Thursday, April 12, 2012

ALIFF aziz sudah MERISIK ANNE NGASRI ??

salam semua

sweet kan pic mereka berdua nie .. aduhhhh x dpt bayangkan kalau mereka berdua jadi kawin .. oh oh oh ... semoga jadilahhhhhhhhhhhh kawin .. sbb akk suke anne nie .. rasanya aliff tuu paling layak buat anne berbanding suami dulu huhuhuh upssssssssssssss ;) 
jom kita baca sebahagian kisah manis mereka nie ;)



Umum mengetahui tentang hubungan yang terjalin antara pelakon Anne Ngasri dengan penyanyi Singapura, Aliff Aziz. Biarpun sering dilihat keluar bersama-sama, namun kedua-dua mereka lebih selesa memberitahu yang mereka masih lagi dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing.

Menyentuh mengenai hubungan mereka, baru-baru ini GUA ada dengar kononnya keluarga Aliff datang dari Singapura untuk bertemu dengan keluarga Anne. Tertanya-tanya juga adakah mereka datang untuk merisik Anne? Bagi mendapatkan kepastian, GUA terus menghubungi Anne untuk bertanyakan mengenai hal ini.

“Ya, memang ada keluarga dia datang berjumpa dengan keluarga saya pertengahan bulan lalu. Tapi tujuan mereka datang hanya untuk mengenali lebih rapat dengan keluarga saya. Kiranya pertemuan mereka adalah untuk berkenalan sesama keluarga. Kebetulan masa itu mereka datang Kuala Lumpur sebab nak melawat Aliff yang tengah menjalani penggambaran di sini. Waktu itu saya tak ada di Malaysia sebab pergi mengerjakan umrah,” ujar Anne membuka bicara.

“Buat masa sekarang, saya tak nak letak status apa-apa dalam hubungan kami. Apa yang boleh saya katakan, kami sedang mengenali hati budi masing-masing. Saya tak nak hipokrit tentang hubungan kami, tapi apa yang boleh saua katakan, kami memang agak rapat dan sering keluar bersama. Saya memang selesa dan serasi bila bersama dengan dia.

“Mengenai soal kahwin pula, kami belum fikir lagi. Banyak lagi proses di mana saya nak tahu lebih lagi pasal dia. Memang sesiapa saja yang nak berkawan pasti nak mengakhiri dengan perkahwinan, tapi semuanya terletak pada kuasa Allah. Apa yang saya boleh cakapkan, buat masa sekarang, kami memang tak bercakap lagi pasal perkahwinan.”

Ditanya apakah yang membuatkan dia tertarik dengan Aliff walaupun sebelum ini banyak perkara negatif yang didengar mengenai Aliff, Anne menjawab, “Walaupun banyak orang kritik tentang hubungan kami, tapi saya tak kisah. Saya bukan Tuhan untuk menghukum dia. Semua manusia pernah melakukan kesilapan dan selagi saya dan dia menuju ke arah kebaikan, saya tak kisah.

“Bagi saya, banyak benda yang okay tentang dia. Saya suka dengan peribadi Aliff. Alhamdulillah, dia juga rapat dan selesa dengan anak-anak saya dan itulah sebab utama yang buat saya suka dan semakin rapat dengan dia. Dia juga rapat dengan keluarga saya. Selain itu, dia juga bukan laki orang, itu yang buat saya selesa dengan dia,” ujar Anne memberitahu tidak kisah dengan jarak usia mereka.

“Mengenai usia, saya tak fikir sangat. Selagi saya rasa serasi, tak ada masalah. Mengenai status janda saya pula, setakat ini dia tak ada masalah. Kalau tidak, masakan dia nak ambil risiko untuk mengenali saya dengan lebih rapat. Saya gembira kerana dia terima saya seadanya,” ujar Anne yang mula rapat dengan Aliff sejak empat bulan lalu ketika menjalani penggambaran drama ‘Antara Kita’.

info dari SINI

27 comments:

  1. tah la... tak tau nak sokong ke atau nak tak sokong.. kalu jodoh dia moga2 bahagia la kannnn

    ReplyDelete
  2. Assalam doakan yang terbaik untuk mereka..moga Allah mempermudahkan urusan buat mereka ke arah hubungan yang HALAL di sisinya...AMIN!

