Monday, April 30, 2012

SAYUR CAMPUR SOS TIRAM & ASAM PEDAS TENGGIRI

salam semua

hidangan semalam .. ok lahhh janji anak2 suke .. akk memang suke masak simple2 .. ini je yg mampu masak punn .. ;) siap2 masak dpt call dari mak saudara sebelah ayah di muar akan sampai .. wahhh nasib baik kami masak lebih asam pedas tuu .. kalau tak .. berencah layie ke dapur .. ;) cuti2 nie kan ... ramailah yg ambil kesempatan berjalan , kebetulan ayah akk x berapa sihat , tu yg mereka dtg bertandang melawat ..


sayur goreng sos tiram kegemaran hubby .. kalau bagi sepinggan macam nie .. dia sorang je makan ;)

asam pedas kepala ikan tenggiri .. skrg nie ikan tenggiri nie mencecah 28 sekilo ..huhuhuh tu yg berani beli separuh aje .. tu punn dah berbelas ringgit utk 2-3 keping .. adehhh nak makan punye pasal kan ..

buahan hari tuu .. mempelam lemak2 manis yg dah masak .. ;)

ikan tamban grg ..

ini sahaja , very the simple kan .. janji kenyang makan

ps : baru habis melayan tetamu2 VVIP Mesyuarat & Perasmian Seminar QUEPACS di dewan VIP UCSA , VVIP seperti Dato Adnan Yaacob dan Dato Sheikh Musaffar  .. aduhhh penat & mengantukkk tuhan sahaja yg tahu huhuhhu ... dari pagi sampai tghari .. baruu sat tadi dpt makan tengahari .. huhuhu laparr x hinggat dunia ..


IKAN LAGA PENGHILANG STRESS

salam semua


KEPENATAN boleh menyebabkan seseorang itu berdepan tekanan emosi sehingga menjejaskan kehidupan seharian. Selain yang bekerja, golongan suri rumah, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi berisiko tinggi mengalami masalah ini akibat kesibukan menguruskan rumah tangga atau mengikuti jadual pembelajaran ketat.

 
Justeru, setiap individu digalakkan meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri dengan melakukan perkara yang boleh memberi ketenangan kepada diri selagi tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap kerja dan keluarga. 

Bagi Samsuddin Awang, 37, memelihara dan mengumpul ikan laga menjadi caranya menghilangkan stres kerana ia memberi kepuasan, ketenangan dan keseronokan.

“Sebaik pulang selepas seharian bekerja, perkara pertama saya lakukan ialah melihat koleksi ikan laga. Setiap satunya mempunyai keunikan berbeza melalui cara pergerakan dan variasi warna pada badan serta ekornya yang mempesonakan.

“Kepenatan bekerja seharian seperti hilang apabila melihatnya. Saya memilih membela ikan laga berbanding spesies ikan lain kerana ia memiliki daya tarikan tersendiri,” katanya.

Samsuddin yang memiliki lebih 50 ekor ikan laga berkata, minat sejak kecilnya itu kini turut dikongsi bersama dua rakan baik yang juga jirannya, Amran Soid, 46, dan Abdul Rashid Jaafar, 38. 

 
Katanya, bagi menghidupkan kembali hobi tradisional ini, mereka bertiga sepakat menubuhkan kelab peminat ikan laga pada pertengahan tahun lalu dan kini mempunyai koleksi lebih 150 ekor ikan laga. 

 
“Kami akan mengumpul semua ikan laga di wakaf dibina di depan kawasan perumahan setiap hujung minggu dan berjaya menarik minat generasi muda khasnya mengenali hobi tradisional, sekali gus mengelak ia pupus ditelan zaman.



“Selain membeli, sebahagian daripada koleksi ikan laga kami cari sendiri ketika pulang bercuti di kampung masing-masing di Beruas dan Kampar di Perak serta di Kelantan,” katanya.

banyak lagi DISINI


kat rumah akk pun ada ikan laga nie .. ada 2 jenis .. hati2 lahh anak teruna akk dan ayah dia menukar air dan bagi makan .. belakang rumah tuu dah jadi rumah kedua mereka huuhuh .. kadang2 tuu ralit mereka duk melayan ikan2 tuu .. tapi akk pun suke .. damai aje kan .. ;)) ikan nie kalau dah besar , cantik dan ada nilai .. orang cina percaya sesetengah ikan laga ada keistimewaan dia dan ada ONG dia ! .. ;)


Sunday, April 29, 2012

BERSEDIA untuk MATI

salam semua



Kita tidak tahu bilakah masanya kita akan mati.

Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

Adalah lebih selamat jika kita sentiasa bersedia untuk mati.

Antara persediaan yang boleh dilakukan :

- Sentiasa melakukan amalan yang memberi pahala.
- Sentiasa jauhi dari melakukan dosa.
- Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
- Mohon maaf dari orang yang kita ada kesalahan.
- Sentiasa berdoa mohon keselamatan dan rahmatNya.
- Sediakan wasiat.
- Banyakkan amal jariah.
- Ajarkan ilmu yang bermanfaat.
- Didik anak agar menjadi anak soleh dan solehah.
- Lunaskan hutang piutang.
- Lazimkan zikir La ila ha illAllah moga menjadi akhir kalam nanti.
- Sentiasa berperasaan khauf dan raja'. 
- Sentiasa berbaik sangka kepada Allah. 

Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya." (HR Muslim)

Dari Abu Ya'la Syaddad bin Aus ra. dari Nabi saw, beliau bersabda: Orang yang CERDIK ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Sesiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya BERJAYA lah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Ali Imran : 185)



selamat malam semua .. jgn lupe ambil air sembahyang sebelum tidor ... dan selamat bekerja esok hari ! .. ;)


KERABU EPAL bersama PERUT

salam semua

semalam adik akk yg duk raub balik .. memang riuh rendah lah kan .. biasalah bila ada je adik akk tu balik , anak dia menjadi rebutan anak2 akk .. rindu kat amni lah katakan .. si mata bulat .. hari nie tadi dia dah balik raub , isnin dia kerja .. dia x amik cuti .. sblm balik nak makan tengahari dulu , akak dan mak masak lah .. asam pedas , sayur campur grg dan buat kerabu epal dan perut .. 

dah lama plan ngan mak nak buat kerabu epal nie .. amanina lah yg ingatkan akk pagi2 nie tadi .. terus akk ke pasar mencari perut .. alhamdulillah .. siap semua bahan .. akak potong2 ssemua dan campurkan sekali bersama perahan limau , gula dan garam .. ! .. wow ... inilah hasilnya .........

 mak aihhhh ... dah lah lapoor kan .. masak lak asam pedas ikan jemuduk .. makan bersama kerabu nie ... makkk wehhhhhhhhhhhh bertambah2 nasi akk makan .. huhuhuhu macam manaaa nak diet kalau ujung minggu nie .. 
sokmoooo terlebey makan ! ... ;))

close up sikit ! ... ujung2 minggulahh dpt masak macam2 .. adakalanya malas .. nak bersantai2 aje .. tapi apakan daya .. tanggungjawab memasak tuu x leh lari lah kan .. bertambah2 adik dan SIL akk makan .. katanya sayur campur dan kerabu sedap sgt2 .. alhamdulillahhh ;) ..

ps : plan nak jumpe blogger lilly mama zara petang nie , dia turun kuantan sejak semalam lagie  .. entahlahh jadi atau tidak .. kebetulan mak saudara dari muar johor nak sampai sekejap lagi .. katanya petang .. macam mana nie .. serba salah lakk .. kesian lakk kat lily .. hurmmmm kena fikir dan plan betul2 .. ;) , tgk lah macam mana nanti ..



ZAHRIEN & GENG

salam semua

bila cerita kisah zahrien nie .. x pernah habis .. semalam dia ralit bermain dengan sepupu2 dia .. haa mana sepupu2 dia .. nie lahh 2 orang nie .. lagaknyee macam 10 orang tau .. kalau bermain x hinggat dunia .. mereka bertiga nie kalau berjumpa memang lah x leh nak kawal dah .. nak2 sepupu zahrien si ikhmal tuu .. tgk lah aksi dia .. zahrien lak yg rasa malu2 ekekek .. 

