Monday, May 14, 2012

Pendidikan seks mula diajar di sekolah NOVEMBER INI

salam semua

harap sgt nanti pembelajaran ini tidak disalah gunakan oleh pihak sekolah dan guru2 .. anak2 pun sure akan terdedah dan lebih mengetahui .. kalau dulu kita dan ibu bapa kita x didedahkan dengan perkara2 macam nie .. tapi alhamdulillah tahu je ... mana yg betul dan x betul .. mana yg patut dijauhkan dan yg mana patut diambil berat .. 
hurmm harap2 dengan pembelajaran dan pendedahan pendidikan baru ini , akan lebih membantu generasi muda skrg lebih prihatin dan dapat menjaga diri dengan baik .. 


Modul Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) untuk pelajar sekolah akan mula diperkenalkan kepada murid tahun satu bermula November ini. Ketua Pengarah Lembaga Penduduk, Pembangunan dan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat selepas modul tersebut dapat diterima dengan baik oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini didedahkan dengan PKRS.

Menurutnya, pelajar sekolah rendah dan menengah akan mengikuti modul yang berbeza berdasarkan tahap usia mereka. “Berdasarkan tinjauan dan maklumat balas yang diterima daripada pelatih PLKN seluruh negara ternyata mereka sangat gembira dengan kandungan modul itu yang mula dipelajari sejak dua hari lalu.

“Menurut mereka, modul yang dipelajari itu sangat berguna dan tidak pernah dibincangkan dengan keluarga sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke PLKN Benum Hill Resort dekat sini hari ini. Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Menurut Aminah, modul tersebut akan mula diajar kepada murid tahun satu selepas selesai peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Katanya, pendidikan itu bukan perkara baru kerana ia mengambil modul sedia ada yang diperbaharui dan digubal semula.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, para pelatih PLKN memberikan reaksi positif terhadap kandungan modul tersebut kerana mereka mendapat maklumat dengan kaedah yang betul. “Modul tersebut lebih kepada membentuk golongan remaja yang sihat, berdaya tahan, berakhlak, bertanggungjawab serta berupaya menghadapi cabaran perubahan dalam kehidupan masa kini,” katanya. – Utusan


ps : hari nie ke tempat kerja tanpa cermin mata .. huhuhu puas cari dimana akk letak .. lupe dah .. lupe dan lupe dimana .. susah hati , akhirnya akk drive juga ke tempat kerja tanpa cermin mata .. tuhan aje tahu betapa senak nye mata nie .. dah lah silau tinggi akk nie .. x leh jadi , tgh ari nie kena juga ke kedai utk beli lens huhu .. harap2 cermin mata dpt kembali balik rumah nanti .. X SABAR NAK BALIK RUMAH DAN CARI ! huwaaaaaaaaaaaaaaaa


24 comments:

  1. mcm mana la diaorg nak ajar kan?..emm..

    kalu cermin mata tak bawak..leceh la nak buta keja tu,
    minta la balik kejab kak...

    ReplyDelete
  2. moga cikgu dapat ajar dgn cara paling sopan...

    saya pun pakai kena pakai cermin mata tapi sengaja tak nak pakai...

    ReplyDelete
  3. bagus juga ada belajar skrg ni, sebab budak2 sekarang pemikiran advance sangat

    ReplyDelete
  4. lah bahaya nya.akk tc k.

    ReplyDelete
  5. aku yg kat KPM ni tatau pepe pun .. tak dak plak dgr cite dah start nk ajar kat sekolah

    ReplyDelete
  6. Kalau Nov rasanya akan jadi tahun depan ye ieda sebab 2 minggu Nov. dah cuti akhir tahun...

    Manalah pergi cerminmata tu ye... mesti tersorok. Minta tolong Zahrien cari dulu ieda...

    ReplyDelete
  7. macam manalah nanti..sebab skrg ni anak ema dah reti cakap zakar..padahal ema ckp pada adiknya itu adalah 'bird'

    ReplyDelete
  8. rasanya ok kot tapi saya rasa kita as a parent kena beri kata-kata yang positif kepada mereka...tak boleh harapkan 100% dekat cikgu di sekolah...kena guide betul2 dengan anak-anak...saya pon kena sama2 belajar la kot baru senang nak tahu tahap pemikiran mereka dan impak yg mereka lakukan...sebab ni subject baru kan saya pon xtahu nak explain ;)

    ReplyDelete
  9. buat permulaan agak susah nak ngajarkan...tapi bila dah biasa ok kot...kak dah lamer tak kesini...rindu akak...

    ReplyDelete
  10. dok terpikir macammanalah nk mjwab kalau bdk2 ni tanye kita bila lepas dorg belajar di sklh pasal tu.mana pulak pegi spec tu ye...

    ReplyDelete
  11. dah lama dah usul ni.. dari tahun bila ntah.. ermm.. harap2 sistem ni boleh digunapakai skang ni.. harap2 tidak menambahkan lagi gejala sosial..

    ReplyDelete
  12. harap2 cikgu pun tak la kekok nak mengajar..

    ReplyDelete
  13. mcm mana la cara pengajaran tu kan..kekok cikgu2 di buat nya..sebab anak murid skrg dh makin advance...

    ReplyDelete
  14. susah juga nak ajar tu kan.

    yus kalau cermin mata takde, tak nampak apalah jawabnya ieda, ieda oklah, masih boleh drive, kalau yus entah apa yg yus langgar...huhu

    ReplyDelete
  15. anak bujang i pun dah pandai bagi infos about this sex education.. Hope mmg diarang faham apa itu sex education.

    ReplyDelete
  16. saya setuju kalau diajar, tapi harap semua dapat input yang berguna..

    ReplyDelete
  17. ala kesiannya kat eida..kot2 dlm bilik air umah terlupa time basuh muka...hehe

    ReplyDelete
  18. hrp ia dpt kurgkn gejala sosial..

    ReplyDelete
  19. bagus pendidikn sex diserapkn kt sek..sekurangnya bdk2 dah tahu mana yg baik mana yg buruk
    *klu saya xde cermin mata, lgsg tak bole nak drive..kiranya power saya lg kuat dari k.ieda ler..huhu*

    ReplyDelete
  20. rasenye kena ajar yg basic dulu kot...

    ReplyDelete
  21. hrp ia dpt kurgkn gejala sosial..untuk remaja sekarang..terutama remaja perempuan huhuhu

    ReplyDelete
  22. camner ler gaya cikgu nk ngajor ye..

    ReplyDelete
  23. semoga pengisiannya bergunalah utk pelajar....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...