgn amaun besar mcm tu....golongan2 kerabat plak anggap bende tu kecik jek kak.....aduh...

    ReplyDelete
  9. kite punyala nk kuar duit rm50 pun befikir bepuluh kali..huhh.. org kaya.. ermm..xleh nk ckp apa dah..

    ReplyDelete
  10. Nak booked no plat ratus2 pun fikir banyak-banyak kali hihihii

    ReplyDelete
  11. banyak giler duit sultan johor nikan katernyer dier banyak kereta antik mungkin nak letak kat keta antik kot...

    ReplyDelete
  12. Ada duit semua boleh..tapi rasa membazir jer..

    ReplyDelete
  13. duit dh byk sangatkan kak.. apa pun boleh beli.. :)

    ReplyDelete
  14. banyak duit..mmbazir je..baik guna untuk pmbangunan negara tak pun bagi kat orang miskin atau yang lbih memerlukan..

    ReplyDelete
  15. biasalah tu.. sultan johor byk duit.. lgpun dia dah ckp tu xguna duit rakyat.. :-)

    ReplyDelete
  16. setengah juta tu..sayang jer ke duit..

    kak..jgn risau la pasal header tu..tak kisah pun ..kalau ada akak buat la..kakalu takder tak per..biarlah dulu..:)

    ReplyDelete
  17. mahal tu..rasa macam rugi je..
    habis duit pasal ni...

    ReplyDelete
  18. dalam berita tadi dah di jelaskan sultan tak pernah ambil duit peruntukan kerajaan , duit tu di salur ke yayasan Johor utk tujuan kebajikan... berhati2 buat ulasan ..dapatkan fakta kata kenyataan tu..

    ReplyDelete
  19. umang aiii..setengah juta tuh..semata2 utk satu plat keta..rasa namk pengsan dengar..sukalah jpj kan..huhuhu

    ReplyDelete
  20. @zino

    bagus lah kalau macam tuu dan akk juga sedia maklum pasal tuu ..

    cuma kalau duit sendiri tu dibawa bersedekah lebih baik kan .. itu yg cuba disampaikan oleh teman2 blogger .. bukan mempertikaikan samaada duit rakyat atau duit kerajaan ..
    ekeke kena tgk dan baca dan pahami komen2 mereka nie ;)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...