Monday, April 16, 2012

TUKANG MASAK BUKAN ISLAM ~ haramkah masakan mereka ??

salam semua

selalu kita mempunyai kemushkilan dlm bab2 makan nie kan .. nak2 bab2 yg haram dan halal .. of course lah sbb kita ada peraturan yg ketat dalam islam .. kan kan .. haaa nie akk nak share pasal tukang masak bukan islam kalau masak masakan , adakah haram bagi kita utk makan ?? haaaaaaaaaaa selagi namanya bukan dimasak makanan yg HARAM maka kita boleh makan masakan mereka .. hurmmmm ;) 

skrg nie bila kita ke mana2 rest yg x der tanda halal .. of course lah masakan mereka nie semua yg berasaskan benda2 HARAM kan ?? sooo pada akk jalan yg paling selamat adalah tidak makannnn .. tapi ada hujjah berkenaan perkara ini yg ingin akk kongsikan bersama .. kira agak legalahhh bila akk baca .. ;)

pic google

TIDAK ada larangan kepada orang Islam memakan makanan yang dimasak oleh orang kafir, munafik dsb, selama-mana ia tidak melibatkan makanan yang HARAM di makan (seperti khinzir (babi)) atau minuman yang diharamkan (seperti arak, wine, dsb), dan juga binatang yang disembelih bukan dari kalangan orang Islam atau Ahli Kitab.

Begitu jugalah menggunakan pinggan, gelas dsb, yang di basuh oleh orang-orang kafir, melainkan mereka menggunakan bahan-bahan pencuci yang mengandungi benda yang haram.

Jika alasan mereka berasaskan bahawa apa-apa sahaja sentuhan orang kafir itu NAJIS, maka mereka telah tersilap di dalam memahami nas al-Quran. Kenajisan orang kafir hanyalah pada aqidahnya, bukanlah tubuhnya itu najis secara fizikal. Berikut kami petik jawapan yang lalu mengenai isu ini :- 

Orang Kafir Najis

Firman Allah S.W.T.
Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis…..” [Surah al-Taubah : 28]

Kenajisan kaum Musyrikin bukanlah najis hissiyah, dan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran didalam ayat di atas bermaksud ketidaksucian kaum musyrikin terhadap AQIDAH mereka yang mensyirikkan Allah swt.

Berkata Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi :-
“Kenajisan orang musyrikin adalah Najis Ma’nawiyah, melainkan ada segelintir fuqaha’, seperti Zaidiyyah dan Zahiriyyah mengatakan orang musyrikin dan kufar adalah najis hissiyah”.

Al-Qaradhawi memetik kata Imam Shaukani rh bahawa apa yang dimaksudkan adalah najis tersebut bukanlah najis hissiyah, bahkan ia adalah najis hukum. Ini bermaksud bahawa aqidah orang-orang kafir ini yang najis, dan bukanlah fizikal badan mereka.

Malah kata al-Qaradhawi di dalam riwayat Sahih bahawa Nabi saw dan para sahabat pernah minum dan mengambil wudhu’ dari bijana orang Musyrikin. Baginda juga makan makanan hidangan orang kafir.

Dr Khaled Muhammad Abdul Kadir, pensyarah Universiti Lebanon menyatakan bahawa adalah dibenarkan lelaki Islam beristerikan ahli kitab, mereka boleh bersentuhan, baik ke atas alat-alat perabot ataupun pakaian mereka. Suami juga boleh makan makanan yang disediakan oleh isteri ahli kitab dan boleh menggunakan pinggan, mangkuk dan gelas yang sama. Jelas INI menunjukkan kenajisan mereka bukanlah fizikal badan mereka.

Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan maksud orang kafir itu najis adalah kepada aqidah mereka yang tidak suci, dan bukanlah fizikal badannya sehinggakan batal wudhu’ jika menyentuh mereka.

