Friday, May 4, 2012

RAMAI TIDAK TAHU cara cegah KEHAMILAN

salam semua

ada beberapa teman akk yg pernah bertanyakan akk , macam mana cara merancang kehamilan , sbb ada diantara mereka agak subur dan " mudah " lekat , alhamdulillah , tapi kita hidup nie perlu ada perancangan kan , soo bab anak2 pun kena ada perancangan yg teliti , kalau main beranak ikut suke ati , risau kita x mampu nak atasi masalah2 kewangan dan pelbagai lagi dlm hidup kita kan .. 

soo semua perkara harus ada perancangan , utk lewatkan kehamilan .. banyak juga disediakan langkah2 mencegah kehamilan berterusan .. akk juga ada mengamalkannya .. sewaktu anak kedua dan ketiga .. lebih2 lagi ketiga2 mereka melalui kaedah pembedahan .. hurmm .. yuk akk kongsikan sebahagian info ini .. ;)



pic google

KEHAMILAN adalah tanggungjawab kedua-dua pihak, justeru memerlukan kerjasama suami isteri untuk merancang sebaik-baiknya sebelum mengambil keputusan menjadi ibu bapa, terutama apabila belum bersedia, supaya kehadiran anak itu tidak terlalu cepat, terlalu lewat atau sangat rapat.

Kehamilan yang tidak dirancang dan tidak dikehendaki berlaku di seluruh dunia. Peningkatan kehamilan luar nikah bukan saja membimbangkan ibu bapa dan pemimpin masyarakat, tetapi menjadi perhatian pakar perubatan kerana banyak kehamilan begini berakhir dengan pengguguran tidak selamat atau pembuangan bayi.

Pun begitu, masalah pengguguran haram turut berlaku pada wanita bergelar isteri. Walaupun tiada data, perkara ini bukan lagi rahsia. Di seluruh dunia, dianggarkan 220,000 kehamilan tidak dirancang dan mungkin berakhir dengan pengguguran.

Masih ada orang percaya wanita tidak akan mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, menjalankan aktiviti seksual ketika haid atau hanya ‘bermain di luar’. Sehingga kini ada 10 hingga 15 jenis kaedah pencegahan kehamilan yang ada di negara kita.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk merancang keluarga ialah:
  • Kaedah semula jadi (contohnya penyusuan bayi atau ejakulasi di luar).
  • Halangan (kondom).
  • Pemandulan.
  • Pil perancang (wanita.
  • Alat intrauterin (IUD).
  • Sistem intrauterin (IUS).
  • Implan.
  • Suntikan.
  • Kondom dan pemandulan adalah kaedah yang boleh digunakan pada wanita dan lelaki. Manakala kaedah lain adalah untuk wanita. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.“Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari.  “Kondom juga antara cara pencegahan kehamilan yang baik dan murah. Ia juga dapat mengelak masalah jangkitan penyakit seksual,” katanya ketika pelancaran Hari Pencegahan Kehamilan Sedunia pertama yang diadakan serentak di 50 negara, baru-baru ini.

banyak lagi DISINI

 petikan : NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


 x salah merancang , kerana allah sudah memberikan kita akal dan fikiran utk memikirkan mana yg baik dan x baik .. setelah itu serahkan kepada allah utk menentukan , insyaallah jika kehidupan berlandaskan keimanan dan didalam landasan yg benar , pasti kehidupan kita dirahmati allah selalu .. aminnnnnnnnn ;)


26 comments:

  1. saya pun nak merancang kak...cukuplah 3 orannng dulu...thanks for da info...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm yelah .. kena merancang demi masa depan ;)

      Delete
  2. terima kasih kasi info ini Kak Ieda..
    kalau dapat dua, Alhamdulillah, pas tu kene fikir dulu... mampu lagi ke nak membesarkan anak-anak...dgn keadaan semasa skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah emme .. kdn sekarang nie yg membuatkan kita kena berfikir dua tiga kali .. kalau susah sendiri tanggung kan .. huhuh

      Delete
  3. aiyakk..cik kak.. sweety baca entry ne tuk ilmu lepas kawen erkk..hihi

    ReplyDelete
  4. aku pun merancang kak .....
    insyaallah bila cukup 3 tahun usia alisha ade rezeki tambah lagi ahli ... hehehe

