Sunday, May 6, 2012

Kain ihram KAFAN ANAK

salam semua

hati mana x sedih , merintih dan sayu bila kehidupan kita bersama insan tersayang diuji , di ambil tanpa rela hati .. hanya allah sahaja yg tahu betapa sayu nyaa hati bila anak kesayangan diantara kita diambil olehnya , sesungguhnya kita memerlukan ketabahan yg kuat , dan sentiasa berdoa agar allah sentiasa memberikan kita kesabaran yg kuat , menghadapi dugaan yg allah berikan .. 

allah maha kaya , bila dia berhak mempercaturkan kehidupan kita dengan apa sahaja ,  berikan kita nilai kasih sayang , kita berikan buat anak2 , suami dan ibu bapa kita , bagaimana utk kita tahu jika suatu hari nanti salah seorang dari kita akan dijemput illahi . Bagaimana utk kita hadapi semua ini , adakah allah itu kejam ?? mungkin itu kata2 dan hasutan syaitan .. dia menguji dan terus menguji kita agar kita terus sesat bersamanya ..

pilu hati bila mengenangkan kisah pemergian anak tersayang akak nie .. kain yg digunakan sewaktu ihram dulu dijadikan kain mengkhafankan jenazah anaknya ... oh x dpt akak bayangkan betapa sedihnya hati si ibu



KOTA BHARU: “Seminggu sebelum kejadian, saya tidak sedap hati, seolah-olah seperti akan kehilangan ahli keluarga. Saya juga tiba-tiba tergerak membasuh kain ihram yang tersimpan sejak dua tahun lalu untuk digunakan sebagai kain kafan jika berlaku kematian di kalangan ahli keluarga.

“Perasaan tidak sedap hati itu menjadi kenyataan apabila anak saya lemas dan kain ihram yang dibasuh itu digunakan sebahagiannya untuk kain kafan anak saya,” kata Sabariah Jaafar, 46, ibu kepada Abu Hamid Fadzir, 14, yang ditemui lemas di Sungai Machang, Pasir Tumboh, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang, rakan Abu Hamid, Wan Mohd Nazri Wan Mahmud, 15, turut lemas selepas mandi di sungai bersama tiga lagi rakan lain. Mayat Wan Mohd Nazri ditemui jam 6.51 petang, manakala mayat Abu Hamid ditemui jam 8.15 malam di dasar sungai tidak jauh antara satu sama lain oleh sepasukan anggota bomba yang melakukan kerja mencari dan menyelamat bersama penduduk kampung.

Abu Hamid dan Wan Mohd Nazri adalah pelajar Maahad Ar-Rahmah Kenali, Kubang Kerian, di sini, dan masing-masing berasal dari Kota Bharu dan Pasir Puteh. Jenazah kedua-dua pelajar itu dikebumikan pagi semalam.

Jelas Sabariah, Abu Hamid keluar rumah jam 4 petang bersama empat rakannya dengan menaiki basikal untuk belajar silat, namun tidak menyangka anaknya mandi sungai sehingga lemas. Katanya, pada jam 6 petang, rakan anaknya datang ke rumah dan dia terkejut selepas dimaklumkan anaknya lemas di sungai yang terletak lima kilometer dari rumahnya.

“Pada mulanya, saya tidak membenarkannya keluar kerana cuaca mendung, namun dia berkeras untuk keluar sebelum saya dikejutkan dengan berita kematiannya.

banyak lagi DISINI


4 comments:

  1. sedih pulak bacanya....Allah sudah aturkan hidup kita...Al-fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  2. moga rohnya aman di sana..sedih laa baca..

    ReplyDelete
  3. sayu n sedih baca..moga akak tu tabah.. alfatihah tuk arwah..

    ReplyDelete
  4. al fatihah....sedihnya.tapi dah ketentuanNya...kita perlu redha

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...