Wednesday, April 11, 2012

PUNCA BAYI tertidur semasa MENYUSU

salam semua

yuk akak kongsikan info pasal nie .. banyak dah kes2 bayi meninggal ketika menyusukan .. salah satunye kerana tersedak susu , dan kebanyakan bayi nie kerap tertidur sewaktu menyusu .. hurmmm



Bayi yang kerap tertidur sewaktu menyusu, menimbulkan pelbagai spekulasi. Secara tidak langsung, hal ini boleh menjejaskan usaha menjayakan penyusuan eksklusif.

Anggapan tidak benar tentang bayi yang tertidur sewaktu sesi penyusuan berlangsung boleh menimbulkan pelbagai masalah. Akhirnya, ia boleh mendatangkan kesan tidak baik buat bayi dan si ibu juga. Antara yang paling sering disalahtafsirkan ialah bayi sudah kenyang walaupun minum dalam tempoh yang singkat.

Malah, ada yang menganggap bayi akan menangis jika lapar. Jadi, apabila bayi yang tertidur itu tidak merengek ketika puting dikeluarkan daripada mulutnya, maka penyusuan tidak perlu diteruskan. Tidak kurang juga ada yang beranggapan, bayi tidak suka minum susu ibu. Oleh kerana bayi menyusu sedikit atau sekejap dan dibimbangi dahaga, maka ada ibu memberi air kosong atau susu formula sebagai ganti.

Punca Kerap Tertidur

Satu jam pertama sejurus bayi dilahirkan adalah waktu paling aktif dan anda amat digalakkan untuk memulakan penyusuan. Dalam tempoh ini, menerusi sentuhan kulit ke kulit, bayi akan mengenali bau, payu dara dan puting. Di fasa ini, bayi akan menghisap dengan aktif sebelum mula mengalami keadaan di mana dia akan kerap tertidur.

Bayi baharu lahir perlu belajar banyak perkara baharu di mana ia sama sekali berbeza daripada keadaan ketika dia berada di dalam kandungan. Demikian juga halnya dalam aspek mengawal tidur dan jaga. Secara purata, bayi berumur dua hingga tiga minggu akan tidur 16 hingga 18 jam sehari dan jumlah waktu tidur ini berkurangan mengikut perkembangan umurnya. Ketika menginjak usia dua bulan, dia hanya tidur sembilan hingga 10 jam sehari.

Berdasarkan fakta-fakta ini, berikut adalah panduan bagi mengatasi bayi kerap tertidur semasa menyusu.

1. Pastikan anda mengejutkan bayi daripada tidur setiap dua jam jika bayi selalu tidur melebihi dua jam. Ini bagi memastikan bayi mendapat nutrisi susu ibu yang secukupnya.

2. Jika bayi amat sukar dikejutkan, lakukan urutan lembut dan senaman otot tangan dan kaki. Anda juga boleh bercakap dengan bayi dalam nada yang boleh mengejutkannya (bukan bertempik). Gunakan kreativiti lain seperti menyanyi riang atau berselawat apabila melakukan urutan dan senaman.

3. Semasa bayi menyusu, jangan beri peluang kepadanya untuk masuk fasa tidur active sleep. Gunakan pelbagai kreativiti seperti merangsang dia dengan kerap supaya sentiasa menyusu dengan aktif.

4. Sesekali, anda boleh menekan payu dara antara ibu jari dan beberapa jari lain seperti memerah apabila bayi berhenti menghisap. 

5. Pastikan penyusuan bayi yang kerap tertidur ini lebih lama daripada bayi yang aktif menghisap. Apabila bayi kerap tertidur membuatkan susu yang diambil tidak cukup. Jika bayi tidak kenyang, ini bukan kerana ibu tidak cukup susu. Jumlah susu yang bayi terima amat bergantung kepada keaktifan bayi menghisap. Jika kurang aktif menyusu, panjangkan tempoh penyusuannya. 

6. Menyusu bayi dalam posisi berbaring boleh membantu mengurangkan keletihan akibat penyusuan yang lama. Anda boleh berehat sambil menyusukan bayi.

sumber : Majalah PAMA, Mac 2012


19 comments:

  1. perkongsian yg sangat2 menarik kak ieda... dan patut diketahui oleh semua ibu2 atau penjaga bayi2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting kepada penjaga2 bayi .. ;)

      Delete
  2. bersalin nanti saya nak menyusukan anak dengan susu badan sepenuhnya.maisara dulu kejap susu badan kejap susu formula.sebab tak de peluang nak bagi susu badan sepenuhnya..tak pandai nak bagi..terima kasih untuk ilmu ni..akan saya gunakan nanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah boleh D .. kena kuat semangat .. kdg2 bila dah bersalin ada aje yg menghalang .. ;)

      Delete
  3. salam Ieda..info berguna tuk para ibu2 yg menyusukan bayi mereka.
    Indahnya saat2 menyusukn anak..dah lama xmelaluinya..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu yelah akk .. ieda dah 4 tahun .. x merasa lagi lahhh ;)

      Delete
  4. bercita2 dan berimpian nak menyusukan dinda aisyah sampai ke umur 2tahun insya-allah jika di izinkan....amin....gud info..tq kak...kita kena banyak membaca kan...tambah ilmu tentang penyusuan....

    ReplyDelete
  5. Pagi kak ieda..info yg menarik untuk yang bakal jadik ibu...

    ReplyDelete
  6. Rasa x sabar pulak nak ada baby.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik .. aik .. ekkeke cepat2 kawin dikk ;)

      Delete
  7. Tips perkongsian yang baik kak ieda, Mak says cukup pantang kalau saya susukan badan sambil baring, nnti baby lemas kan, tp saya ni degil syukurlah tiada perkara tak elok berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk punn berpantang dgn mak .. menyusu anak suke je baring tapi jari kena aware ngan hidung bb tuu .. soo insyaallah ok ;)

      Delete
  8. Teringat mase susukan baby dulu..Rindu pula nak mengalaminya lagi..Alesya sempat 6 bulan je menyusu badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya .. anak2 akk semua sampai 2 tahun ;)

      Delete
  9. Terima kasih kak kongsi pasal ni, penting buat Ibu2 untuk sentiasa alert.

    ReplyDelete
  10. terjumpa e-book percuma ni, tentang menyusu dalam bahasa Melayu … sharing is caring :) - Buku Menyusu Dengan Yakin

    ReplyDelete
  11. Info yang sangat berguna. Tq :) Senang-senang meh lawat www.kindhearty.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...