Monday, May 7, 2012

MEDIA BERTINDAK BERAT SEBELAH ~ jgn ganggu ibu saya !

salam semua

adakalanya benci dgn sikap sesetengah org dlm hal2 macam nie .. come on lah , walau bagaimana pun pandangan uols dlm bidang2 politik nie , jgn lah sampai melibatkan maruah kekeluargaan .. kesian kat individu tersebut , jgn libatkan mak bapak mereka dlm situasi itu .. tahulah pihak media menyokong siapa , tapi x wajar dan cukup akk x suke kalau melibatkan hal2 keluarga nie ..

hang pi interview mak pak diorg buat per ?? dah x der kerja lain ke ?? berlambak kejadian2 zina , bunuh org , jual diri , penjualan arak , disko dan pelbagai lagi yg hang semua leh khabarkan pada rakyat ! biar rakyat sedar  ... awat hal2 keluarga org hang nak pi citer ?? haa kan dah akk marah ( saboooor .. ekkee )

pandangan akk lahh pihak media nie kalau koot ye menyokong kerajaan sekalipunn , jgn lah sampai org dah x percayakan anda! .. mengaibkan org adalah berdosa .. apa jua sekalipun keadaan individu tersebut dengan ibu bapa mereka , toksah lah duk pukul canang kisah di merata2 .. sedih lahhh .. melampau2 .. dlm bab2 politik nie , boleh mengundang pra sangka buruk orang .. x takut tanggung dosa kah ?? huhuh 

tahu media mencari makan dgn semua ini .. tapi sekurang2nya laporkan lah sesuatu yg tidak berat sebelah , sampai bila nak menanggung dosa kering macm nie huhuh , walau mendengar arahan dari bos .. individu yg buat laporan x kan x leh fikir pahala dan dosa ! .. akk lak yg takut ..  ~ sekadar meluahkan pandangan peribadi akk .. bukan nak mencari pertelingakan wokeh ! .. :))


PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menegaskan beliau tetap akan meneruskan perjuangannya bersama parti itu serta enggan tunduk kepada tekanan fitnah musuh politiknya.

Bagaimanapun beliau berharap semua pihak termasuk media agar tidak mengganggu ibunya, Che Tom Yahaya, 78, semata-mata mahu menjatuhkan karier politiknya. "Saya menyeru kepada media supaya tidak menganggu ibu saya dan Umno janganlah mengheret ibu saya ke dalam kancah politik yang kotor dan jijik.

Malah ibunya itu turut menyeru agar Mohamed Azmin bertaubat dan kembali ke pangkuan keluarga serta meninggalkan parti yang disertainya kini. Selain itu menerusi nota khas enam perenggan tersebut, Mohamed Azmin berkata beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya seperti yang diperkatakan banyak pihak.

"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya sentiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya. "Saya tetap mendoakan semoga ibu saya sentiasa berada dalam lindungan Allah dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Saya turut mendoakan semoga roh Allahyarham ayah saya ditempatkan di syurga yang penuh nikmat.

banyak lagi DISINI


slow2 BW ... internet nie kejap ade kejap x der .. tekanan gak macam nie ekekek ;))


19 comments:

  1. salam ieda..tu le yan gacik malas nak baca berita dan tengok berita tv

    ReplyDelete
  2. macam saja nak laga2 kan org...

    ReplyDelete
  3. Ieda,

    Salam ieda, lama tak singgah sini masalah teknikal.

    Memang kita jangan nak menjatuhkan maruah orang demi kepentingan orang lain.

    Besok di sana susah nak minta maaf.

    ReplyDelete
  4. mcm2 cite hal politik lani ye...

    ReplyDelete
  5. Salam kenal kak..hmm..memang pun..sebab tu malas nak tengok tv..setengah jam pertama asyik ckp tentang politik..padahal masalah lain bertimbun2..kan bagus klu bangsa melayu bersatu..bangsa lain duk gelak je kat bangsa kite..

    ReplyDelete
  6. Makin lama politik ni makin membosankan...perang mulut sesama bangsa...tak pernah berkesudahan..yg mengumpul harta dari berpolitik..org kita juga....Yg kaya raya hasil berpolitik org kita juga....Yg menfitnah dan difitnah kesukaan org politik bangsa kita juga...sebagai rakyat.. kita fikirlah sebaik mungkin sebelum memangkah.. memilih siapa yg memimpin kita nnt...Namun sebaik2 kepimpinan hanyalah AL-QURAN dan HADIS yg sohih....

    ReplyDelete
  7. kalau nak cite bab politik ni mmg tak kan abis kak..mcm2 hal.
    pening sy..hihi

    ReplyDelete
  8. sian ibu dia, mesti tertekan..

    ReplyDelete
  9. salam kak..ni pun kira satu dosa jgk akak main bantai je media yg buat semua ni n akak xtau apa yg sbnrnya.,saya org media n ni kata saya..media xkan pergi interview ramai2 smta2 nak rosakkan bangsa sdri..dah kalo family dia yg buat sidang media..jemput media datang..adakah salah media jgk???tugas kami menyebarkan shj..kalo xdjemput,,xda sape nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali dik , terima kasih kerana sudi komen akk punye entry ..

      bukankah rakyat dan individu menilai dari apa yg diberitakan dan dipaparkan kepada org ramai , so dari itu jgn lah jadi pemberita yg menyalurkan perkara2 macam nie kalau x nak org menilai nya x baik ..
      begitu juga dgn berita yg dicetak , kalau cerita baik , maka baiklah org menilai nya .. kalau cerita yg seolah mengaibkan org , aiblah jadinya .. bukan kah x baik begitu ??

      akk x salah kan awak sbgai salah seorang media , tapi bukan kah media penyumbang kepada penilaian dan pemikiran rakyat .. mgkin anda bukan dari media yg sebegitu , alhamdulillah .. mungkin sesetenggah sahaja dari mereka begitu ..

      dan kalau ya mereka panggil anda2 semua , memang betul lah anda x salah kan .. hurmmmm apa2 pun ini sekadar pandangan akk yg jelas dan nyata skrg media banyak memaparkan berita2 yg berat sebelah .. ( sedih aje ... ) peace no WAR ! .. ;))

      Delete
  10. tah xcampur lantak korg la.....

    ReplyDelete
  11. hmm..org media nk paper die laku je tau..

    ReplyDelete
  12. saya hanya memerhati politik dari jauh...
    no komen pasal hal ni...

    ReplyDelete
  13. Apa pun juga yg tersiar dlm media kakak rasa dah ramai yg celik dan boleh menimbang yg mana betul dan tidaknya...

    ReplyDelete
  14. ntah lah..apa yang depa ni dpaat tak tau lah.. jawab je lah nanti di akhirat sana..

    ReplyDelete
  15. tak suka tengok berita berat sebelah huhuhu

    ReplyDelete
  16. makin teruk dunia politik kat malaysia ni..

    ReplyDelete
  17. huhuh mcm2 le...malas nk ikuti sgt..

    ReplyDelete
  18. x tahu nak ckp hal2 politik nie spi meleret ke situ plk....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...