Kesimpulannya, anda boleh makan makanan yang dimasak oleh orang kafir selagimana kandungan makanan tersebut halal dimakan. Sentuhan orang kafir BUKAN najis. Yang berbeza dengan kita hanyalah aqidah mereka sahaja.

sumber : oh islam.com

harap2 kawan2 semua dpt menilai dengan baiknya .. insyaallah , pada akk kalau ragu2 kita x yah buat dan x yah ambil .. senang cerita kan .. ;) tapi perkara diatas perlu kita ketahui kerana ada diantara masyarakat skrg menganggap apa sahaja yg dimasak oleh org bukan islam adalah HARAM .. 

hurmmm tapi macam mana kita nak tahu apa yg dimasak itu HALAL erkk ?? leh ke kita tanye ?? kalau makan kat otel .. nak kena tanye  .. nie haram @ halal ??? huhuhuh see .. see .. sooo kalau ragu2 jgn makan .. kita masih banyak pilihan kedai org2 muslim , pilih sahaja dan cuba elakkan dari makan dari kedai bukan muslim .. banyak juga persoalan2 berkenaan halal dan haram disini ( boleh rujuk link yg diberikan ) ..
 tapi yg ingin ditekankan adalah

TAK SALAH KALAU TUKANG MASAKNYA BUKAN ISLAM

islam itu mudahh dan memudahkan :)

ps : baru balik dari urusan .. alhamdulillah , settle , harap2 dptttlah .. murahkan lahh rejeki ;) .. samnpai rumah masak2 .. lemak kobis , sayur campur sostiram dan buat sikit salad buah2an .. dah simple2 aje .. ;) doakan akk berjaya dlm urusan sebentar tadi erkkk .. ;) kalau dah berjaya nanti akk sure story kat sini .. kita kongsi bersama .. ;)


18 comments:

  1. tp kite tetap tk selesa lah. akan cuba elakkan sebaik mgkin ;)

    ReplyDelete
  2. Anak kakcik yang bongsu pernah tak mahu masuk ke kedai roti semata2 kerana katanya 'tukang masak itu bukan Melayu dan mesti bukan Islam'.

    ReplyDelete
  3. Ina penah baca.. Tp x ingat dimana..
    "Bila kita ada rasa 'was2' maka jatuhlah haramnya makanan tu.."
    Nanti try google blk..
    Tp selalunya mmg kalo ada je rasa was2 x msk sggh..
    Sggp menahan perut lapar sampai jmpa yg btul2 confident.. ;)
    Insya'allah akak moga urusan akak dipermudahkan.. ;)
    Sedap sggh menu2 akak tuh.. ;)

    ReplyDelete
  4. saya suka makan chinese food yg mualaf masak. terasa originalitinye.

    lari topik eh? hihihi~

    ReplyDelete
  5. kalu dah tau tukang masaknya non muslim, terus je tekk ni kembang je nak trima

    ReplyDelete
  6. tulah kalo dh trus cop haram ssh jugak esp bagi kami yg dlm family agama berlainan nih... hu3
    tapi betol la kak, ramai yg sgt2 sng nk cop satu2 benda tuh haram, x tau psl pa...

    ReplyDelete
  7. dulu pk camtu gak, lepas tgk dgr ceramah UAI pasal halal haram masakan org bukan islam ni baru faham tapi kalau dah tgk yang masak bukan islam ragu2 juga baik elak la kan..tq kak

    ReplyDelete
  8. bg D plak..kalau dah tau kata tukang masak tu bukan islam rasa tak selesa la plak nak mkn...kalau tak tngk mungkin la mkn kot....

    ReplyDelete
  9. itu la..
    kadang2 slalu dijadikan kemusykilan..
    eheheeee

    ReplyDelete
  10. perkongsina yang baik.. terima kasih yer.. bertamabh ilmu akak mengenainya.. akak doakan agar urusan itu diberkati olehNYA.. selamat berjaya ya..

    ReplyDelete
  11. gud info kak :)
    salam kenal ^^

    ReplyDelete
  12. TQVM for d ilmu... InshaAllah akan dimanfaatkan...

    ReplyDelete
  13. saya pun kalau tau kedai tu bukan org islam yg masak tak rasa nk mkn la plk..

    ReplyDelete
  14. erkkk, tapi sya was-was lah kak...
    mcm takut je... huhuuu

    ReplyDelete
  15. Lebih baik kita pilih je kedai mkn yg memang muslim punya xlah ragu2....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...