Wednesday, April 11, 2012

FARRA berubah demi masa depan ~ PENCERAIAN ADA HIKMAHNYA

salam semua

haaa sure ramai kenal kan .. atau x perasan .. mcm akak .. x perasan ini FARRA " bagaikan puteri" haaa iongat tak lagu hits dia tuu... alhamdulillah dia juga dah berubah ke jalan yg diredhai allah .. aminnnnnnnnnnnnn semoga dia kekal sebegini dan terus mendapat hidayah dari allah .. sgt2 sweet kan dia nie ;)


DIA masih lincah seperti dulu. Mengenakan jubah hitam ketika hadir pada sesi penggambaran di studio Utusan baru-baru ini, tidak menghalangnya untuk bergerak pantas. Malah, kehadirannya membuatkan ramai yang pandang dua kali dan tertanya-tanya siapakah gerangan wanita genit itu kerana wajahnya seperti pernah dilihat di mana-mana.

Ketika menunggu giliran untuk diambil gambar di dalam studio, jurufoto senior, Noor Baini Masri lantas menegurnya dan bertanya, "Ini Farra ke? Penyanyi (lagu) Bagaikan Puteri?" Dia mengangguk. Lantas, semua yang berada di situ tersenyum dan terus bertanya khabar kepadanya, setelah sekian lama mendiamkan diri.

 
Bagi yang tidak tahu statusnya yang sudah bercerai pada Ogos tahun lalu, khabar berita tentang rumah tangganya turut disoal. Namun, wanita berusia 41 tahun itu hanya tersenyum dan tenang menjawab, dirinya kini seorang ibu tunggal.

Benar, penyanyi yang popular dengan lagu Bagaikan Puteri pada sekitar tahun 1990-an, Farra atau nama sebenarnya Farihah Mohd. Arshad, tidak lagi bergelar isteri orang. Tidak mahu memandang ke belakang dan meratap segala kisah duka yang telah berlaku, Farra menganggap penceraiannya itu adalah salah satu ujian Allah SWT yang harus dihadapinya.

Hidupnya kini lebih bermakna dengan menghabiskan masa bersama anak angkat kesayangannya yang baru berusia setahun, Muhammad Affif Zikry, serta mencari rezeki untuk mereka berdua.

Berdakwah

Tidak seperti para selebriti lain yang akan bergiat aktif dalam kerjaya seni semula selepas penceraian, Farra lebih selesa jika karier seni nyanyian diabadikan sebagai kenangan sahaja. Apa yang diinginkan, Farra mahu berdakwah dan menyebarkan ilmu pendidikan menerusi bidang seni.

"Cukuplah, dulu saya dah puas menyanyi. Kembalinya saya hari ini tidak bermaksud yang saya akan bergiat aktif menyanyi seperti dahulu. Rasanya, 'kembali' bukanlah satu perkataan yang sesuai.

banyak lagi DISINI

usia dia dah 41 tahun tau !! ... macam bukan 41 tahun kann .. still maintain cantik dan ayuuu .. kebanyakan artis yg berubah kejalan yg baik dah bercerai .. dan mereka2 yg bercerai nie punya semangat yg kental kan ..kagum sgt ! ... ;)

10 comments:

  1. semakin ayu farra ni bila bertudung...age 41 tu.Harap berkekalan.

    ReplyDelete
  2. dulu akak suka tengok dia menari ,
    dia pandai menari. dah pakai tudung baguslah gitu, semoga Allah SWT merahmati hidup dia .

    ReplyDelete
  3. saya suka lagu tu...
    seingat saya mak ayah dia pun tak merestui dia jadi penyanyi..
    agaknya tu pasal dia tak nak nyanyi dah..

    ReplyDelete
  4. farah masih cantik mcm dulu, ingat lg dulu2 kan dia hampir jadi adik ipar ella, tapi takde jodoh

    ReplyDelete
  5. ayu sangat farra ni bila dah bertudung...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...ingat dia sebab lagu hits dia dulu time adek saya nak bersalin...hehehe

    ReplyDelete
  7. Semakin ayulah farra nie...suka lagu dia bagaikan Puteri....Kak ieda banner tue tidak boleh letak tepi puas godek2...huhuhu kena letak tempat asal balik baru ke tepi...

    ReplyDelete
  8. zaman sekolah dulu..suka sgt dgr lagu dia. sampai boleh hafal liriknya

    ReplyDelete
  9. Cantik diakan,dan dah bertudung lg nampak cantik dan ayu.....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...