Friday, April 13, 2012

JANGAN MEMIHAK JIKA ANAK - ANAK BERGADUH

salam semua

yuk akk share artikel ini untuk renungan anda semua dlm membesarkan anak2 .. sure banyak cabaran .. toksah cakap lahhh .. akk nie .. huhuhu memang mencabar minda dan diri .. tapi alhamdulillahh setakat nie x der lah anak2 tuu menyebabkan darah akak nie naik x turun2 ekekek ..
kalau ada dikalangan anda macam tuu .. ekeke u need something ! 

cthnya bila mereka bergaduh @ buat salah sesama mereka , kita jgn sesekali memihak sesiapa .. kalau akk dua2 akk tegur , marah @ pukul , silap hb si zahrien pun kena juga  .. haaaaaa barulah x nampak kita menangkan sesiapa kan ..
 ( thats what my mom teach ) ... ;)



Sebagai ibu bapa anda tentu sudah biasa mendengar ayat berkenaan. Pergaduhan antara adik beradik memang sebahagian daripada proses pembesaran mereka. Selalunya, pergaduhan atau bibit-bibit cemburu dimulakan oleh anak yang tua. Misalnya anak sulung yang cemburukan kelahiran adik atau anak tengah yang cemburu pada adik baru.

Perkara Universal

Namun, pergaduhan antara adik beradik adalah perkara universal dan normal. Malah, ramai yang berpendapat ia tanda keluarga yang sihat. Kehidupan orang dewasa atau kehidupan sebenar di dunia ini juga penuh pertelingkahan dan pertikaian.

Bagaimanapun, itu tidak bermaksud anda perlu membiarkan saja mereka bergaduh terutama apabila mungkin membabitkan kecederaan fizikal, caci mencaci atau penggunaan kata-kata kesat. Anda sebagai ibu bapa harus bijak menangani situasi itu tanpa melukakan hati kedua-dua anak anda.

Mengapa Mereka Bergaduh?

# Seorang anak berasa tidak mendapat perhatian yang sama banyak dengan adik beradik lain. Atau mereka berasa dibebankan dengan banyak tanggungjawab berbanding adik beradik lain.

# Fasa pembesaran mereka juga mempengaruhi sikap mereka terhadap orang lain dan bagaimana mereka menerima hakikat perlu berkongsi perhatian dan kasih sayang ibu bapa dengan adik beradik lain.

# Ada kala kanak-kanak yang lapar, bosan dan mungkin penat dengan persekitaran menyebabkan mereka suka memulakan pergaduhan.

# Mereka inginkan perhatian ibu bapa atau kakak atau abang.

Bagaimana Anda Menangani Pergaduhan Anak-anak?

* Jangan memihak dan jangan terbabit kecuali jika pergaduhan itu boleh mendatangkan kecederaan fizikal. Sebabnya, jika anda kerap campur tangan mungkin menimbulkan pemahaman kepada mereka, ibu atau bapa akan sentiasa ada untuk membantu mereka. Jadi, mereka tidak upaya untuk berdikari menyelesaikan masalah sendiri.

Apabila anda memihak pula, akan timbul kefahaman pada seorang lagi anak, dia sentiasa dilindungi dan sentiasa selamat kerana lebih disayangi.

* Hati-hati dengan anak yang suka mengadu. Mungkin dia betul dan mungkin juga tidak. Kadangkala mendengar sebelah pihak hanya menyelesaikan perkara itu sekejap saja sebelum mereka bergaduh semula. Kadangkala mereka juga sering menuduh adik beradik lain atas kesilapan yang dibuat.

* Jangan membuat perbandingan siapa yang lebih baik dan sebaliknya.

* Perhatikan masa dan hari atau pola yang memungkinkan pergaduhan boleh tercetus. Misalnya pertukaran jadual rutin harian.

* Luangkan masa berkualiti dengan anak-anak. Misalnya berkhemah atau melancong sekeluarga. Aktiviti begini akan lebih mengeratkan lagi hubungan mereka apabila mula berkongsi cerita.

* Jangan fokus keterlaluan anak mana yang patut disalahkan, sebaliknya selesaikan dengan baik membabitkan kedua-duanya. Misalnya saling bermaafan.

* Bantu anak anda membentuk kemahiran bagi mengatasi konfliknya sendiri. Misalnya ajar mereka bertolak ansur, saling menghormati dan mengagihkan makanan atau apa saja barangan yang perlu dikongsi secara adil.

