Monday, May 28, 2012

MENGAPA kanak-kanak mengalami masalah PEMAKANAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

hurmmm adakalanya kita x terfikir kenapa anak2 kita kurang mementingkan pemakanan mereka , leka dan adakalanya bila dibiarkan mereka x akan makan bila disuruh . Mereka selalu mengalami masalah dalam pemakanan mereka .. even ada sesetengah ibu bapa yg buntu bagaimana cara nak membuatkan anak2 mereka berselera dan seronok nak makan .. sure ada bersebab kan .. 

ok akk ada membaca artikel dari portel rasmi Kementerian Kesihatan ini , bila cari bab anak2 nie .. banyak yg dia rumuskan .. pemakanan yg sihat , seimbang , hubungan didalam keluarga dan banyak lagi .. 

disini akk sertakan sebahagian petikan dari portal tersebut yg akak rasakan seronok utk dikongsikan bersama , pada akk anak2 akk x mempunyai masalah dlm pemakanan mereka .. ekkeke bahkan , akk skrg tgh mencari2 cara utk mengurangkan selera makan mereka .. aci tak ?? ahahha maksud akk , akak control pemakanan mereka , salah satu cara dgn melakukan xtvt senaman yg sihat buat anak2 akk tuu .. ok jom kita baca .. mana tahu ada yg uols tertinggal .. ;)


Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan

Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat

Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal

Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

portal KKM

adikkkkkk IBU miss u !! huhu

jelas disini amalan memakan SNEK adalah sgt2 tidak sihat dikalangan anak2 kita .. kalau boleh jgn mulakan mereka mengambil snek .. elakkan , sesekali boleh .. sgt2 mempengaruhi pemakanan mereka .. kalau dah mula ambil , hurmm payahlahh mereka nak ubah , seeloknya mulakan dari awal .. anak2 nie semua kena mulakan dari awal , kalau dah dari awal kita biarkan mereka ambil snek , hurmmm adakalanya akk lihat ibu bapa sendiri dengan selamba membelikan snek buat anak2 mereka .. bila ditanya , mereka menjawab 
" SAJE BELI BUAT JAJAN MAKAN- MAKAN MENONTON TV " hoh !  .... :(

13 comments:

  1. jajan tu mmg snek wajib dpn tv cik kak..hihi

    ReplyDelete
  2. Queen mmg x galakkan Ammar mkn snek.. tp tula kalau g umah atok ngan nenek.. snek ni mmg ada byk sgt.. sbb kakak ipar Queen suka bg anak2nya mkn snek.. kalau kat rumah mmg QUeen x bg dia mkn snek.. cuma sekali sekala shj... Lg 1 Ammar ni kdg2 1 hari suntuk dia x mkn tau kak.. risau gak Queen sbb bila disuap dia ttp x mahu mkn.. tp kalau dia nk mkn mmg bertambah-tambah.. tp tula lauknya kena ada kicap dan telur.. tu jela pembuka selera dia.. bg nasi dgn sayur dan ayam atau udang mst dia x mahu... kdg2 pening gak dan agak risau dia x spt mkn yg seimbang...

    ReplyDelete
  3. budak2 ni bukan leh kawal sgt bab2 nak mkn snek ni...dah besar2 ni lg la dorg pandai beli sdiri bila main di padang.Sarapan mmg saya paksa dorg mkn bila nk kesekolah

    ReplyDelete
  4. asya pon mmg krg bab2 mkn.. byk bgntung pd susu.. tp lya mmg elak bg asya snek2 n air bergas pon mmg dia x pnh minum,.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Ieda

    jajan tu jarang sangat beli untuk anak2

    ReplyDelete
  6. akhirnya dpt bukak blog akak huhu setelah lama x dpt masuk hu hu hu

    saya pn x galakkan beli jajan nih..tp kadang2 saya bg juga tp suku ja boleh makan lebihnya mumi yg mkn hehehehe

    ReplyDelete
  7. salam kenal..
    lompat dari blog erna..

    ReplyDelete
  8. sama la. kalau kita tak bagi ada je yag bg dia org mkn snek. sesekali tu blh la. tapi kalau dah kerap sgt mmg tak elok juga.

    ReplyDelete
  9. budak2 mmg susah nk kawal kan..
    kawal kang sian plak kt dia...
    tp camner pun kena bg dlm kuantiti yg berpada le..
    tak bg makan terus pun...nnti kang dia makan lg byk belakang kita...payah gak..

    ReplyDelete
  10. Makanan wajib bagi kanak2 selalunya yang di larang tu la yang mereka suka...

    ReplyDelete
  11. kalau eyeme dulu, selalu sangat kena berleter dengan ayah sebab tak amek breakfast. jadi bila sakit je, otw nnak g klinik mesti breakfast jadi isu. heheheh

    ReplyDelete
  12. snek tu kan kak..mmg wajib beli kalo g mn2..nak kasi budak2 tu diam hahaha
    tp xdelah sllu mkn pun

    kalo nak avoid kanak2 dr mkn snek tu
    xyah ada snek dlm dunia ni boleh
    kahhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  13. saya risau bab2 snack tu kan kak sbb org van tu yg jual..jadi budak2 ni sesuka ati jer beli..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...