Thursday, April 26, 2012

BILA nak PERGI MANJAKAN DIRI ??

salam semua

seyess seumur hidup akk x pernah lagi pergi melayan dan memanjakan diri di SPA nie .. entah kenapa hati x tergerak nak pergi .. kalau ada kawan2 yg ajak , macam x yakin .. huhu entahlah .. risau dgn penggunaan produk2 yg digunakan tu satu .. satu layie entahlahh macam malasss .. haaaaaaa malas dan adakalanya kekangan masa .. haa satu layie duit lahh .. 

akk kalau bab2 macam nie selalu fikir dua tiga kali nak pergi .. huhuhu kang kena mahal macam mana ?? x tahu puas hati atau tidak kan .. lebih baik duit tuu beli makan2 utk anak2 .. huwaaaaaaaaaaaa sokmoo ingatkan anak2 .. macam mana nak belai diri ! ... sebenarnya akk tertarik ngan artikel dari metro nie .. spa nie menggunakan aroma2 nusantara yg mendamaikan .. tempatnya mula2 akk tgk macam serabut .. tapi bila teliti , cantik gak tmpt nie .. mendamaikan .. ;)


SUNGGUH mendamaikan apabila melangkah ke Spa & Salon DF Nusantara (DFNSS) yang menyajikan dekorasi tradisional menggunakan hiasan kayu dan batu sungai.Suasana mendamaikan itu juga ditambah dengan kehadiran wangian aromaterapi bagi menghidupkan konsep yang dipilih iaitu Melayu Nusantara.


Susunan batu sungai menyusuri tepian pejalan kaki digabungkan bersama konsep kayuan yang digunakan seolah-olah membawa diri ke kampung halaman bersama deruan air dan sinaran lilin aromaterapi.

Kunjungan kami disambut dengan keindahan dekorasi yang dipersembahkan bagi memberi ketenangan selain kemudahan disediakan untuk pengunjung seperti ruangan tempat duduk.

Malah penantian pengunjung juga tidak dilupakan kerana dihidangkan dengan minuman teh halia panas untuk berehat seketika sebelum dibelai dengan urutan menyegarkan tubuh badan.

Menariknya, di pelbagai sudut dipamerkan rempah ratus yang dikatakan mempunyai kebaikan dan khasiat tersendiri yang dipercayai dapat membantu mengekalkan kecantikan tubuh badan yang diamalkan sejak turun temurun.

Pengurusnya, Rosy Ariff berkata, ilham Melayu Nusantara dipilih dengan mencampurkan dekorasi alam semula jadi ditambah dengan penggunaan warna coklat, putih serta hijau bagi menonjolkan lagi konsepnya.

“Konsep rumpun Melayu yang turut dicampur dengan inspirasi Indonesia misalnya Bali digunakan bagi menghidupkan lagi suasana di spa ini. “Selain itu, ia menekankan ciri-ciri spa keluarga dengan menyediakan pelbagai pakej pilihan untuk mendapatkan rawatan bermula daripada rambut hingga kaki.

“Pakej untuk seisi keluarga ini memberi peluang kepada mereka yang ingin menghabiskan masa bersama keluarga di samping mendapatkan rawatan kecantikan. “Ibu, ayah atau anak mempunyai peluang untuk mendapatkan rawatan masing-masing agar sama-sama menjaga kecantikan diri yang dimulakan sejak awal lagi,” katanya. 
petikan : hmetro

huhuh kalau duit banyak dan terlebeyyy nak je membelai diri tiap2 minggu or month ! .. tapi tulahhh x perlah belai diri sendiri di rumah aje lahhh .. mana2 yg ada bathtub sendiri tuu haa buat sendiri aje .. beli wangian aroma di kedai .. habis cerita .. letak lilin ekekeke .. akk ada berangan nak buat tapi kann kann kann .... kat umah x der bathtub ahahahhahaha ;)) adehhhhhhhhhh !
sooo berangan layie ...................................


