Saturday, May 26, 2012

PENDEKAR KUDUNG KAKI SATU ~ kagumnya

salam semua

hendak seribu daya .. x hendak seribu alasan ! ... haaa amacam ok tak perumpamaan akk nie .. hurmm kagum sgt2 dgn pakcik berdua dari pasir mas kelantan nie ..





PASIR MAS: Walaupun kudung sebelah kaki, dua sahabat layak digelar ‘pendekar kudung’ kerana mereka bukan saja mahir bersilat, malah menjadi tok guru atau tenaga pengajar seni mempertahankan diri itu.
Zulkifli Mamat, 49, yang kehilangan kaki kirinya akibat kemalangan dan Mohd Asri Daud, 33, yang cacat kaki kirinya sejak lahir, mampu bersilat seperti pesilat lain dengan tangkas.
Zulkifli yang menjadi tok guru Silat Minangkabau dan mula mempelajari silat itu sejak zaman kanak-kanak berkata, dia bersyukur dengan kelebihan dianugerahkan Allah dalam seni mempertahankan diri.

Katanya, dia kehilangan kaki kiri selepas dihempap besi ketika menjadi pekerja pembinaan jambatan Pasir Mas-Salor pada 1990.

"Akibat kemalangan itu, kaki kiri saya terpaksa dipotong. Saya mengambil masa hampir setahun memulihkan semangat dan kekuatan fizikal sebelum dapat kembali bersilat.

“Pada mulanya sukar membiasakan diri kerana perlu bersilat sambil memegang tongkat, tetapi Alhamdulillah, berkat kesabaran dan sokongan keluarga, saya mampu kembali mahir bersilat seperti orang normal,” katanya yang berasal dari Kampung Aur Duri, di sini.

sumber :hmetro


17 comments:

  1. assalam eida..betul2 bersemangat..boleh lagi bersilat..

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. cekal betul mereka kan?

    ehem... header baru yer :)

    ReplyDelete
  3. malunya.. ejulz x reti silat.. hehe

    ReplyDelete
  4. kuat smngat diorg kan..bgus

    ReplyDelete
  5. kita yg sempurna ni pun belum tentu boleh selincah mereka tu kan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Ieda

    Allahuakbar
    semangatnya mereka

    ReplyDelete
  7. Tabah dan cekalnya hati sang pendekar itu.Allahuakbar...

    ReplyDelete
  8. kagum dgn semngt mereka...tabah dan cekal....

    ReplyDelete
  9. kadang2 yg kita ingat 'kurang' upaya tula yg punya kelebihan tersendiri.. kan kak? :)

    ReplyDelete
  10. salam kak...
    lamanye tak singgah sini..byk perubahan dah blog akak..header pun sweet...^^

    Sangat Kagum dengan semangat mereka...

    ReplyDelete
  11. salam pekenalan dari umi .. tersentuh hati apabila pakcik ni berjaya walaupun tiada sebelah kaki .. trm kasih aats infonya (^_^)

    ReplyDelete
  12. semangat kena kuat. kena muhasabah diri. kalau dia orang boleh kenapa aku yang sempura ni tak boleh kan?

    ReplyDelete
  13. Ya Allah... walaupun macam tu.. tp dia tetap hebat kan..

    ReplyDelete
  14. Semangat tu yang mengatasi segala kekurangan diri.. ;)

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...