Sunday, April 22, 2012

RUMAH dengan kuasa GHAIB

salam semua

wahhhhhhhhhhh x termimpikan sesuatu yg macam nie ... tapi rasanya kalau dpt rumah macam nie sejuk kan .. siang malam sejuk .. hurmmm dah macam kisah2 zaman dulu2 lakk .. P . Ramlee pun pernah buat filem atas pokok ! ... ekekek seyesss seronok .. ;))

 UNIK... Burgess hanya membelanjakan RM36,000 untuk menyiapkan rumah ini.

RUMAH di atas pokok paling tinggi di dunia yang terletak di Crossville, Tennessee, Amerika Syarikat, pasti menjadikan rumah keluarga Robinson kelihatan sangat kecil.
Ia begitu besar kerana pemiliknya mendakwa dia membinanya selepas diarah oleh kuasa ghaib.

Filem Disney yang diterbitkan pada 1960 mengenai keluarga yang terdampar di sebuah pulau selepas kapal mereka musnah di laut, menggambarkan rumah di atas pokok yang sungguh menarik, siap dengan kincir anginnya tersendiri. Namun rumah keluarga Robinson itu akan kelihatan kecil jika dibandingkan dengan struktur ini.

Pemiliknya, Horace Burgess, berkata dia mengambil masa 11 tahun untuk menyiapkan ran gergasi ini. Menurut Burgess, yang menghuni rumah kayu 10 tingkat itu, dia mula membinanya pada 1933 selepas mendapat ilham daripada satu kuasa ghaib yang memberitahunya, dia tidak akan keputusan bahan jika membina rumah itu.
 

BESAR DAN LUAS... pemandangan di dalam

Di dalamnya ada tangga berpusing, tempat perlindungan, pentas koir, gelanggang bola keranjang, bilik yang tidak terkira banyaknya, laluan dan balkoni. Katanya: “Rumah di atas pokok ini sungguh menakjubkan. Anda tidak akan dapat menghargai kebesaran rumah itu kecuali anda berdiri di sebelahnya. Ia sungguh besar.

“Saya diberitahu, keseluruhan rumah itu hanya disokong oleh enam pokok dan Burgess menggunakan 258,000 paku saja untuk membinanya.

sumber : SINI

alhamdulillah , sebahagian dari pic2 yg akk ceritaka di dalam entry lepas , yg hilang dari canon akk tuu , tetiba ada .. huhuhu syukurrr sgt2 .. tapi sebahagian aje lahh .. macam miracle lak .. pic akk dan amanina x der .. harap2 lepas nie adalahhhh .. fuh ! kuasa tuhan sungguh ! .. 

kalau dia berkehendakkan , insyaallah akan jadi .. akak dah memang frust sgt2 .. tapi akk x lah gelabah cuma redho dgn apa yg berlaku .. x sangka lak baru2 sat nie , akk buka kembali canon akk .. sekali tgk ada kuar pic yg dah corupt tadi .. terus akk transfer ke pc lain .. tapi still pakai card reader tu lah !!! .. alhamdulillah sib baik boleh .. ;) , insyaallah kalau kita percaya dan redha dengan apa yg allah tentukan sure allah selamatkan kita dan makbulkan doa kita .. ;)

14 comments:

  1. Assalamualaikum Ieda

    kalau pergi US nanti...nak pergi kat rumah ni laaa...he he berangan2

    ReplyDelete
  2. agak bahaya kalo ada ribut petir..eee.. palis-paliss..

    ReplyDelete
  3. kalau petir camna erk?seram pulak tengok rumahnya....dah ada dah pic akak dalam camera...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. salam ieda..kalau acik tak naik ruah tu..takut..he he

    ReplyDelete
  6. mmg best rmh atas pokok.. unik.. tapi gayat la kak. hehe

    ReplyDelete
  7. rumah ni cook lah. kalau berdiri kat tingkat 10 rumah tuh mesti view dia cantik kan?

    *

    syukurlah akak punye gambo dah boleh recovered. saya penah jadi mcm tu, tak tau apa punca. lepas sekali jadi tu saya terus tranfer semua gambo secepat mungkin, takut jadi pape kat sd card.

    ReplyDelete
  8. silap hari bulan ke bawah.. tak berbaloi betul.

    ReplyDelete
  9. cam kat movie2 hollywod sellau nmpak umah cam ni, teringin nak duduk tpi takutnya roboh!

    ReplyDelete
  10. uniknya umah nih..tp nmpak cam scary sket kan..hehehe

    ReplyDelete
  11. teringinnya nak masuk rumah ni. hihi..

    ReplyDelete
  12. perghhh mesti sejuk nyaman je rumah ni....tp takut lak runtuh..

    ReplyDelete
  13. wah.. besarnya rumah ni kak.. wlaupun ats pokok tp cantik..

    ReplyDelete
  14. Tgk dr luar macam x kuat je rumah tu,takut nak naik takut roboh....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...