Sunday, April 1, 2012

AZZA 34 & AZLAN 25 selamat diijabkabul


salam semua

akhirnyaaaaaaaaaaaaa azza bertemu jodoh dengan jejaki yg muda 9 tahun darinya .. hurmmm beruntungg dia kan ;) ... haaa skrg nie lelaki x kesah punnnn kawin ngan wanita berumur .. agaknya adakah kerana jodoh atau apa ?? agaknya tested pada wanita berumur nie dah jadi sinonim kan ... apa2 punn janji mereka bahagia .. kita sama2 doakan .. ';)

Azza (Elite) kini sah menjadi isteri kepada pramugara AirAsia, Azlan selepas dua tahun bercinta. - Foto oleh ROHAIZAT DARUS

AMPANG: Selepas hampir tujuh tahun menjadi janda, pelakon dan penyanyi Azza(Elite) akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz.

Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman di sini pada Ahad selepas solat Asar.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, kelihatan ayu mengenakan pakaian nikah rekaan Syafeq Aiman berwarna krim sementara solekan pula sentuhan Deq Sha.

Pada majlis itu pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranyaterdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300.

Pihak perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan. Kedua-dua pihak bagaimanapun mahu merahsiakan jumlah wang hantaran.

Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan media serta teman artis seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha.



Azza yang mengenali Azlan, 25, sejak dua tahun lalu berharap perkahwinan tersebut adalah terakhir buat dirinya selepas kegagalan rumah tangganya sebelum ini. “Saya berharap perkahwinan ini akan membawa kebahagiaan kepada saya dan Azlan. Syukurlah dia boleh menerima saya seadanya walaupun jarak usia kami hampir sembilan tahun,” katanya.

Sementara itu Azlan yang mengenakan pakaian baju Melayu putih gading pula menganggap faktor perbezaan usia bukan penghalang untuk dia mencintai wanita itu.
“Azza seorang yang ramah dan tidak susah untuk memahaminya. Yang penting sikap lucunya itu telah membuka hati saya untuk jatuh cinta kepadanya,” kata Azlan.
petikan ; mstar

16 comments:

  1. semoga rumahtangga yang dibina kali ini akan kekal untuk selamanya

    ReplyDelete
  2. semoga berkekalan..dikurniakan cahaya mata dan bahagia selamanya

    ReplyDelete
  3. inilah jodoh... usia hanya sekadar angka... smoga ikatan kali ni kekal hingga k akhir hayat

    ReplyDelete
  4. Semoga jodoh mereka berkekalan hendaknya, sama cantik sama Padan kan kak...

    ReplyDelete
  5. Jodoh pertemuan dan ajal maut bukan di tangan kita..Semoga kekal hingga ke anak cucu..

    ReplyDelete
  6. bertemu jodoh akhirnya...aminn
    sama cantik sama padan laa walo jarak umo jauh beza kan..moga jadi pasangan muslimin dan muslimat sejati nanti :)

    ReplyDelete
  7. smoga kekal hingga ke akhir hayat.. kak azza tu pun mcm 20an jugak. :)

    ReplyDelete
  8. Salam kenal.. cinta tak kenal usia kan... :))

    ReplyDelete
  9. semoga mereka terus kekal bersama

    ReplyDelete
  10. selamat penganin baru..semoga kekal selamanya

    ReplyDelete
  11. bila kawin lagi je ada wang hantaran. bestnya. boleh gitu? hehehe... mereng kejap.

    ReplyDelete
  12. HRP KEKAL BAHAGIA HENDAKNYA..aMIN..

    ReplyDelete
  13. semoga berbahagia hendaknya pasangan ini...

    ReplyDelete
  14. semoga berkekalan la selamanya...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...