Monday, April 2, 2012

Mengaitkan Ayat Al-Quran Dengan FACEBOOK dan TWITTER


salam semua

mai sama2 baca dan renung2kan keburukan berFB ini ... 

memetik kata2 seorang teman :

Bukannya haram update status tetapi alangkah baiknya update itu yang baik-baik,mengajak kebaikan,hadis, kisah sahabat dan sebagainya. Tapi kita malu pulak nak update begitu takut dikatakan orang kampung, ketinggalan zaman, terlampau alim, mat bagus dan sebagainya..


Mengaitkan surah Al-Quran dengan fenomena Facebookers dan twitters yang berserakan di dunia maya.

Al-Quran sememangnya mukjizat Rasulullah SAW yang memang tidak boleh dipertikaikan. Sejak 1400 tahun yang lalu Al-Quran sudah menceritakan tentang Facebook, Twitter dan seangkatannya?!” 

Cuba korang buka surah Al-Ma’arij ayat 19-21

‘Sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh. Apabila dia ditimpa kesusahan, ia berkeluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan dia jadi kikir.’

Ayat ini menjelaskan fenomena jemaah Al-Fesbukiyyah secara umum. Cuba kita lihat wirid-wirid mereka. Kebanyakan isinya keluh kesah. Artikel berkaitan Berhati-hati dengan Dinding Facebook

Temanya sudah mirip sinetron Indon mendayu-dayu sehingga air mata meleleh keluar. Sakit dari sakit bisul, sakit perut, selsema sampai jerawat tumbuh pun update di status. 

Cuaca juga tak ketinggalan. Diberi hujan pun mengeluh tidak dapat keluar ke mana-mana. Diberi panas mengeluh kepanasan. Segala maksiat juga disebarkan di public wall. Banyak contoh yang upload gambar sedang clubbing, membuka aurat dan sebagainya. 

Masalah duit habis, rezeki tak masyuk pun ditaip di facebook. Ibadat juga ada yang ‘disharekan’. puasa,sedekah dan sebagainya tapi Alhamdulillah saya belum jumoa ada orang update FB semasa sedang sembahyang dengan update status FB ‘lagi dua rakaat nih’ tetapi saya pernah melihat seorang lelaki yang surf FB semasa khutbah Jumaat.

Seterusnya di ayat seterusnya dikatakan

‘apabila dapat kebaikan maka dia kikir.’

Memang betul ayat tersebut kerana Ayat Al-Quran memang semuanya benar.
Cuba korang kira berapa orang yang update status contohnya 

“Alhamdulillah dapat rezeki, sesiapa yang mahu saya belanja harap tunggu di depan masjid lepas Isyak”.

Rasanya ada tak status FB yang begitu? Kalau dapat rezeki disorok-sorokkan takut orang lain tahu, takut ada yang nak meminjam atau minta belanja. Tetapi semasa ditimpa musibah di share ke mana-mana.”

So…? sendrik mau ingat!

perkongsian : isu hangat

12 comments:

  1. ratu skang fb lebih kepada promote bisnes :)

    ReplyDelete
  2. betul doh tu kak eh..sama2 renungkan dan selamat beramal =)

    ReplyDelete
  3. kadang2 fb jadi medan bergaduh huhu

    ReplyDelete
  4. Betul tu Ieda...fb lama kak ina dah delete coz tak larat baca status mengeluh tiap2 hari...fb baru ni kak ina manfaatkan dengan kata2 hikmah, motivasi dan nasihat daripada pendakwah sebagai moivasi diri...

    ReplyDelete
  5. sangat tepat entry ni kak ieda... kekadang sampai tak larat nak baca status kengkawan yg banyak keluh kesahnya...

    ReplyDelete
  6. biasa main game je dalam fb...

    ReplyDelete
  7. thanx sharing...moga jd pdoman utk smua. ssl jarang facebooking t.de ms

    ReplyDelete
  8. sy jrg update status fb..tp sy suka bc status org..heee

    ReplyDelete
  9. Saya amat jarang sekali update status kat FB... Surf FB pun jarang... :D

    ReplyDelete
  10. setujulah, untuk peringatan diri sendiri juga. Yus jarang update status di fb, suka baca status orang je....:D

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...