* Apabila mereka bergaduh anda cuba meleraikannya, sebaiknya jangan tengking atau membebel. Nasihat dengan baik mengapa mereka tidak boleh bergaduh dan apa kesannya jika mereka bergaduh.

* Paling utama, jika anda kerap menengking atau menaikkan suara apabila bersama mereka, mulakan dengan mengurangkan atau menghapuskannya langsung. Tingkah laku anda mudah ditiru anak.
  
oleh Hafizah Iszahanid

insyaallah kita akan cuba jadi TERBAIK untuk mereka


22 comments:

  1. wow..banyaknyer entry dlm sehari....mia ank tunggal...tapi perkongsian ilmu ini mmg bagus..

    ReplyDelete
  2. klu anak2 bergaduh biar kita sbg parents ni dlm keadaan neutral kan..:)

    ReplyDelete
  3. sangat bermanfaat tuk ibu-ibu dan bapa-bapa dan bakal-bakal.. thanks for sharing..(^_^)

    ReplyDelete
  4. betul tu ieda..budak2 bergaduh sekejap je alih2 dah berbaik semula. Kalau mak bapak masuk campur, tak pasal2 bermusuhan padahal benda kecik aje

    ReplyDelete
  5. sama la kak, dieyana pun kalau anak-anak (dua-dua lelaki)bergaduh, memang tk pernah menangkan sesiapa, dua-dua kena! barulah adil kan! tq kak, atas info nih...:-)

    ReplyDelete
  6. betul kak ...skrg ni mmg munna klu diaorg bergaduh...mmg dua2 munna tegur...

    ReplyDelete
  7. amir baru sorang xde adik lagi.. gaduh pun dengan ibu jer.. ayah mmg buat x heran jer.. x menangkan sesape pun hahahaha....

    ReplyDelete
  8. kalau dgn saya pun, dua2 kena marah
    tapi tgk jugak siapa yg start dulu, so dia kena marah lebih
    hehe

    ReplyDelete
  9. betul tu kak tpi selalu terlajak duk manjakan mereka...huhu, tak elok kan sbb wujudkan sikap negatif tu...

    ReplyDelete
  10. perkongsian yg baik. Thanks ieda

    ReplyDelete
  11. gud info kak.. thanks..

    x sempat la kak nk citer psl transport kt kuching hari nih.. next week la ye sy share.. tp klu akak nk cpt leh amik no tepon nih.. 013-8883051. perkhidmatan kete sewa.. x sure ader ngan tour guide ke tidak.. pe2 pun akak leh call dia utk tanya lebih lanjut..

    ReplyDelete
  12. betui tu ...takut kan anak2 ingat mama lebih kan adek bradek lain kang .....

    ReplyDelete
  13. Org kata kanak2 tak reti cakap bohon kan. Sebenarnya tak jugak kak..saya dah terkena dgn hannan. Bertuah betul :)

    Kalau bab gaduh2 lak, bg saya yg salah tetap salah. Tak kira abang ke, kakak ke, adik ke..memang kena 'kiss' ngan mama..hihihi

    ReplyDelete
  14. Assalam Kak Ieda, kene jadi parents yg bijak tangani anak2 gadoh kan....

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Ieda

    n3 yg banyak menafaat

    ReplyDelete
  16. saya kdg2 naik pening..anak jantan saya 2 org ni suke benor la bergaduh..

    ReplyDelete
  17. sy biasa dua2 sy marah dan lepas tu explain balik ..haha

    ReplyDelete
  18. tak tempuh lagi pengalaman anak bergaduh...hehe biaso tgk anak2 buah bergaduh jer...hehe

    ReplyDelete
  19. betul tu kak.. dulu penah mak budak kls ejulz marah cikgu sbb marah anak dia.. padahal anak dia mmg ponteng sekolah.. adehh..

    ReplyDelete
  20. Kita sbg ibu bapa perlu mengadili jika anak2 bergaduh...

    ReplyDelete
  21. saya tidak menangkan sapa-sape kalau anak saya bergaduh...dua2 kena...hihihi

    ReplyDelete
  22. saya mpunyai ank lelaki 2org umo 14 dan 13 thun..sering bgaduh pening dbuatnye..td bru jer bgaduh saye halau 2org ank saye ...xthu la diorng g mane tgh mlm ni.saya xnk fkir lantak dia la

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...