Tuesday, April 10, 2012

DEMAM AARON x habis lagi ~ ZED ZAIDI mempertikai kemenangan


salam semua

hurmmmmmmmmmmmmmmmm baca dan nilai lah sendiri .. axceli ada pro & kontranyaaa kenyataan zed ini .. cuma cara dia impress tuu x kena , memalukan dia dan membuatkan org x suke dia huhuh .. dia x fikir ke ?? dia kan Timb Presiden Seniman , soo dimana professionalism anda dlm hal2 sebegini ???  ( alamak dah macam wartawan lak akak nie ekekkeke )

Zed Zaidi Tidak Matang Pertikai Kemenangan Aaron Aziz

Antara komen Zed Zaidi menerusi Twitter miliknya yang mempersoalkan
 kemenangan Aaron Aziz.


PETALING JAYA: Bintang Paling Popular, Aaron Aziz menegur aktor Zed Zaidi yang mempersoalkan kemenangannya dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH2011) Ahad lalu.

Aaron berkata Zed yang menjadikan faktor kenegaraan bagi mempertikaikan kemenangannya adalah satu pemikiran yang tidak matang apatah lagi ia datangnya daripada Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

"Saya tak boleh nak halang dia untuk menulis apa sahaja dalam entri Twitter miliknya kerana itu hak masing-masing. "Cuma jika begitulah pemikiran dia yang juga merupakan orang penting dalam Seniman, saya rasa, dia tak cukup matang. Apa-apa komennya itu tidak menjejaskan saya," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Aaron diminta mengulas mengenai entri menerusi Twitter milik Zed pada Ahad lalu yang dilihat seperti kecewa di atas kemenangan Aaron, seorang warga negara Singapura.



Zed secara menyindir turut berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang mengundi pelakon itu kerana ia dilihat seperti menggalakkan artis luar merosakkan industri seni tempatan.

Dalam pada itu, Aaron menambah, dia percaya seni lakonan tiada sempadan dan isu kenegaraan sebenarnya tidak perlu dibangkitkan apatah lagi dia tidak pernah mengganggu “periuk nasi” Zed Zaidi selama ini.

"Apa juga jenis seni sekalipun, ia sebenarnya tiada sepadan. Lagipun kemenangan ini adalah pilihan orang ramai. Kalau saya kacau periuk nasi dia, lainlah. Insya-Allah, kalau dia masuk pertandingan saya akan undi dia,” sindir Aaron.

petikan : hmetro

kut ye punnn x berpuas hati .. jgn lah sampai mengeluarkan kenyataan yg kemenangan aaron nie merosakkan industri seni negara .. adoiii berat tuduhan tuuu .. jgn lah mengkeruhkan hubungan dan suasana industri hiburan tanahair .. 

bukan ke tindakan zed nie juga memalukan rakyat malaysia .. nak bagi pandangan boleh , tapi kenyataan dia di twitter nie bukan pandangan tapi amarah ! ..
 huhuhu coool dikkkk , jgn cepat melatah ..

20 comments:

  1. Dah rezeki AA menang, kenapa ZZ nak pertikaikan plak...hhhmmmm..

    ReplyDelete
  2. tatau la .. aku ni tak minat sgt bab2 retis ni ... tp kan org mesia vote pd yg glemer ngan tarik perhatian diorg je

    ReplyDelete
  3. Betul tue kak...saya sokong...Rezeki AA tahun nie nak buat camna?

    ReplyDelete
  4. SUKE SGT dah ade button tuk komen tu kak heheeheh...kalo tak sebelum ni takleh bukak by entry kalo nak komen...


    alah kak, ni kes jeles ngan nak dpt publisiti murahan le ni...ape die nak bising...ni org malaysia jugak yg undi....sengal kan....

    ReplyDelete
  5. papepon ...aaron tetap di hati..

    ReplyDelete
  6. susah nak puaskan hati semua pihak kan...

    ReplyDelete
  7. lorrr dh rezeki aa.. terima je lah...

    ReplyDelete
  8. Kalau tak mahu wargenegara lain yg bertanding buat ape letak AA sebagai percalonan diperingkat awal lagi....

    ReplyDelete
  9. Assalam Dik Ieda....dah2 jgn fikir negative sgt...Zed pun manusia...dia khilaf tu!!! Sipa2 tolong tegur dia secara lembut....sebab tu amarah tu sebab kemenangan iblis menghasut anak Adam...Tegur dia dengan lembut...!

    ReplyDelete
  10. tidak la saya suka bebenar AA tu, tapi ini la dikatakan rezeki. ZZ ni nak lariskan blog dia ke ape? apakah sumbangan dia pun tatauuu

    ReplyDelete
  11. Haishh..macam2 la dunia artis ni..

    ReplyDelete
  12. Jelesss letteeewww XD

    ReplyDelete
  13. Salam Ieda...dunia artis camni la,mungkin dah rezeki AA..
    InsyaAllah,pasti akan menjadi rezeki ZZ satu hari nanti.Sapa tau?

    ReplyDelete
  14. AA dapat pun atas hasil kerja keras dia jugak kan...ZZ ni tak patut la ckp mcm tu..ni yg buat orang nyampah kat dia ni..

    ReplyDelete
  15. ZZ nak cari publisiti. Last time minta cermin kereta gelap. ingat celebriti holloywood ke takut kena kejar ngan paparazzi.

    ReplyDelete
  16. hmmmm mcm xpatut jer komen camtu..rezki mana kira kat mana kita berada kan..

    ReplyDelete
  17. sebab munna tak minat sgt duaorg tu tak kisahlah siapa yg menang...dah rezeki masing2 kan

    ReplyDelete
  18. MAcam2.... nasib baik bukan ogyep yang menang salah satu award... kalau tidak, mesti kecoh x setuju... hehehehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...