Sunday, April 8, 2012

SEMOGA TUK GURU NIK AZIZ kembali sihat

salam semua

semoga YB Menteri Besar Kelantan , Tuan Guru Nik Aziz sihat hendaknya dibawah lindungan allah subhanawataala ... aminnnnnnnnn dgrnya Tuk Guru masuk hsp kerana masalah jantung ..dan keadaan beliau dilaporkan stabil ..


Keadaan Nik Aziz Yang Masih Dirawat 
Di HUSM Stabil - Fatah 
KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang masih dirawat di wad rawatan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Besan Nik Abdul Aziz, Abdul Fatah Harun, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku, berkata Mursyidul Am PAS itu dinasihatkan doktor yang merawatnya agar berehat di hospital itu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Nik Abdul Aziz, 81, dimasukkan ke hospital itu selepas mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Rabu lepas. "Tok Guru (Nik Aziz) dinasihatkan berehat di wad CCU itu bagi mengelakkan banyak menggunakan tenaga apabila berada di luar.

"Seperti biasa, perutnya selalu meradang apabila tersalah makan dan penat akibat banyak pergerakan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam Sabtu. Abdul Fatah berkata Menteri Besar itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam masa terdekat ini, sebaik selesai menjalani pemeriksaan lanjut.

Sultan Kelantan Sultan Mohammad V berkenan melawat Nik Abdul Aziz selepas solat Jumaat semalam, kata Abdul Fatah.- BERNAMA

ps : adik beradik akak semua dah balik .. umi dan ayah ikut adik akak yg perempuan di KL tuu balik , nak berjalan katanya .. kebetulan nak melawat anak saudara ummi akak yg sedang tenat di KL .. semoga abang amir sihat hendaknya .. sedih mendengar perkahabaran dari isterinya ..

6 comments:

  1. alahai puas cari button nak komen kat mana..sekali baru perasan kat rama2 tu sikit punya beso tak pasan..hehe

    Tuan guru mmg ada sakit jantung kut ye..rasa dah banyak kali dengar dia masuk wad..moga sihat seperti sediakala..aminn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmmm button rama2 ???
      x paham .. akk x nampak pun button rama2 tu dik
      kenapa kuar button tuu bukan terus komen ke ??
      sbb akk letak pop windows utk senang nak komen ;)
      bukan ammbeded comment macam skrg ..
      pelik gak nie ;)

      Delete
  2. Assalam Dik Ieda..Moga.Tuk Guru Nik Aziz, Abah Dik Ieda dan cousin Dik Ieda "Abg Amir" tu semuanya diberi kesembuhan..dan pulih sepenuhnya dengan izinnya...Insyaaalah...Wah Ummi dan Abah Dik Ieda jalan jauh ye...mesti dah semakin segar lah tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih akk atas doa2 itu

      tulahhh ayah dah ikut ummi ke KL .. nak berjalan sgt2
      harap2 dia ok disana
      sib baikkk pergi seminggu aje ;)

      Delete
  3. semoga tok guru sembuh., dgrnya harun din pun sakit. dlmminggu ni ada baca blog anaknya ada di icu kt us kalau tak silap

    ReplyDelete
  4. Semoga to guru Nik Aziz cepat sembuh dan pajangkan usianya Amin...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...