Thursday, April 12, 2012

MENDENGAR MUZIK itu HARAM ??

salam semua

sejak akhir2 ini halwa terlinga banyak dihidangkan dengan pelbagai lagu dan rentak .. bagaimana pilihan anda semua .. pada akk .. pagi2 akk lebih suke skrg nie memilih IKIM FM .. seyesss tertarik dengan pengisian radio ini .. penuh dengan ilmu2 keagamaan dan pengetahuan yg sebelum ini kita x berapa ambil kesah. 

Alunan lagu2 di dalam radio ini juga membuatkan diri akk sentiasa merasakan akk nie kerdil , banyak dosaaaaa .. banyak unsur2 keinsafan didalamnyee .. seyessss ... kalau x percaya cubalah buka dan dengar IKIM FM ( bukan nak promote yeee ) .. tgk apa pandangan anda semua ;)


Masalah nyanyian yang disertai muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahas sejak dahulu lagi. Sebenarnya, para ulama telah bersepakat bahawa semua bentuk nyanyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.

Namun, dalam kalangan ulama fiqh terdapat khilaf(perbezaan pendapat) dalam masalah ini. Para ulama juga telah menyetujui dan memBOLEHkannya apabila ingin meraikan suasana gembira dan bahagia, misalnya di waktu perniakahan, hari-hari besar dan sebagainya.

Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu yang banyak mengandungi hikmah atau nasihat. Ada juga sesetengah lagu bersifat doa dan dakwah. Hal ini bergantung kepada tujuan dan niatnya. Selari dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis yang agak panjang, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut, mafhumnya bermaksud:

“Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu bergantung pada niatnya; dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah berdasarkan apa yang diniatkan”
(HR Bukhari dan Muslim)

Bagi sesiapa yang melakukannya dengan tujuan maksiat, tentu hal itu menyebabkannya menjadi fasik dan ia DILARANG. Begitu juga sebaliknya, apabila nyanyian itu dijadikan sebagai dorongan untuk melakukan ketaatan dan hal-hal terpuji, sudah tentu ianya TIDAK DILARANG.

Telah berkata Imam Al-Ghazali :
“Jika disebutkannya nama Tuhan sebagai sumpah bagi sesuatu yang tampak dan niatnya tanpa tujuan, tidak dapat dianggap berdosa, apalagi membuat syair, nyanyian dan sebagainya”

Dalil yang membolehkan menyanyi atau mendengarkannya, adalah antara lain dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari iaitu:

“Ketika Abu Bakar datang kepada Nabi S.A.W di rumah ‘Aisyah R.A pada hari raya, ada dua jariah(hamba sahaya) sedang menyanyi, kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan ‘Apakah layak perbuatan syaitan ini dilakukan di hadapan Rasulullah S.A.W?’. Kemudian, Nabi S.A.W besabda, “Wahai Abu Bakar, biarkan mereka, hari ini adalah hari besar”

Adapun sebaiknya bagi seorang Muslim dan Mukmin Sejati yang berhati-hati hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ini. Agar tidak terjerumus kepada melakukan dosa yang boleh menggelapkan hati.

Semoga apa yang kita dapat, dapat sama-sama kita ‘amal dan sampaikan. Insyaallahhh

 ::Rujukan: Hudal Islam, Fatawa Mu’ashirah sebuah kitab karangan As-Syeikh Dr. Yusuf Abdullah Al-Qardhawi

renung2kan bersama .. kekilafan kita hendaklah kita perbaiki hari demi hari , kerana masa itu tidak menanti kita .. perbaiki kesilapan dan kealpaan kita sementara kita masih mempunyai waktu .. dan bersyukurlah allah masih memberikan kita peluang utk memperbaiki diri agar menjadi insan soleh & solehah disisinya .. 
aminnnnnnnnnn


21 comments:

  1. kalau sampai melalaikan.mmg haram...kan
    suka entry ni..:)

    ReplyDelete
  2. n3 yang sangat membina...tq kak for sharing...

    ReplyDelete
  3. malunye sya kak, kadang2 mmg terover ikut nyanyi lagu2 rancak tu...huhuuu

    *insaf*

    ReplyDelete
  4. apa pun yang kita buat kalau sampai lalai dan leka perkara tu jadi haram.sama la dengan muzik.kalau dengar lagu sampai terlupa nak sembahyang,terlupa tanggungjawab haram la jadinya.tapi saya pernah dengar kalau muzik dan lagu yang didendangkan tu disampaikan dengan cara yang tak baik jugak boleh jadi haram contohnyaa penyanyi tu pakai seksi ke..lagu nya dialun sampai yang mendengar terpesona pada suaranya ke..tu pun jadi haram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee jgn terlalu taksub dgn lagu yg kita suke ... macam org gak kann .. tapi kalau dgr lagu2 ketuhanan nie , kita mudah insaf dari melekakan ;)

      Delete
  5. assalam..
    tiap2 pagi mmg IKIM FM jd pilihan..ptg dan malam pun suka dgr jg..dgr muzik jgn sampai lalai, itu yg haramnya..lupa segala bagai..sekadar buat hiburan hilangkan stress apa salahnya..

    ReplyDelete
  6. alahaii..saya mmg suka pada muzik..terutamana lagu2 seperti opick.. iya bnyak nasihat dan kesedaran..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Ieda

    sesekali suka dengar lagu rock...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkk ye ke tuk ekkeke .. salute lahhh ;)

      Delete
  8. suka dengar nyanyian juga..tp sekadar hiburan halwa telinga saja ;)

    ReplyDelete
  9. sy pun suka dengar lagu...hehe

    ReplyDelete
  10. amin..semoga kita dilindungi..

    ReplyDelete
  11. suka sangat dengar radio ikim..
    tapi sekarang ni siaran dia bercampur aduk..
    dah tak clear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercampur aduk macam mana ye dik ?? x paham akk .. akk dgr ok aje ;)

      Delete
  12. BETUL TUE...SAYA PUN SUKA RADIO TUE HIHIHI

    ReplyDelete
  13. akak ejulz dulu layan gak IKIM ni.. ejulz pun terikut layan.. hehe.. tp bila dah keje sini jarang dgr radio.. brp tahun dah ejulz x dgr radio.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. loor ye ke dikk .. tmpt ejulz x der radio ke dik ??
      pelik akk nie , biasanya radio nie suatu keperluan ..
      x per2 kena beli nie ;)

      Delete
  14. kalau sampai menjejaskan ibadat kita ye la jatuh kpd haram kan kak..

    ReplyDelete
  15. dgr lagu tu jgnlah sampai melalaikan kita kan..

    ReplyDelete
  16. Klu turun kerja dan htr anak sklh memang bukak Radio IKIM.....
    Memang semua pekerjaan yg kita buat bergantung pd niat,klu niat baik memang akan dpt pahala dan begitulah klu sebaliknya.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...