    ReplyDelete
  3. Klu itu jodohnya kita doakan semoga bahagia....

    ReplyDelete
  4. mmg sgt sweet..anne plak nmpk mcm manje je ngan alif aziz nie..hehe..

    ReplyDelete
  5. kalau dah jodoh tak kemana...:)

    ReplyDelete
  6. Siapa pun jodoh anne lepas ni semoga kekal hingga akhir hayat..

    ReplyDelete
  7. klu dah jodoh....kita doakan yang terbaik...xsalah mendoakan kebaikan orang...mudah2an..kebaikan juga yang menghampiri kita kan kak..amin...

    ReplyDelete
  8. muga jodoh mereka ke jinjang pelamin...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Ieda

    Insyaallah
    ada jodoh mereka

    ReplyDelete
  10. kalau dah jodoh... kita doakan yg terbaik jer... :)

    ReplyDelete
  11. mula2 dpt tau dulu..terkejut gak..ye la sbb jarak umur & status..tapi bila tgk sekarang.memang cute diaorg berdua..emm..memang kureng berkenan ngn ex hubby ANnne dulu..ntah tapi yg nie...cute sgt...harap2 ada la jodoh diaorg..amin

    ReplyDelete
  12. kaloi pun sgt suke couple nie
    hope dyorang ke jinjang pelamin
    and bahagia ke akhir hayat

    tp ramai yg duk ckp aliff ni masih "nakal" tp bagi kaloi semua orang ada sjarah silam...and layak diberi peluang kedua dlm idupkannn

    ReplyDelete
  13. huhu dh fikir hbis2 ke si anne neh? apa2 pon moga bahagialah hndaknya

    ReplyDelete
  14. sweet...
    sepadan aje dorang..
    moga berkekalanlah hingga ke syurga.. =)

    ReplyDelete
  15. tapi Aliff tu mcm kasanova je kak..... apa2 pun klu dah jodoh kita doakan jelah....

    ReplyDelete
  16. kita sama2 doakan yg terbaik buat mereka berdua...

    ReplyDelete
  17. Kalau dah jodoh mereka, kita doakan supaya hubungan mereka berkekalan..

    ReplyDelete
  18. salam..
    kita doakan je yg terbaik buat mereka..klu ada jodoh harap berkekalan..selebihnya kerja ALLAH..

    ReplyDelete
  19. sama2 laa kita doakan yg terbaik ye..

    mudah2han ada laa jodoh buat mereka.. :)

    ReplyDelete
  20. betul tu kita doakan kebahagian mereka kalo itu dah jodoh mereka..amin

    ReplyDelete
  21. Dua2 comel kan kak..
    Insya'allah!!
    Jodoh tu kan rahsia Allah swt..
    Kalau ada jodohnya x kemana..
    Moga yg baik2 saja buat mereka..
    Rindu kat akak dah berhari2 x jenguk..
    TC kak.. ;)

    ReplyDelete
  22. Kakak suka tengok muka mereka berdua cute kan. Macam serasi je.. hihi tak tahulah harap menjadi:)

    ReplyDelete
  23. urmmm dugaan jugak if kawen lelaki muda ni....tapi jodoh rahsia Allah kan

    ReplyDelete
  24. kalau dah jodoh kawen je la dari usung kemana2 kan???tapi bila dah kawen jangan la sampai bini pulak nak bimbing laki.laki pulak haram satu benda tak tahu..
    hehehh

    ReplyDelete
  25. memang sweet...

    owh lupa siapa laki anne dulu erk

    ReplyDelete
  26. itula jodoh namanya ..

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...