22 comments:

  1. hihi, yus pun pernah berangan yg serupa ieda. Samalah tak pernah seumur hidup pergi spa...hih.

    p/s: ieda, yus tak boleh view blog ieda guna google chrome, dari pagi tadi, last2 terpaksa buka ,mozilla sbb nak masuk blog ida, nasib boleh.

    Kalau guna google chrome, dia detect blog ieda ada virus, katanya datang dari mummycute.com. Cer ieda cek....

    ReplyDelete
  2. pegi la kak sekali try best tk..hehe..sy pernah pegi sekali masa nak kawen dulu,tu pun spa murah je kat bawah blok rumah sewa dulu...

    ReplyDelete
  3. tak penahpegi spa takat pi scrub bdn sauna urut tu penah la seklai 2-3 hari nk kawen ... heheheh itu bermakna 4 tahun lepas la

    ReplyDelete
  4. yelah kak..sy pun bab2 nak melayan diri begini mmg fikir berkali-kali..kita banyak komitmen lain..dari membazir beratus semata nak belai diri baiklah beli keperluan lain.tp bagi yg mampu apasalahnya kan ;)

    ReplyDelete
  5. p spa pon bosan tak privacy sangat..akekekkekekeke insyallah ada rezeki akak bleh pegi gak sesekali...saya suka urut2 jek bab mandi2 ni nak feel sangat...bila kita pergi bercuti atau dok lepak hotel baru syok buat sendiri kat situ...sebab kalau kat rumah sendiri bila berkecah sendiri kemaskan..tu yg lemauu...akekekeke

    ReplyDelete
  6. sy tingin tp sy takut sbb sy jenis geli org sntuh badan.. lg satu mcm mahai pulak..hihi

    ReplyDelete
  7. Bestnye kalo dpt gi Spa kan kak...

    ReplyDelete
  8. falsya pun xpenah gie spa..even dpt free pun xnk gie jugak..mmg xsuke..hehe..

    ReplyDelete
  9. Kakak pun tak pernah pergi ieda... kalau tak ada bathtub guna besen besar ieda hahaha....

    ReplyDelete
  10. hehehe..saya pun selalu verangan je kak ieda..so far penah sekali je pegi spa..sebelum hari nak kawen..hehehe

    ReplyDelete
  11. kak..el pun teringin nak manjakan diri..tp kalo ada geng leh la gosip2 best kan..ermmm bila lah dpt nak berspa2 bagai...

    ReplyDelete
  12. pernah 1x pergi..tu pn dekat nk kawin..best sgt2x..klu la suami bg hadiah tu..rs nak peluk cium dia..haha

    ReplyDelete
  13. kak ieda, kat umah masz pon xder bathtub.. kalu kita guna kolam mandi anak2 yang plastik tu boleh kut.. janji dapat rendamkan diri dlm air.. haha

    ReplyDelete
  14. kalau ada masa terluang time balik kg..ema mandi spa di kedai adik ema..

    ReplyDelete
  15. pernah la pergi 2 kali.. seblm kahwin dengan lps bersalin 2 1/2 tahun yg lps.. utk kali 3 rasanya tunggu lps bersalin akan dtg kot... hehehe

    ReplyDelete
  16. mcm best je.. rasa nak pegi jugak laa.. hehe

    ReplyDelete
  17. last saya pergi masa maisara umur 2 tahun lebih.sekarang ni tak dak geng nak pi..masa bujang tiap kali gaji kami pi,.hehehhe..

    ReplyDelete
  18. tak pernah jejak kaki pun...hehe

    ReplyDelete
  19. saya pun teringin dibelai2 kak..

    ReplyDelete
  20. syok jugak kalau skali skala dpt pegi spa kan kak ieda... izan pun seumur hidup tak penah lagi. samalah cam akak, drp bazir duit ratus2 baik beli makanan utk anak2... nntilah tunggu anak2 dah besar sikit kot. barulah takde org nak kacau... hehe...

    ReplyDelete
  21. xpernah pg spa..malu nk p sbb nnti dorang telek bdn kita..hehehehe

    ReplyDelete
  22. Kak Nurul pun x pernah pergi SPA sbb samalah Ieda fikir ongkosnya bu....

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...