Friday, April 27, 2012

MANUSIA PELIK di akhir zaman ~ MANTOLVA BUDAK PENYU

salam semua 

semua semakin pelik , manusia , tingkah laku manusia dan alam sekitar , subhanallah bila mana allah menurunkan pelbagai kejadian2 dan kelakuan yg aneh2 kepada kita skrg .. minta dijauhkanlahh allah menduga kita seberat itu .. x sanggup rasanya menerima , tapi itulah hakikatnya .. tertarik dengan kisah budak penyu ini , yang dah pun selamat dibedah .. kesiannn .. 

sekurang2nya dia selamat dan semua ini menjadi pengajaran buat kita semua , betapa besar kejadian dan kekuasaan allah .. Selama ini banyak perkara yg allah nak tunjukkan kepada kita bahawa dunia sudah di akhir zaman ..


BOGOTA: Nasib ‘budak penyu’ yang mempunyai tahi lalat gergasi pada badannya kini berubah selepas dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan, lapor media semalam.

Berasal dari Colombia, Didier Montalvo, 6, lahir dengan masalah itu - dikenali dalam istilah perubatan sebagai Congenital Melanocytic Nevus - dan berpotensi membahayakan dirinya.

Bagaimanapun, disebabkan keadaan ekonomi ibunya, Luz, tidak mengizinkan, mereka gagal mengumpul wang mencukupi bagi membolehkan dia menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan. Hidup di kawasan pedalaman juga menyebabkan keluarga Montalvo terikat dengan kepercayaan tahyul.

Berdasarkan pandangan pawang, budak itu dipercayai mula menjadi janin ketika gerhana. Mereka juga bimbang Montalvo mungkin diganggu roh jahat dan ia akan menghalangnya untuk bersekolah atau dibaptiskan.

Namun, sekumpulan doktor, diketuai pakar pembedahan plastik dari Britain, Neil Bulstrode, menawarkan diri membantu Montalvo secara percuma selepas mengetahui kisahnya.Menurut Bulstrode, dia pergi ke Bogota untuk membantu sekumpulan pakar bedah negara itu membuang tanda lahir pada badan kanak-kanak terbabit.

sumber : hmetro

يَااَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوْا رَبَّكُمْ اِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَىْءٌ عَظِيْمٌ . يَوْمَ تَرَوْنَهَا تَذْهَلُ كُلُّ مُرْضِعَةٍ عَمَّآ اَرْضَعَتْ وَتَضَعُ كُلُّ ذَاتِ حَمْلٍ حَمْلَهَا وَتَرَى النَّاسَ سُكَارَى وَمَا هُمْ بِسُكَارَى وَلَكِنَّ عَذَابَ اللهِ شَدِيِدٌ.

"Hai manusia! Bertakwalah kamu kepada Tuhanmu, sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (menakutkan). (Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu, (peniklah hingga) terlupa semua wanita yang menyusukan anaknya pada anaknya yang sedang disusukan, dan gugurlah kandungan segala wanita yang hamil, dan mereka kelihatan dalam keadaan mabuk sebenarnya mereka tidak mabuk, akan tetapi (mereka merasakan) azab Allah itu sangat keras".

Al-Haj, 22:1-2.


13 comments:

  1. kak..dah ok dah..bukan ape saya risau nanti takut blog akak plk kena virus..

    sian kat budak tu ye..

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. sian budak tuh kann.. moga2 bdk tuh sihat nnt..:)

    ReplyDelete
  3. takutnya!

    kesian dia... huhu

    org ngandung baik jgn tengok ni kan..

    ReplyDelete
  4. scary!!
    Alhamdulillah, dah dibuang pun ketumbuhan tu, semoga dia dpt menjalani kehidupan seperti org normal selepas ni...amin...

    ReplyDelete
  5. Macam2 diakhir zaman....Alhamdulillah dah selamat dibuang.

    ReplyDelete
  6. kesian nya bdk tu...alhamdulillah selamat walau dh lps buang ketumbuhan tu..

    ReplyDelete
  7. huuu..macam2 kejadian pelik kan sekarang nih..bukti kekuasaan Allah ..baca tafsiran al-quran kat bwh tu pon rasa insaf n takut..cukup sedia ke kita nk menghadapi hari kiamat..huhu

    ReplyDelete
  8. skrg ni mcm2 hal berlaku.. kesian kat dia..

    ReplyDelete
  9. ciannyer tgk...
    but if dah buang alhamdulliah

    ReplyDelete
  10. subhanallah dunia akhir zaman ye kak, nauzubillah

    ReplyDelete
  11. Kasihannya pd budak tu....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...