Friday, May 18, 2012

LELAKI PENDEK LEBIH KUAT CEMBURU...???

salam semua

ye ke ?? ekkee akk x ramai kawan lelaki yg rendah .. tapi pernah mengenali dan mesra dengan lelaki yg macam nie .. dia rendah .. tapi romantik lah .. cemburu tuu akk x nampak .. skrg nie suami sendiri tinggi melayut .. langsung x de perasaan ekekek ( ouch ! ... ahahah ) maksud akk x lah macam sesetengah suami tuu , yg agak detail dgn apa yg dibuat oleh isterikan .. macam hubby akk , dia sgt2 simple .. janji btahu nak kemana .. even kalau akak cakap akk nak kuar , dia x tanye punn nak kuar ngan sape ?? dimana dan balik bilee .. janji cakap nak kuar .. ok ke ?? ekkeke mula2 dulu sakit ati .. tapi dah 12 tahun kan .. so dah masak dah .. 


haa berbalik pada lelaki rendah aka pendek nie .. uols lak macam mana ?? sependapat tak dengan artikel nie .. hurmmmm , pada akak lahh depends pada individuu lah kan .. kalau hubby tinggi punnn ada je yg kuat cemburu .. tak gitu ??

pic google

INGIN mencari pasangan yang memahami dan tak terlalu kuat cemburu, cubalah carilah lelaki yang memiliki susuk tubuh yang lebih tinggi.

Mungkin kajian yang dilakukan oleh para peneliti dari Sepanyol dan Belanda tidak masuk akal dan tidak berkorelasi dengan kenyataan. Pasalnya, mereka meneliti tentang sifat cemburu itu berkaitan dengan ketinggian badan seseorang. Hasilnya, diketahui lelaki yang lebih pendek memiliki sikap cemburu yang lebih kuat jika dibandingkan dengan lelaki yang tubuhnya lebih tinggi.


Namun, para peneliti dari Negeri Matador dan Kincir Angin itu beralasan penelitian mereka tetap berguna kerana melibatkan sekitar 549 lelaki dan perempuan dalam kajiannya. Berdasarkan penelitian yang diterbitkan dalam majalah
New Scientist ini, mereka menyampaikan alasan secara ilmiah setelah mendapatkan data dari 500 lelaki dengan susuk tubuh pendek diketahui lebih pencemburu.

Abraham Buunk, pemimpin penelitian tersebut menyatakan, rata-rata lelaki akan cemburu terhadap lelaki lain yang lebih atraktif, kaya, dan kuat. Namun, bagi lelaki yang memiliki badan lebih tinggi biasanya lebih tenang menghadapi persaingan terhadap lelaki yang atraktif, kaya, dan kuat.


Berbeza dengan lelaki yang memiliki postur tubuh pendek yang akan terganggu dengan persaingan dari lelaki yang atraktif, kaya, dan kuat. "Dengan postur yang lebih tinggi, lelaki akan memiliki rasa percaya diri sehingga punya psikologi yang stabil," jelas Buunk.


Namun, Buunk menekankan bahawa psikologi yang baik dan telus yang stabil bukan hanya kerana memiliki postur tubuh yang tinggi. Banyak juga faktor psikologi lain yang ikut mempengaruhi.

 
Lelaki yang berpostur lebih tinggi secara fizikalnya lebih menarik perhatian perempuan. Selain itu, kebanyakan lelaki yang lebih tinggi cukup sukses dalam meniti karier serta lebih berpengertian dan atraktif. Hal itu pun disokong dengan pendapat pakar psikologi dari British Psychological Society, Simon Gelsthorpe.


"Salah satu kunci penting menekan rasa cemburu adalah memiliki rasa percaya diri yang baik. Biasanya, rasa percaya diri lelaki yang posturnya lebih tinggi lebih baik meskipun ada juga ditemukan beberapa karakter yang buruk," ujarnya.


Gelsthorpe menambahkan, perasaan cemburu sebenarnya salah satu dari rasa takut pada manusia. Biasanya, perasaan cemburu seseorang kerana takut kehilangan pasangan atau orang yang dicintai.

"Kunci utama untuk menghindari rasa cemburu adalah tetap menjaga hubungan baik dengan pasangan," jelasnya.


sooo lelaki2 rendah diluar sana .. apa komen anda ?? ;))

18 comments:

  1. Assalamualaikum Ieda

    saya lelaki tinggi...he he

    ReplyDelete
  2. hubby sy kategori rendah..tp bila berdiri dgn wife, of course wife lg rendah..ekekeke

    ReplyDelete
  3. hmm..tak tau ler nk komen sbb somi akak lebih tinggi dari akak, hehe. Akak ni yg renek sebenarnya, hihi..

    psst:-ieda, akak dh emel kat ieda psl herbalife tu. Maaf lambat, byk keje lain, hehe..

    ReplyDelete
  4. Hubby kak Nurul jauh tinggi dr akak,tp cemburu nie tandanya sayang.

    ReplyDelete
  5. Tak pasti laa Ieda.. hehehe.. terpulang pada individu tuh sendiri..ler kan.. :)

    ReplyDelete
  6. suami saya sama tinggi dgn saya..mmg jenis lelaki yg tak tinggi.

    Alhamdulillah dia cemburu bertempat dan caring..

    ReplyDelete
  7. setahu saya kan, kalo isteri lebih tinggi dari lelaki, murah rejiki..hehe.. btl ke tidak..wallahualam..

    ReplyDelete
  8. salam Ieda...K.atie & HB sama tinggi..camna tu?hikhik
    Yg penting sefahaman antara suami isteri..saling hormat menghormati, bertolenrasi,sayang menyayangi..pasti membahgiakn sesebuah rumahtangga.:D

    ReplyDelete
  9. ejulz pun xtau ejulz kategori tinggi ke pendek.. hehe.. sederhana je kot.. hehe

    ReplyDelete
  10. saya lagi tinggi dari suami.
    mmg kuat cemburu pun sangat2..
    jadi isu gaduh jgk kadang2 tu.
    tapi sweet bila dia cemburu :)

    ReplyDelete
  11. suami mia tinggi dr mia...mia lak yg pendek...tp mia byk cemburu. suami ni kira stabil la emosi...hehe

    ReplyDelete
  12. izan suka kalau suami cemburu itu tandanya dia sayang dan ambil peduli...suami izan tinggi sikit dari izan....

    ReplyDelete
  13. lelaki cemburu bila tgk kawan dia kapel ngn prempuan cantik..hehe

    ReplyDelete
  14. org kate lelaki pendek, angin die tinggi. mueheheheh

    ReplyDelete
  15. akak kalau men tu hensem cam ne pun kalau pendek, turn off..hee

    ReplyDelete
  16. bagusla cemburu tu kan tanda sayang tapi jgn la sampai cemburu buta..masalah juga kan...:)

    ReplyDelete
  17. cemburu yg positif takper la..sayang kt bini dia..

    ReplyDelete
  18. Lelaki rendah kuat cemburu ya...baru kutahu....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...