anak2 akk memang semua macam tuu .. maluuuuuuuuu .. adehhhh .. bila cakap ibu nak amik pic ... mulalah dengan aksi masing2 .. tgk anak teruna akk tuu malu2 kucing kan .. tapi bila biar dia bermain , bukan main layie .. ;))


haaa ultraman sgt lah kan .. haa tu sepupu dia afifah .. bukan main layie .. nampak sgt selalu tgk ultraman ekekek .. ;))

yang kecik sekali sebelah kiri zahrien tuu adik kepada ikhmal .. ahahhaha tu lagi dasat .. takut terus .. ekkeke



layan jelahhh ibu belajar menembak nie .. tembak lah selagi boleh .. kalau tidak budak2 nie boring gak kan .. kalau bukan kerana nak amik pic , budak2 nie x lah suke noo berposing .. bila nampak ibu bawa kamera .. sebuk suh amik gambar .. lepas snap2 tuu sebuk lakk nak tgk ! ... haiii macam2 hal budak2 nie .. ;))



Saturday, April 28, 2012

7 PETALA CINTA ~ oh sungguh merdu suara SHIMA ANUAR

salam semua

settle tgk cerita nie .. mak aihhhh terkasima bila tgk .. best nyee cerita nie .. memang betul2 mengambarkan ciri sepatutnya kehidupan islam kita .. penuh kelembutan , keindahan dan ketertiban .. mak aihhhh shahduu sgt2 bila tgk cerita nie , nak2 bila tang ayat assalamualaikum cinta dan waalaikumsalam rindu ! .. perghhh .. yg paling akk x tahan suara saida tuuu not bad merduu nyee .... ada ala2 suara heliza helmi .. haaa sape dah tgk ??? perfectoo kan !!! ... sampai sudah filem nie akk x dpt tgk siapa pemilik suara merdu tuu .. sekali akk tgk nama pelakon .. oh pelakon baru shima anuar namanya .. 

soo ape layiee akk search lahh






pelakon lelaki yg sgt2 mantop dan handsome .. huhuhu sambil2 tgk duk berangan , kalau akk muda layie .. nak je tweet dia muahhahahah ( gatai dahhhh ) dush2 kena lempang eekkeke


dan ini lahhh wajah sebenar shima anuar ! ... ooo free hair rupenya .. bila tgk2 layie barulah tahu dia nielah pelakon yg melakonkan watak hantu dlm SUMPAHAN KUM KUM ! .. uihh akk x tgk cerita tuu , anak2 tgk .. maklum lahh akk nie bukan lah pengemar cerita hantu ! x suke tgk cerita macam tuu .. kira ok lahhh budak nie berlakon .. sgt2 terkesan dgn suara yg merdu dan makeup tang mata tuu x menahan ! .. mak jatuh cinta .. cantik macam perfect aje ! ... wah2 .. ;))



memang comel kan budak shima nie .. hurmmm x lama layie popular lahh .. cuma kena lebih banyak berlakon , suke berlakon erkk ?? kalau terus pakai tudung macam dlm cerita nie kan bagus ! .. hurmmmmmmmmm ;))

ps : call ummi akk di KL tadi .. tanyee perkembangan .. alhamdulillah .. bila nak balik pun x pasti .. harap2 selamat sampai balik ke ktn nanti .. ;)


NASI LEMAK daun pisang

salam semua

semalam dah plan nak makan nasi lemak .. sekali x jadi ..
sooo bila tgk entry nie dah rasa lain macam .. adehhhhhhhh x leh jadi .. kena beli gak esok ekekek nasi lemak last week enterprame petang2 sabtu nie .. layan aje lahh .. mata ngantuk tapi anak2 ajak tgk 7 PETALA CINTA ... haaaaaaaaaa layan je lahh nakkkkkkkkk



kami ber5 + ummi + ayah dan nenek 

kuih muih yg memang menjadi adat dahh .. kalau beli nasi lemak sure kena rembat kuih .. x ada kuih macam x sedap .. kenapa erk ??



PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 ~ biarlah mereka berhimpun secara AMAN !

salam semua

rata2 mengetahui hari ni berlangsungnye perhimpuan BERSIH 3.0 kan ..  soo jgn kita kalut akan hal itu , yg pelik nya , bukan rakyat yg takut tapi jelas disini pemimpin2 yg entah ape2 tuu duk panas 'buntut' haaaa kan dah kena .. upsss , duk risau cakap itu dan ini .. mereka x usik org punn .. duk baca surat khabar ada lah .. 

