Monday, April 2, 2012

KURANGKAN KANDUNGAN GULA & GARAM ~ baru nak sedar ke ???


salam semua

baru nak sedar keeeee ?? I dah lama sedar ... muhahahaha aci cakap gitu .. seyesss skrg nie memang pemakanan kita sgt2 teruk .. mana2 lah penuh ngan kolestraol yg tinggi , lemak berlebihan , manis yg melampau dan masin x yah cakap lah kan .. sebab tuu akak prefer makan di rumah , masak sendiri .. boleh sukat masin dan manis .. even kandungan kolestrol punn boleh dikawal .. 
ye tak ??

huuhuhu kesedaran ini harus ada dari awal dulu .. bukan lahhh bila dah tahu rakyat malaysia nie dah parah , barulah nak kuarkan arahan itu dan ini .. hurmmmmmmm tapi x perlah .. mana yg dah tahu alhamdulillah , mana yg x tahu tuuu diharap berhati2 lah dan berjaga2 lah dlm pemakanan kita .. dan syukur akhirnya kerajaan sedar dan perasana akan kenyataan ini .. ;)


35 Pengeluar Makanan, Minuman Diarah 
Kurangkan Kandungan Garam Dan Gula
SEREMBAN: Kementerian Kesihatan mengarahkan sebanyak 35 pengeluar utama makanan dan minuman supaya mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk mereka.

Pengeluar, termasuk produk bayi, bijiran dan minuman berkarbonat, juga diberitahu untuk mengurangkan kandungan lemak dalam produk mereka berikutan semakin ramai rakyat Malaysia yang mengidap kencing manis, penyakit jantung, kanser dan darah tinggi.

"Kami mengadakan satu pertemuan dengan wakil-wakil di Persekutuan Pengilang Malaysia dan sektor perniagaan kecil dan sederhana ini baru-baru ini. "Kami meminta mereka untuk melakukannya secara sukarela tetapi kita juga telah memberikan mereka satu tarikh akhir untuk mematuhinya," Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan berapa lama tempoh yang diberikan kepada para pengeluar untuk berbuat demikian. Liow berkata, ia adalah mustahak sebagai kempen mendidik rakyat Malaysia supaya lebih peka terhadap kesihatan.

Beliau berkata, bilangan mereka yang menghidap penyakit diabetis pada masa ini adalah 15.2 peratus berbanding 11.6 peratus pada tahun 2006. Lazimnya, rakyat Malaysia yang mengalami kolestrol tinggi juga telah meningkat dari 20.7 peratus kepada 35.1 peratus pada masa ini.

Beliau berkata, rakyat Malaysia dilihat semakin kurang prihatin terhadap penyakit-penyakit itu semata-mata ia bukan penyakit berjangkit.“Sewaktu wabak H1N1 berlaku sebelum ini, orang ramai sangat berhati-hati terhadap kebersihan diri kerana ia merupakan satu penyakit berjangkit dan mudah untuk terkena penyakit itu.

"Tetapi atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya, mereka tidak bimbang tentang makanan yang kurang sihat hanya kerana mereka tidak jatuh sakit serta-merta,” katanya sambil menambah bahawa orang yang mengalami kencing manis, penyakit jantung yang berkaitan dan hipertensi juga memerlukan penjagaan perubatan.

Liow berkata, beliau juga akan melancarkan satu kempen bagi meminta pengeluar makanan dan minuman ‘memperbetulkan’ label kandungan bahan produk mereka supaya pengguna akan tahu apa yang mereka makan.

“Pengeluar makanan dan minuman juga akan berpeluang untuk mengaut keuntungan sekiranya mereka mengurangkan kandungan gula dan garam dalam produk berkenaan kerana kami akan mengesahkannya sebagai makanan yang sihat.

“Dengan sokongan kami, pengeluar akan dapat meningkatkan hasil jualan dan memperoleh keuntungan lebih tinggi,” katanya sambil menambah bahawa kementerian itu juga akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi pengeluar yang mengikuti arahan tersebut.

