Tuesday, May 8, 2012

RAHSIA pergerakan dalam SOLAT SEHARIAN KITA

 salam semua

sebelum ini ada diantara kawan2 akk yg bertanyakan apa rahsia pergerakan solat kita .. haa akk pernah tanye mak akk .. sedar atau tidak pergerakan dlm solat nie seolah senaman utk kesegaran dalaman badan kan .. semua anggota badan kita bergerak , darah berjalan dengan baik... adakalanya sampai kita berpeluh2 kan .. kalau kita terlampau khusyuk lahh , ok yuk akk kongsikan bersama dari pembacaan akk dan diolah serba sedikit .. ;)



 
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat , kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. 

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. 

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : ” Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar.” Moga Ada Manfaat

perkongsian dari pembacaan serikasih




10 comments:

  1. perkongsian yng baik kak, semoga ia memberi dan menambah pengtahuan kita semua

    ReplyDelete
  2. itulah istimewanya solat dalam Islam.Segala yg Allah cipta buat kita ada kebaikannya.

    ReplyDelete
  3. banyak kelebihan solat.. dari segi pergerakan ni boleh kata exercise gak.. menggerakkan semua bahagian badan peredaran darah.. just pendapat ejulz.. :)

    ReplyDelete
  4. tu lah.. DIA Maha BIJAKSANA

    ReplyDelete
  5. semua yg Allh ciptakan mesti ada kelebihan dan kebaikan buat umatNYA kan kak..

    ReplyDelete
  6. subhanallah! betapa hebatnya khasiat di sebalik solat yg kita buat setiap hari kan...

    ReplyDelete
  7. apa yg Allah surh hambaNYA buat ada kebaikan. kita yg alpa ni je tak sedar kan kak...

    ReplyDelete
  8. sebab tu lah solat tu tiang agama kita kan.. 5 kali sehari kita lakukannya...

    ReplyDelete
  9. sebab itu solat itu wajib...ada kebaikannya....info yg menarik kak ieda...

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg sungguh bermakna,tq Ieda...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...