Monday, April 30, 2012

IKAN LAGA PENGHILANG STRESS

salam semua


KEPENATAN boleh menyebabkan seseorang itu berdepan tekanan emosi sehingga menjejaskan kehidupan seharian. Selain yang bekerja, golongan suri rumah, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi berisiko tinggi mengalami masalah ini akibat kesibukan menguruskan rumah tangga atau mengikuti jadual pembelajaran ketat.

 
Justeru, setiap individu digalakkan meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri dengan melakukan perkara yang boleh memberi ketenangan kepada diri selagi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga. 

Bagi Samsuddin Awang, 37, memelihara dan mengumpul ikan laga menjadi caranya menghilangkan stres kerana ia memberi kepuasan, ketenangan dan keseronokan.

“Sebaik pulang selepas seharian bekerja, perkara pertama saya lakukan ialah melihat koleksi ikan laga. Setiap satunya mempunyai keunikan berbeza melalui cara pergerakan dan variasi warna pada badan serta ekornya yang mempesonakan.

“Kepenatan bekerja seharian seperti hilang apabila melihatnya. Saya memilih membela ikan laga berbanding spesies ikan lain kerana ia memiliki daya tarikan tersendiri,” katanya.

Samsuddin yang memiliki lebih 50 ekor ikan laga berkata, minat sejak kecilnya itu kini turut dikongsi bersama dua rakan baik yang juga jirannya, Amran Soid, 46, dan Abdul Rashid Jaafar, 38. 

 
Katanya, bagi menghidupkan kembali hobi tradisional ini, mereka bertiga sepakat menubuhkan kelab peminat ikan laga pada pertengahan tahun lalu dan kini mempunyai koleksi lebih 150 ekor ikan laga. 

 
“Kami akan mengumpul semua ikan laga di wakaf dibina di depan kawasan perumahan setiap hujung minggu dan berjaya menarik minat generasi muda khasnya mengenali hobi tradisional, sekali gus mengelak ia pupus ditelan zaman.



“Selain membeli, sebahagian daripada koleksi ikan laga kami cari sendiri ketika pulang bercuti di kampung masing-masing di Beruas dan Kampar di Perak serta di Kelantan,” katanya.

banyak lagi DISINI


kat rumah akk pun ada ikan laga nie .. ada 2 jenis .. hati2 lahh anak teruna akk dan ayah dia menukar air dan bagi makan .. belakang rumah tuu dah jadi rumah kedua mereka huuhuh .. kadang2 tuu ralit mereka duk melayan ikan2 tuu .. tapi akk pun suke .. damai aje kan .. ;)) ikan nie kalau dah besar , cantik dan ada nilai .. orang cina percaya sesetengah ikan laga ada keistimewaan dia dan ada ONG dia ! .. ;)


21 comments:

  1. Yela ikan laga ni wrna wrni kan..
    kat rumah kami bela ikan puyu je :D

    ReplyDelete
  2. ye ke??kene beli letak kat office la kot.

    ReplyDelete
  3. Hehe sebab tu di atas meja opis saya Ada ikan laga ni kak? Baik sungguh dia di situ

    ReplyDelete
  4. baca blog orang pun boleh hilangkan stress....

    ReplyDelete
  5. Anak kak Nurul pun ada bela ikan laga nie....

    ReplyDelete
  6. setiap org punya hobi masing... dan hobi itu adakalanya menghilangkan stress... saya suka kumpul dan baca novel... hehehe

    ReplyDelete
  7. Betul tu k.ieda. Tenang je tgk kan. Kt umah pun ada ikan, import dri kelantan lagi..hehe.

    ReplyDelete
  8. aciktak pernah bela ikan laga..tapi sentiasa ada ikan puyu dirumah..bela ikan puyu je.

    ReplyDelete
  9. bela ikan mmg best...saya pun suka kak...tgk rasa tenang je..

    ReplyDelete
  10. waktu kecik2 dulu pernah la bela
    sekarang teringin nak bela ikan guppy =D

    ReplyDelete
  11. ikan laga ni yang best tgk tu sebab kaler dia kan..striking warna warni!

    ReplyDelete
  12. memang cantik ikan laga nih.. kecik2 dulu penah jugak bela.. tu pun carik sendiri kat paya2..

    ReplyDelete
  13. byk cara utk tenangkan jiwa bergantung kpd minat seseorg itu kan...

    ReplyDelete
  14. ruper diapun cantikkan kan kak...kalau anak Alin yang bela mungkin sekejap je idup kot...

    ReplyDelete
  15. Kakak suka bela ikan ieda tapi selalu tak menjadi - hatta di pejabat pun akhirnya sekarang tinggal akuarium kosong - air pun tak ada dah...

    ReplyDelete
  16. saya pun ada ikan laga ..sekor je. suka tengok liuk lentuk masa dia berenang..

    ReplyDelete
  17. nak beli gak laa.. nak hilangkan stress.. hehe

    ReplyDelete
  18. sangat tenang bila dpt tgk ikan2 dl akuarium tu. ingat nnti nak bela jugalah... anak2 pun suka.

    ReplyDelete
  19. saya ada bagi kat adik,sekor je..sampai sekarang ada lagi..suami tak minat.dia lebih suka ikan yang boleh bela banyak2 dalam satu akuarium.

    ReplyDelete
  20. ikan2 laga ni cantik2 kan kak.. zmn kecik2 sk main dgn ikn ni..hihii

    ReplyDelete
  21. zaman saya kecik2 dulu mmg byk la koleksi ikan laga ni..sng sgt nk dapat masa tu...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...