salam semua
cinta remaja , adakah terlalu hina ?? sehingga sanggup mengadai maruah dan diri demi kerana tidak mahu kehilangan org yg dicintai .. adakah masih ada remaja sebegini atau mereka sebenarnya tidak sedar diulik keseronokan yg berpanjangan ?? .. oh akk juga pernah melalui cinta remaja ..
tapi heran kerana masih tahu membataskan diri .. adakah kerana didikan agama dan disiplin yg diterapkan oleh ibu bapa , membuatkan akk takut utk melampauinya .. renung2kan lah ..
KERANA kasih dan cinta kepada teman lelaki membuatkan saya sanggup melakukan apa saja untuknya. Dia saya anggap serba lengkap dan menjadi idaman, saya tidak mahu kehilangannya.
Saya mahu sentiasa di sisinya dan kerana sayang, kami banyak kali terlanjur biarpun saya kadangkala keberatan mahu melakukannya manakala dia juga tidak memaksa.
Setiap kali melakukannya saya menyesal, tapi tidak pernah serik untuk melakukan lagi. Bukan ketagih tapi saya ingin menarik teman lelaki ke dalam pangkuan sentiasa, seolah-olah untuk menyimpannya buat selama-lamanya.
Saya yakin boleh hidup bahagia bersama untuk selamanya tapi tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kalau boleh, saya ingin mengelak daripada melakukan perbuatan haram itu.
Saya yakin boleh hidup bahagia bersama untuk selamanya tapi tidak tahu apa yang harus dilakukan. Kalau boleh, saya ingin mengelak daripada melakukan perbuatan haram itu.
Dr adakah tindakan saya ini betul? Bagaimana caranya kerana dia adalah kehidupan saya?
MAWAR PUDAR,
Perlis.
IBARAT butanya cinta itu sehingga ia boleh mengubah pondok kayu menjadi istana emas berkilauan. Cinta buta juga sering kali mempengaruhi fikiran hingga kadangkala kita melakukan hal bodoh tanpa disedari.
Seperti mana adik, hebatnya cinta sehingga manusia sanggup berbuat apa saja.
Namun, betapa hebat pun perasaan cinta dan kasih kita kepada insan, ia perlu didasari oleh akal fikiran dan batas-batas agama.
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Cinta membuatkan adik terlena dibuai emosi. Ia juga diikuti dorongan keseronokan yang diterjemahkan dalam bentuk melakukan hubungan seks. Mengadakan hubungan terlarang sebagai satu kaedah mengikat kekasih dan 'menyimpannya' boleh memerangkap diri sendiri.
Ia hanya akan menjadikan perhubungan adik berdua sebagai perhubungan yang tidak ikhlas serta penuh dengan noda dan dosa. Bersyarat dalam keadaan yang tidak halal.
Adik tidak perlu menyerahkan diri untuk membuktikan kasih sayang kepada teman lelaki. Hubungan cinta kalian yang harmonis dibina atas rasa kepercayaan dan saling memberi dan menerima.
Jika cinta benar-benar wujud dan kasih sayang ingin kekal dalam keadaan yang tidak bernoda, ia boleh diteruskan melalui alam perkahwinan. Ikatan perkahwinan ini boleh menghilangkan perasaan menyesal (selepas melakukan hubungan seks) dan pada waktu sama mempunyai hak ke atas suami. Adik dan teman lelaki tidak berterusan melakukan hubungan zina dengan berkahwin.
artikel : kaunseling remaja / hmetro
minta dijauhkan dari anak2 kita .. semoga mereka dan orang2 yg kita cintai
dilindungi allah selalu ..
manusia mmg mudah tunduk pada hawa nafsu...
ReplyDeletehuhuhu yelah kak yan
Deleteminta selisih dijauhkan dari anak2 kita kan kak ..
budak2 skrg kan kak dh tak tau dh hukum halal haram..yg saya peliknya zaman kita dulu mmg btul2 dgr ckp mak bapak..sekarang ni lebih dgr ckp pakwe...kita dulu tak berani nk buat mende ni sume..
ReplyDeleteya allah ieda..semoga dijauhkan dari keluarga kita semua..
ReplyDeletemacamla yakin sangat orang tu tak tinggalkan dia..
ReplyDeletekalo org dh x syg bagi badan pun x guna.. baik berdoa agar dijodohkan dgn org yg kita syg.. betul x kak? hhehe
ReplyDeleteDah tak reti nak bezakan halal dan haram..kononnya kerana cinta....
ReplyDeleteSemoga anak kita dijauhi....
Saya ada seorng ank perempuan....
ReplyDeleteHarap2 tak jadi sampai mcm tu...
Risau juga kadang tu....huhuhuuu
jauhkanlah anak2 kita dr perkara yg xelok,,,aminnn
ReplyDeleteseram jugak baca dengan kelakuan remaja sekarngkan....minta di jauhkan benda2 cam gitu terjadi dekat anak saya...
ReplyDeleteMinta2lah dijauhi pd semua ahli keluarga kita....
ReplyDelete