Friday, April 20, 2012

23 Pelajar Malaysia Terima Biasiswa Kerajaan Jepun

salam semua

salam ukwah pagi jumaat yg indah .. ceria dan alhamdulillah masih diberi kesempatan menghirup keindahan dan cuaca yg aman damai di ketika ini ... syukurrrrrrr di panjatkan kepada allah kerana diberikan peluang bernafas di bumi indah ciptaan allah ini ... ;)

baca berita pasal pelajar2 malaysia nie yg sgt2 beruntung dpt peluang terima biasiswa dari Kerajaan Jepun .. beruntung sgt2 mereka kan .. soo peluang yg ada , usahlah disia2kan ok .. belajar rajin2 .. dengan harapan akhirnya nanti dptlah berbakti kepada negara ..

KUALA LUMPUR: Seramai 23 pelajar menerima biasiswa kerajaan Jepun yang keseluruhan bernilai RM4.5 juta bagi melanjutkan pelajaran di negara tersebut. Mereka terdiri daripada 21 lepasan ijazah dan dua pelajar ijazah pertama yang dipilih daripada 100 pemohon.

Menurut Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, pelajar yang mengikuti pengajian ijazah pertama akan menerima RM256,800 seorang untuk tempoh lima tahun sementara yang mengikuti ijazah lanjutan akan menerima RM188,280 untuk tempoh pengajian tiga tahun. "Pelajar ijazah pertama akan menerima RM4,280 sebulan sementara lepasan ijazah akan menerima RM5,230 sebulan," katanya di sini, Selasa.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Tajudin Don. Nakamura berkata pelajar yang diberi biasiswa itu dipilih berdasarkan kelayakan mereka, keputusan peperiksaan yang ditetapkan kerajaan Jepun serta temuduga yang dijalankan pihak kedutaan Jepun, JPA dan Kementerian Pelajaran.

Mereka akan dikecualikan dari membayar yuran sekolah, tuisyen dan peperiksaan selain diberi tiket penerbangan pergi-balik. Nakamura berkata dua per tiga dari pelajar berkenaan akan mengikuti pengajian sains semula jadi selain kewangan, pengurusan, pendidikan, arkitek dan teknologi maklumat.

Mereka akan berlepas pada April dan Oktober ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada mereka dan berharap mereka seronok tinggal dan belajar di Jepun.

"Sebagai duta kecil negara kamu, kamu berpeluang mendekatkan Malaysia kepada rakyat Jepun dan berpeluang untuk menyumbang kepada persefahaman bagi meningkatkan setiakawan antara kedua-dua negara," katanya. 

BERNAMA

kepada adik2 diluar sana .. JANGAN disia2kan segala yg anda terima ! .. belajar dan tekunlah dlm mendalami ilmu .. nie ada juga diantara mereka yg duk sebuk dengan perkara2 yg ada berunsurkan politik ... jauhi perkara2 macam tuu .. jgn gadaikan masa depan anda .. 

walau apa jua bidang politik yg anda sokong , abaikan dahulu .. tumpukan perhatian kepada pelajaran dan pengajian anda ... x susah kan .. bila dah berjaya haaaaaaaaaaaa barulah fikir nak bergiat xtive @ tidak HOKEH !!! ;)


16 comments:

  1. Biasiswa tak apa ieda tak kena bayar balik best. Tapi kalau PTPTN tu dah lain jadinya...

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada mereka yg menerima..
    Jgn sia2kan peluang & rezeki yg ada..
    Gunalah sebaik2nya demi membanggakan ibu bapa & negara.. ;)
    Take care & happy weekend.. ;)

    ReplyDelete
  3. welcome to 日本
    bertuah gituew!!

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt tajaan utk belajar...hrp depa dpt la belajar betul2 kan..dan dpt berbakti buat negara tecinta...insyaallah..

    ReplyDelete
  5. suka baca ayat2 akak yg last tu.. yg ada kaitan dgn politik tu.. betul ckp akak, x kira kita di bidang politik yg mana,tp kene fokus dgn study dulu..

    ReplyDelete
  6. kak, biasiswa ni sy yg handle..hehehe..

    ReplyDelete
  7. wah rezeki terpijak nie...alhamdulillah...harap2 yg terpilih tak sia2 kan peluang yg ade....dan dpt harumkan nama malaysia...

    ReplyDelete
  8. assalam ieda..
    semoga mereka yg bertuah mendapatnya x akan sia2kan biasiswa tu..jadikan mangkin utk lbh berjaya ketahap lbh tinggi..

    ReplyDelete
  9. teringat zmn blajar dulu..nk sgt biasiswa sbb gara2 xnk byr balk pinjaman hihihhi

    ReplyDelete
  10. semoga yg dapat tue tak akan sia-siakan biasiswa yg dorang dapat....

    ReplyDelete
  11. TAHNIAH PADA MEREKE SERONOKNYA DPT BIASISWA... KE NEGARA JEPUN PULAK TU... HARAPNYA MEREKA SEMUA BELAJAR BERSUNGGUH2 DAN MENGHARUMKAN NEGARA KITA DI SANA

    ReplyDelete
  12. tahniah pada mereka semua! moga kesempatan yg ada ni dimanfaatkan dgn sebaik2nya.

    ReplyDelete
  13. gunakan lah sebaiknya..

    ReplyDelete
  14. beruntungnya mereka.. seronok parent dorg kan.... alhamdulilah.. rezeki..

    ReplyDelete
  15. Semoga peluang yg diberi pd adik2 ini mereka gunakan dgn sebaik mungkin.Untungnya diorg nie.

    ReplyDelete
  16. bertuah mmg bertuah tp beban sbg student kat sana mgkin tinggi sbb terpaksa biasakan diri dgn suasana kat sana.. dgn bahasa kat sana lagi.. hehe

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...