Wednesday, April 25, 2012

KEMBAR 3 dengan kaedah IVF

salam semua

x sangka kan , zaman skrg nie masih ada yg mampu melahirkan bayi kemabr dengan kaedah IVF nie .. sgt2 happy pasangan ini .. sekali diberi kurniaan sampai 3 .. berbunga hati .. ermm ramai ke adik2 , kawan2 yg masih tiada anak mencuba kaedah IVF nie ?? mahal ke kaedah nie .. ?? , kebarangkalian memperolehi anak adalah besar kan ..

GEMBIRA...Lee (kiri) dan Chang memangku dua bayi mereka manakala seorang lagi diletakkan di dalam inkubator.

IPOH: Percubaan kali kedua sepasang suami isteri untuk menimang cahaya mata menerusi kaedah rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) membuahkan hasil ‘luar biasa’ apabila mereka dikurniakan anak kembar tiga yang lahir menerusi pembedahan pada 18 April lalu di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

Lebih manis, kelahiran bayi kembar iaitu dua lelaki dan seorang perempuan itu turut mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi pasangan kembar tiga IVF pertama dilahirkan di hospital berkenaan menerusi proses pembekuan embrio yang dikendalikan doktor pakar di hospital berkenaan.

Pasangan suami isteri, Chang Keng Leong, 33, dan Lee Foong Theng, 30, yang juga pengusaha restoran tidak pernah menyangka impian mereka selama tujuh tahun untuk mendapatkan cahaya mata berakhir dengan kelahiran kembar tiga itu. Bayi kembar tiga masing-masing seberat 2.1, 1.8 dan 1.7 kilogram dilahirkan selang seminit bermula jam 8.46 pagi dan mereka masih diletakkan di bawah pengawasan doktor di Wad 6C hospital itu kerana dilahirkan tidak cukup bulan. Kembar itu dijangka pulang ke rumah selewat-lewatnya minggu depan.

Lee yang kini menetap di Bandar Seri Botani berkata, dia disahkan doktor tidak boleh mengandung kerana mengalami masalah di bahagian tiub fallopio sebelum membuat keputusan untuk menemui Pakar Perunding Obstetrik Dan Ginekologi HRPB, Dr Tham Seong Wai.

Menurutnya, dia mula menjalani rawatan itu pada Mei tahun lalu, namun percubaan pertama gagal sebelum menggunakan proses pembekuan embrio pada September tahun sama.

“Saya hanya menjangkakan seorang saja anak, namun tidak menyangka dapat tiga anak sekali gus. Bagaimanapun, saya gembira kerana selepas sekian lama akhirnya saya dan suami mampu mempunyai zuriat sendiri,” katanya ketika ditemui pada sidang media di sini, semalam.

Ketika ditanya mengenai kesukaran dihadapinya sepanjang tempoh mengandung, Lee berkata, dia mengakui mengalami alahan teruk selain sukar tidur dan berjalan kerana kandungan yang semakin membesar.

sedutan : hmetro


pernah menyuruh adik akk membuat kaedah ini , tapi x berjaya .. dah berapa kali erkk , x ingat lak akk nie .. hurmm , yelah semua nie bergantung pada rezeki kan .. kalau ada rezeki dari allah x akan kemana .. insyaallah , kalau kita orang islam nie kena selalu berdoa dan redho dengan segala ketentuan allah .. dia pasti ada perancangan untuk setiap hambanya .. cuma kita perlu banyak bersabar kan .. lambat dan cepat juga .. amcam jodoh lah .. ;)

26 comments:

  1. Betul tu Ieda..x salah berusaha..tp semuanya atas ketentuan Allah..anak pun macam rezeki juga..kalau ada, adalah..

    ReplyDelete
  2. mahal ke nak buat ivf ni? sy penah terbaca ada tabung utk membantu psgn yg nk buat

    ReplyDelete
  3. allhamdulillah,
    teknologi semakin meningkat.

    tapi apa2 pun Tuhan telah merencanakan
    yang terbaik (:

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah, berbaloi penantian mereka ni

    tina doakan adik akak pun lepas ni berjaya dlm proses ivf ni, inshaallah =)

    ReplyDelete
  5. kita mampu berusaha tp yg menentukan Allah swt kan kak..

    ReplyDelete
  6. betul tu kak.. semuanya ketentuanNya.. Kalau ada rezki ada laa kan.. kita hanya mampu berusaha dan berdoa..

    #impikan keluarga bahagia camni.. :)

    ReplyDelete
  7. hati ni teringin jugak nak dpt kembar..tp bila pikir, mengandung n beranak sorang pon dah sakit..hihi.

    ReplyDelete
  8. ha tu dia...tujuh taun xdpt anak..sekali 3 kembar dpt ...
    tp IVF ni sgt2 mahal..yg mmpu je boleh lah huhuhu

    ReplyDelete
  9. Betul ieda... kalau dah beratus ribu habis buat cara ini bererti belum ada izin Allah lagi. Keluarga kakak pun ada ieda - mungkin belum rezeki...

    ReplyDelete
  10. bestnye dpt kembar 3..10 thn "cuti" pastu..hehe..

    ReplyDelete
  11. tahniah buat pasangan ni... kembar 3 terus... berat bby3 pun boleh tahan juga tu...

    ReplyDelete
  12. best nya sekali dpt kembar 3...tkyah beranak byk2 kali kan..hehe

    ReplyDelete
  13. aduhai kak
    bestnya....
    dpt mengandung pun dah best
    nie kan plak kalau dpt kembar 3 terus kak

    zana ingat nak try garkk
    tp kos nya tinggi sangat

    ReplyDelete
  14. rezeki anak kite xtaukan..Dia dah atur :)

    ReplyDelete
  15. bwstnya terus dpt 3.. x silap saya mahal juga kos ni

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah.. rezeki.. 21 sekali DIA bg :-)

    ReplyDelete
  17. Lama dh dia kawin tp blom dpt ank..... sekali dia guna cara ni... 3 haaa....huhuhuuu

    ReplyDelete
  18. kak..blog akak kena malware ni...dia tulis malware tu dtg dari blog
    mummycute.com..
    akak remove link blog tu dari bloglist...

    ReplyDelete
  19. rezeki memasing kan kak ieda, moga adik akak x putus asa...

    ReplyDelete
  20. Kak Ieda, tgk tu kak, berbaloi2 usaha mereka, 7 tahun menanti, skali 3 dpt kak, rezeki kan nama nya... rezeki stp org berbeza, terima la dgn rasa syukur...

    ReplyDelete
  21. kak, kaedah yg adik buat tu iVF ke IUI?

    sbb klu IUI mmg chances nk dpt tipis berbanding IVF..

    ReplyDelete
  22. Bestnyer...
    Rezeki dapat kembar kan :)

    ReplyDelete
  23. bestnya dapat kembar...sekarang semua mudah cuma duit tak ada hihihi

    ReplyDelete
  24. walau macam mana canggih pun keadah nak mendapatkan cahaya mata, semuanya tak akan berhasil tanpa izin Allah SWT .pesan kat adik bersabar ye kalau ada rezeki adalah nanti, kita hanya mampu berusaha, bertawakal dan berdoa , selebihnya urusan Allah SWT,

    ReplyDelete
  25. Untungnye diorang kan..7 thn menunggu dpt kembr 3 sekaligus..lengkap girl dan boy plak tu..rezeki..

    ReplyDelete
  26. Lama juga tunggu 7 thn sekaligus dpt 3 lelaki dan perempuan plk tu....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...