Liow berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan sarapan “Sihat 1Malaysia” dan program kesedaran kesihatan di Taman Temiang Jaya dekat sini.

petikan ; mstar


hari ini akak cuti .. siapkan sarapan nasi goreng buat anak2 dan hubby .. alhamdulillah siap makan dah ;) , lepas nie nak siap2 pi renew lesen huhuhu , dah 2-3 hari lesen memandu mati rupenya uuuuuuuu .. x sedar punn  ... bila terfikir kan lisen teringat lak dengan road tax kereta ..  aduhhhh punn dah mati jugak ... dush2 ... 
OMG !!!!

17 comments:

  1. jgn makan gula banyak2, nnt kene kencing manis...jgn makan garam banyak2, nnt kene kecing masin...

    eh..manis dgn masin just terbalikkan N & S je kan?

    ReplyDelete
  2. Makanan rakyat M'sia memang tinggi kandungan gula/garam/lemak termasuklah jajan budak-budak kan..

    Cuti hari ini kena keluar banyak duit nampak gayanya ieda... tak pe kalau tak susah juga tak ada lesen...

    ReplyDelete
  3. anak2 akak, akak limit kan kalau nak minum air gas. sebulan sebelum exam, tak siapa leh teguk..

    ReplyDelete
  4. dah bnyak kali keluar iklan2 macam nie pown, still tak sedar2 lagii..
    tunggu kene kerat kaki baru nak sedar :)
    hehe.. orang malaysiakan ramai mati sebab makan bukan sebab tak makan :)

    ReplyDelete
  5. Sebab tu la, masa isu harga gula hari tu kerajaan suruh rakyat mengurangkan pengambilan gula.... Tapi kita tak nak dengar... kita marah balik kerajaan sebab harga gula naik. So, nak salahkan siapa... Tepuk dada, tanya diri sendiri...

    ReplyDelete
  6. ogyep pun buat nasi goring pagi ni... Cep at gi renew learn tu... X pasal2 je nanti.. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Kalau kita makan kat rumah lebih terjamin..lebih berkhasiat kan

    ReplyDelete
  8. Kebanyakan penyakit berpunca dari pemakanan kita. Thank for sharing kak..

    ReplyDelete
  9. tak nafikan kak...lieya ni mmg kuat gula....kuat manis...kalo minum air masak tu mcm telan air ubat jek rasenye.....tak elok kan habit camtu huhuhu

    ReplyDelete
  10. xbrapa suka air yang manis2 sangat....cukup sekadar manis2 buah jerk..

    ReplyDelete
  11. salam Ieda..kandungan gula paling banyak dlm air bergas tuh.
    Sibbaek la k.atie sekluarga xsuker air bergas tu:D

    ReplyDelete
  12. orang kelantan memang suka manis-manis..hehehe

    ReplyDelete
  13. Makanan kat msia nie..mmg byk kandungan gula dan garam.. abis nak wat cam na..

    Selamat bercuti.. dan berehat..yer.. Ieda. :)

    ReplyDelete
  14. Selamat bercuti Ieda dan TQ 4 sharing nie.

    ReplyDelete
  15. semuanya perlu dikawal sekarang ni...bukan tak boleh ambik langsung..tak ambik langsung pun bahaya jugak kan..cuma perlu la dikawal..

    ReplyDelete
  16. btl 2....rietta pown kdg2 ssah nk plih mknan...byk myk...gram...

    ReplyDelete
  17. amat2 sokong tindakan kerajaan ni...

    yang menghairankan akak... kenapa la produk yg dikurangkan gula tu harganya lebih mahal dari yg lebih gula ye? mcm vitagen & seumpamanya... padahal dorang dah reduce bahan sepatutnya ia lebih murah.... bukan lebih mahal... pelik betul ler..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...