    ReplyDelete
  5. saya mmg rancang kak dari mula2 kawin..mmg jaga2 betul2 la..kalau tak jaga mmg berderet la jawabnya..saya rancang sendiri mmg tak pernah sentuh ubat or alat2...

    kak saya tak tau kod kaler umah saya tu sbb blog tu org yg editkan..ni email saya..akak try email dulu nanti saya reply jer..

    fieda.rafli@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye dikk , nak2 kalau kita tahu kita jenis mudah lekat haa lagi kena jaga huhuh ...
      akk masa anak kedua merancang sendiri , anak ketiga baru makan ubat sbb takut lekat jugak since akk operate kan ;)

      Delete
  6. lieya pun dlm planning ni kak....tgu dayyan dah 2 tahun nanti baru cukup kan korum 4 org anak...lepas tu tutup kedai laaa...4 org tu just nice la kot kan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaaa bagus lah tuu ..
      4 just nice ;)

      Delete
  7. Ina setuju dgn akak..
    Merancang x salah..
    Memang semuanya rezeki Allah swt..
    Tp Allah swt berikan akal utk kita fikir baik buruk dr segala sudut..
    Mcm kes ina..
    Kami harus merancang..
    Setelah lahirnya Aqil Naim {tanpa dirancang sama sekali} nyata rezeki Allah swt yg maha berkuasa..
    Ina keguguran buat kali kedua {tanpa dirancang jgk} x sangka dalam "berpenyakit" rupanya awok ni subur jugak.. ;p
    Ina & suami terus merancang..
    Sebab "faktor kesihatan" ina..
    Sangat2 tak baik..
    Ina & suami x bleh tamak..
    Kerana Aqil sgt2 perlukan seorang "ibu yg sihat" utk terus membesarkan dia..
    Ina bersyukur dgn satu2nya zuriat amanah Allah ni kak..
    Walaupun kadangkala hati meronta inginkan lg..
    Namun bnyk benda yg perlu ina fikir..
    Bkn utk diri sendiri..
    Tp bnyk pihak..
    Miss u kak..
    Ina dah back to normal.. ;)
    Akak happy weekend & TC yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah adakalanya kita kena tgk macam mana keadaan kita
      baguslah kalau ina tahu dan merancang mana yg baik dan buruknya
      utk kebaikan ina , aqil dan suami
      kita merancang dikk , yg menentukan adalah allah segalanya ..
      manalah tahu ina ada rejeki anak layie , dan tiba2 sakit tuu dah x ada .. kuasa tuhan dik .. x mampu kita nak mengubahnya ..
      take care dear
      & happy weekands juga ! .. ;))

      Delete
  8. mmg kita kn merancang sbb di zaman skrg ni, kita kn pilih kualiti dr kuantiti kan kak...

    Sy xmkn ubat @ guna alat2an, just pandai2 sndiri je...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yerrrrrrrrr kualiti bukan kuantiti ;))

      Delete
  9. saya pun tgh merancang ni kak...huhu

    ReplyDelete
  10. cam kena batang idung sndiri plak kakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
    huhuhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  11. Banyak kaedah boleh dilakukan terpulang diri sendiri yg mana lebih sesuai dan yg penting kelahiran dapat dirancang dgn baik...

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..
    betul tu..merancang keluarga mmg penting utk keharmonian sesebuah r/tangga..mmg rezki klu ank ramai tp klu kehidupan x sempurna sbb kewangan yg x stabil susah jg kan...

    ReplyDelete
  13. js pun 2 je..rasa dh ok kot...hihi

    ReplyDelete
  14. erm kalu asik dapat baby pon susah jugak kan, nanti x dpt merancang kewangan pulak, so baik la merancang jgn samapi x nak beranak jerk sudah kan kak..

    ReplyDelete
  15. makan pil perancang tak elok....kesannya bila kita dah tua....saya tahu ada akak yg pernah bagitahu saya...pasal benda nie...

    ReplyDelete
  16. saya pakai IUCD merancang sendiri tapi dapat no dua pastu pakai IUCD kejap dan konon merancang sendiri lagi dan hasilnya dapat kembar kekekkeke sekarang setia terus pasa IUCD

    ReplyDelete
  17. cukup daaa (umurpn dah ***)

    ReplyDelete
  18. Salam...

    Akak, kalau merancang guna cara semulajadi cmna ye. Nak kawin buln depan. Ktorg nk merancang dlu. Tp xtau cmana

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...