 .. biarlahhhh mereka nak berhimpun secara aman disana .. bukan nye nak merusuh pun .. rakyat tahu dan kebanyakan dari mereka lebih professional dlm hal2 macam nie .. lagipun mereka2 nia bukanlah jenis yg nak meroyan x tentu pasal merusuhkan .. kadang2 tuu ada aje dalang2 yg jahat membuat propa dan merusuh x pasal2 .. padahal mereka2 nie berniat nak berhimpun secara aman .. dan sudah pun diberikan AMARAN agar berhimpun secara aman .. sooo jgn lah diperbesarkan ..

 Kawat berduri dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka. Anggota polis sedang mengawal keadaan. Foto KAMARUL ARIFFIN/The Star

 
Penyokong Bersih menyediakan belon watak kartun Angry Birds untuk diedarkan kepada orang ramai di Brickfields. Foto M. AZHAR ARIF/The Star

9.41 pagi: Suasana sekitar Jalan Brickfields berhampiran kolam air pancuran masih lengang. Kelihatan beberapa kenderaan polis bersama sekumpulan anggota mula mengawasi kawasan sekitar.

9.30 pagi: Penyokong Bersih semakin ramai berkumpul di Masjid Negara. Petugas media turut membanjiri kawasan itu. Helikopter berlegar-legar memantau keadaan.

9.15 pagi: Kelihatan sekumpulan penyokong Bersih membeli token LRT di stesen KL Sentral untuk ke beberapa stesen seperti Masjid Jamek, Pasar Seni di mana kolasi penyokong Bersih berkumpul.

9.10 pagi: Tiga trak polis tiba di Jalan Tun Perak berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Lebih 30 anggota polis membuat persiapan mengawal keadaan di sini.

Kira-kira 25 anggota polis yang lain berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Leboh Ampang, mengenakan sekatan bagi laluan menghalang ke Dataran Merdeka.

9.06 pagi: Sekumpulan kecil penyokong tiba di Pasar Seni dengan membawa bersama dram dan tamborin.

9.05 pagi: Penyokong Himpunan Hijau mula berkumpul di laluan masuk ke KLCC, Jalan Ampang.

9.00 pagi: Lebih 200 penyokong Bersih mula membanjiri luar perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek dan kawasan sekitar. Sebahagian mereka mamakai baju kemeja-T berwarna kuning dengan lambang Bersih 3.0.

Ada di antara mereka turut memakai bandana, topi dan tudung serta gelang tangan berwarna kuning. Lebih 10 polis bantuan mengawal keadaan dan keselamatan di Stesen LRT Masjid Jamek.

Bagaimanapun, keadaan di sini masih aman.

Suasana di masjid negara pada pukul 9.00 pagi. FAIHAN GHANI/The Star

petikan dan banyak lagi di SINI


bukan akk menyokong atau membantah ! .. kita hidup bermasyakat perlu lah saling menghormati pendirian dan pendapat masing2 .. kalau mereka nak buat , buat lah .. selagi x mengganggu ketenteraman kita sudahlah .. kita yg x menyertai ini doakan mereka selamat dan doakan keadaan disana baik sahaja .. 

bukan dok kata org nie betul dan dok kata orang nie x betul .. bukan ke kita nie sesama islam ! .. soo sama2 lah berdoa , demi keselamatan sesama islam .. x boleh ke ?? jgn lahh mendoakan perkara yg x baik terjadi .. soo sama2 kita lihat .. 

Fasha Sandha Kini Sah Menjadi Isteri Rizal Ashram

salam semua

umum mengetahui mereka selamat diijabkabulkan semalam .. alhamdulillah , doa2kan lah mereka bahagia selamanya .. berseri fasha kan ??? make up dia by saidatul nisa .. no wonderlah akk tgk berseri-seri fasha , seri pengantin ! kann lain sikit ... ;) 
tahniah buat mereka berdua !



Seluruh Malaysia rasa’nya sudah mengetahui yang Fasha Sandha sudah pun selamat bergelar isteri kepada Rizal Ashram Ramli atau lebih popular dengan gelaran Jejai. 

Majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur malam tadi & di’hadiri oleh ahli keluarga, teman teman rapat, para artis & juga media. Pengantin perempuan, Fasha Sandha anggun dalam persalinan berwarna cerah rekaan eksklusif Rizman Ruzaini dan hadirin boleh nampak yang aktress ini tampak berseri seri.


 pic ; rotikaya

Majlis pernikahan mereka sebenarnya agak eksklusif kerana hanya sekitar 300 jemputan sahaja yang dibenarkan masuk & dengar khabar ada juga yang berani hadir tanpa jemputan. Tahniah buat pasangan ini yang kami kira sudah banyak kali mengharungi cabaran sepanjang hubungan mereka berdua & kami berharap ikatan sah mereka ini bakal kekal selamanya.

sumber ; rotikaya


semput2 kemas2 rumah sikit dulu .. lepas bfast ngan anak2 dan hubby roti canai .. balik jer terus terjah blog muhahahaha tegar lah katakan kannn .. BW umah kawan2 yg singgah umah akk mlm tadi .. mlm tadi dah kepenatan , macam biasa akk tidur awal .. lepas hantar ummi akk ke KL bersama kawan2nya .. kami balik .. baik rumah aje terus tidoo x hinggat dunia .. sedar2 dah pagi ... ;))

lepas nie fikir nak masak ape lak tgh ari .. malas betul nak fikirkan masak ! .. kalau cuti nie nak fikir santai2 aje huhuhu boleh tak ??


Friday, April 27, 2012

LELONGAN BIRI - BIRI " ECER PEKAN DORPER AUCTION" ~ ape tu ??

salam semua

mula2 tuu akk tgk banner , akk x paham .. jual biri2 .. wahh mudah nyeee .. ada ke rakyat pekan yg mampu beli , setahu akk kebanyakan rakyat tempatan di pekan nie memang berasal dari kampung dan ada yg dah lama menternak biri2 secara sendiri2 di kampung masing2 .. cth terdekat adalah family hubby akk .. haaa kebanyakannya ada menternak kambing dan biri2 .. , mudah je kalau ada sesiapa yg nak aqikah anak , haaa telefon aje .. ;) 

haaa progam nie berlansung selama sehari je .. dari pagi sampai ke malam .. boleh lahh .. nak kata meriah ngan orang , idok lahh , yg dtg kebanyakan nya nak tgk gerai2 jualan yg ada .. macam biasa , mereka lebih teruja pada jualan2 gerai dari jualan biri2 tuu ... dirasmikan oleh PM kita yeee .. anak jati pekan kan .. program yg dianggap besar nie sure lah PM yg rasmikan ;)


  petang tuu kami pun mengambil peluang mencuci mata melihat jualan dan melihat ORG ! .. fuh macam biasa .. org ramai macam semut ..masa nie cuaca dah nak ujan .. haaaa ;)


anak dara akk amanina tuu x berenggang dengan nenek dia .. cucu kesayangan lahh katakan .. kus semangat kan nina .. sama tinggi dgn nenek , lebih besar dari nenek huhuhu 

ha ini lah biri2 yg di lelongkan .. mak aihhh BUSUK ya ampun ! .. fenin akk masa nak amik pic nie .. pakkal lahh blogger tegar ekekek .. kalau idokkk sowiilah nak dtg dekat wokeh ! ... biri2 nie paling mahal berharga RM20 ribuu ! .. sila percaya ye .. paling murah adalah RM5 ribu sekor !! .. haaaaaaaa


macam biasa .. yg berani duk dekat adalah zahrien .. tu punn tgk mukee 
skema dia ekekek ...

lepas tuu kami berfoto gediksss kat sekitar dataran pekan .. hurmm ingat tak lagi yg akk pernah cakap pic2 dlm canon nie akk transfer dlm pc & hilang .. huhuhu nielah sebahagian yg dpt RECOVER .. yg lain sedih ! .. x tahu kemana dahhh .. dia rosak ! .. mencik ... dah lah banyak pic2 akk dan amanina mengediksss .. haaa tuhan x restuu lah tuu , tuu yg ilang .. ahhahaha positive2 .. ;))


pic taken by amanina .. edit by akk lahh .. saje2 main2 .. nie je dpt diselamatkan .. yg lain entah kemana .. mencik !! tensi ... kami bergegas balik sbb ujan .. huhuhu



Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...