Saturday, April 7, 2012

BATASkan penggunaan KOMPUTER TABLET kepada anak anda

salam semua

skrg nie dah ramai ibu bapa yg membelikan anak2 komputer tablet nie .. hurmm akak x lah beli sbb anak dah ada komputer sendiri , tapi akak still letakkan password .. mereka hanya boleh guna sewaktu akak ada sahaja .. kalau akak x der sorry ! .. rupa2 nya ada keburukannya kalau kita x sekat penggunaan komputer tablet ini , .. 

ok yuk akak share kan something dgn uols .. semoga ianya menjadi panduan dlm kita melayari kehidupan yg semakin canggih skrg ini ... terutamanya kalau yg 
melibatkan anak2 ..

pic google 

Menurut survey pada akhir tahun 2011 terhadap 2,200 orang dewasa dan kanak-kanak di Eropah dan Amerika, 15 peratus dari kanak-kanak berumur 3-8 tahun telah menggunakan iPad ibu bapa mereka. 9% dari kanak-kanak tersebut memiliki iPad sendiri, sedangkan 20 % memiliki iPod seperti di dari medindia, Rabu (4/4/2012).

Sebanyak 77 % ibu bapa percaya bahawa penggunaan gadget seperti tablet berguna kepadakanak-kanak untuk membantu mengembangkan kreativiti. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

“Adalah tidak salah untuk cenderung menyalahkan gadget seperti tablet untuk masalah perkembangan anak. Tablet mungkin memiliki hubungan sebab masalah tersebut, tetapi yang perlu ditegaskan adalah bagaimana kawalan ibu bapa terhadap batas penggunaannya,” kata Lisa Guernsey, Pengarah yayasan Early Education Initiative, Amerika.

Untuk mengetahui sejauh mana tablet mempengaruhi perkembangan anak, anda boleh mencuba mengajak anak-anak anda berbual0bual ketika anak-anak tersebut sedang seronok bermain dengan tabletnya. BOlehkah anak fokus terhadap percakapan selama 30 minit sahaja tanpa melihat ke layar tablet?

“Anda tidak perlu panik mengatasi masalah tersebut. Otak anda akan berubah sepanjang waktu, setiap kali anda mempelajari sesuatu yang baru,” kata Annie Murphy Paulus, penulis buku How the Nine Months Before Birth Shape the Rest of Our Lives.

“Jangan biarkan tablet menjadi pengasuh elektronik untuk anak anda. Bataskan waktu penggunaan tablet dan selalu dampingi anak-anak anda ketika bermain dan belajar dengan tabletnya,” kata Warren Buckleitner, seorang editor Children’s Technology Review.

sumber : isuhangat 

kena perhatikan segala gerak laku dan keperluan anak2 zaman skrg , kalau terlalu terdedah dengan kecanggihan  juga x bagus kan .. x tahu sgt punn , x bagus .. jadi berSEDERHANAlah kita dalam semua hal sebagaimana yang disarankan oleh allah subhanawataala .. wallahualam 

18 comments:

  1. BETUL TUE...CIK ROSE PUN SOKONG SANGAT-SANGAT HIHIHI NICE ENTRY KAK..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak Ieda,

    best tau kalo ade tablet sendiri, ni share tak best, hehehe.. hurm..cam kagum gak tgk anak2 kecil pandai gune tablet...kan...kan...

    ReplyDelete
  3. yup kak...pendedahan ckit2 jer xper...nanti baljo dah jd malasss

    ReplyDelete
  4. ohh, baru pos pasal tablet pc adam.. tq kak for sharing this.. yup, mmg slalu kn pantau perkembangan anak..

    kak, kalau brminat dgn pb nnt bgtau alycia.. bg harga yg terbaik buat akak ;)

    ReplyDelete
  5. Betul lah kak. Anak saya klo tgh main ipad tu saya panggil kekadang dia buat tak tau jer sbb dah asyik sgt. Memang kena control. Selalunya saya soh dia siapkan keja sekolah dulu, baru bley main ipad.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak..kadang-kadang diaorang lagi mahir dari kita ni

    ReplyDelete
  7. saya pun kak tak kasi lebih2 bebudak ni main...kalau kita ada blh la kasi..sbb tu kena bubuh password kan..

    ReplyDelete
  8. sokong.... anak2 memang kene kontrol bab2 brg gajet ni

    ReplyDelete
  9. pantau tu perlu..dan mmg perlu bersederhana...wasatiah..:)

    ReplyDelete
  10. Memang pun. Anak sedara akak kalau tengah main game kat iPad tu jangan harap la dia nak dengar akak cakap apa. Akak pakai cakap sorang2 la jawabnya.

    ReplyDelete
  11. betul tu beb..kena sentiasa pantau..tho nk suruh anak bijak guna gadjet2 ni pun..masih perlu hadkan penggunaan dorang..

    ReplyDelete
  12. memang tkde IPAD dan tablet pn kak :)

    ReplyDelete
  13. betul3.. bukan tu je.. pggunaan intenet tanpa batas pun kene kawal jugak kat kanak2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  14. huh, takut gak sya kak...

    tpi sya mmg pantau anak sya main, mula2 dia mmg kemaruk main sbb jakun kan baru beli...tpi lama2 tak heran dah....

    ReplyDelete
  15. mnda ni kita kena pantau
    mcm saya mmg xde bg damia main tab manjang
    sebelum tido je kejap dia tgk upin ipin
    lg satu klw dah baya mia dia xde la nak ngadap je klw dah lama pakai tablet, mula2 mmg tak lepas
    tp lama2 dia dah tau bosan

    ReplyDelete
  16. el pun ada hati nk beli tablet ni
    sian plak asik dok pinjam2 kt kezen2 anak2 jek...bila sedara mara mata..suh mama beli...haiiii geram jugak..tp tulah dah ada pc kt umah wat pe beli lain...tp syok gak ada tablet ni leh wat g mn2..tgk movie ke..dlm kete..bior anak2 diam skit hehehe

    ReplyDelete
  17. Betul.. betul...etull... apa2 pun, semuanya perlu di kawal.. TQ for d info..

    ReplyDelete
  18. ada pro and cont... kita ambil yang baik... buangkan yang tak baik tu... teman pun baru cadang nak beli... tapi masih berfikir banyak sama ada utk anak atau kegunaan sendiri... apa pun gadget IT nie, bagus untuk mendidik anak2 di peringkat awal... sebabnya ianya mudah, interaktif dan presentation nya menarik minat anak2 kita.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...