Thursday, March 8, 2012

Tutup Aib Sesama MUSLIM


salam semua
untuk renungan petang bersama - sama .. akak dpt email jugak .. alhamdulillahhh semoga akak dan anda semua diluar sana mendapat kebaikan dan keberkatan serta sama2 memperbaiki diri dan kelemahan diri masing - masing ..



Nabi saw. bersabda, "Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Sesiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Sesiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat". (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan, akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya sesiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan buka pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri". " (HR Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya. " (HR Abu Daud)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim maka Allah menutupi kesalahannya di dunia dan di akhirat. (HR Ibn Majah)

16 comments:

  1. sama2 kita renungkan ye kak.. mekasih kerana mengingatkan kak.

    ReplyDelete
  2. sama2kt menjaga sesama kita

    ReplyDelete
  3. Betul tu, menutup aib sesama Muslim satu kewajipan, Moga jadi panduan bersama

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak..
    Menjaga aib sesama kita.. ;)

    ReplyDelete
  5. jangan dok selak sangat kain orang tu..hehe

    ReplyDelete
  6. INSYALLAHHH..semoga kita diantaranya..

    ReplyDelete
  7. sama seperti menyimpan rahsia juga

    ReplyDelete
  8. assalam ieda..terima kasih mengingatkan..insyaallah sesama kita pelihara lidah kita dari membuka aib orang lain

    ReplyDelete
  9. ingatan kepada semua O.o

    ReplyDelete
  10. Semoga kita boleh menjaga aib org lain spt kita menjaga aib kita sendiri....

    ReplyDelete
  11. thankyou for sharing kak

    ReplyDelete
  12. sama2 la kita jaga antara satu sama lain. tp umat Islam sekarang ni pun dah berpecah belah kan kan...

    ReplyDelete
  13. "Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".

    Kata-kata itu lah yang menjadi pegangan prinsip hidup dari dulu. Bila berpegang pada kata-kata itu, secara automatik mulut akan kurang berbicara. Berubah menjadi pendiam. Cakap perkara yang perlu sahaja. Sebab takut ketika sibuk berkata-kata akan terluah kata yang tidak enak pasal orang lain.

    Dan sebab itu juga saya suka dengan kerja saya sekarang, di mana saya seorang sahaja hawa di sini. Hehehe.

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...