Saturday, March 3, 2012

TEMPAT macam nie kena PERBAHARUI LESEN KE !!!


salam semua

x paham dengan apa yg kerajaan kita skrg nak agaknyee .. tempat2 macam nie dibenarkan perbaharui lesen .. lesen ape ?? lesen maksiat ?? tempat org boleh buat seks seseuka hati .. tempat org islam , melayu yg boleh lepak2 sambil minum arak ??? itu yg perlu di perbaharui oleh pemilik permis ini ???

ya alllahhhhhhh dimana peranan pemimpin kita skrg nie ?? ini bukan cara pemerintahan yg kita nak kan .. adab dan tingkah laku susila dibiarkan berleluasa , kenapa nak tunggu ada pelacur baru nak bendung ?? kenapa x bendung dari awal ?? semua ini menggalakkan maksiat dan dosa  .. come on lahhh pusat hiburan nie dah dibiarkan beroperasi selama 5 tahun !!!! ... dah banyak org melayu dan islam yg ROSAK akidah dan fikirannya  .. sedihhhhhhhh

OPERASI Polis D7 IPKKL membanteras aktiviti kegiatan maksiat di OPS Pub, Jalan Metro Prima Perdana Barat 7, Kepong. 


KUALA LUMPUR: Aksi 'catwalk' sambil menari dan menyanyi dalam pakaian mengghairahkan menjadi santapan mata buat pelanggan selain menyajikan khidmat seks dengan harga lumayan adalah antara tarikan sebuah pusat hiburan di Kepong.
Malah, pusat hiburan terbabit yang sudah lima tahun beroperasi didapati menyediakan pentas 'catwalk' di tengah-tengahnya sebagai tarikan kepada pengunjung melihat aksi ghairah wanita Thailand dan Vietnam. 

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya terbongkar selepas diserbu sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa, awal pagi tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, 15 GRO , termasuk 14 warga Thailand dan seorang warga Vietnam berusia 20 hingga 35 tergamam sebaik diserbu polis ketika mereka leka melayan tetamu. Malah, sebahagian daripada mereka ketika itu berada di atas pentas menyanyi sambil menari dengan pakaian mengghairahkan.

Azman berkata, pihaknya sudah mengadakan intipan di pusat hiburan terbabit sejak seminggu lalu selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan maksiat di premis terbabit.  Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan terbabit yang sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan bertukar majikan tidak mempunyai lesen selepas ia gagal diperbaharui.

“Pusat hiburan ini menggunakan khidmat GRO dengan menyediakan sebuah pentas 'catwalk' di mana wanita terbabit akan menari, menyanyi dalam aksi mengghairahkan dengan pakaian seksi.  “Kita juga percaya mereka turut menawarkan khidmat seks kepada pelanggan yang memberi tawaran lumayan bergantung kepada cara mereka memujuk GRO terbabit,” katanya selepas operasi terbabit.

Beliau berkata, kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan penjaga.  Azman berkata, seorang wanita tempatan berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak memperbaharui lesen premis terbabit selain akan mengeluarkan saman kepada pemiliknya,” katanya.


DBKL x selidik ke sblm meluluskan lesen setiap perniagaan ?? luluskan lesen dengan buta tuli ke ?? x pantau lepas bagi lesen ??  ...nie bukan isu individu yg x pandai jaga diri , tapi semua berhubung kait dengan bagaimana kerajaan meluluskan tempat2 macam nie .. memang semua ini menggalakkan masyarakat skrg terjerumus dengan maksiat dan dosa .. 

bayangkanlahh kalau seekor kucing dah nampak ikan diatas pinggan , x kan dia nak tgk je kan .. haaa macam tu lah jugak dgn tempat2 macam nie .. kalau x diwujudkan di malaysia nie , x der lah masyarakat kita nie mudah terjerumus ke kancah maksiat macam nie .. huhuhu ( sekadar pandangan peribadi akak utk direnung bersama - sama )

19 comments:

  1. Astaghfirullah..tak terkata..

    ReplyDelete
  2. Ish2.dah gagal diperbaharui lesen tu pun, still berani nk beroperasi jugak!dah 5 thn pulak tuh.nasib baik la msykt kita prihatin,but aduan.syukur alhmdlh.

    ReplyDelete
  3. Takut Tgk baju Mcm tu
    Mashaallah dunia akhir zmn tiada istilah malu

    ReplyDelete
  4. selekeh, hmm apa la nak jadi yeaa

    ReplyDelete
  5. tempat mcm ni x perlu ada patotnya...

    ReplyDelete
  6. ituler kak, semakin dibendung,
    semakin menjadi plak..
    ntah la pihak berkuasa tempatan ni,
    x gheti nk mikirnyer..
    br ni isu yg guna pas pelajar tu diutarakn, br terhegeh2 nk amek tindakan..
    huh, payah nk bercakap la...

    ReplyDelete
  7. mmg agak menghairan bila tempat sebegini terlalu kebal beroperasi walau byk kali kena pelbagai tindakan.Eloknya tak payah keluarkan lesen utk tempat mcm ni.

    ReplyDelete
  8. patut ban terus aje tempat2 camni.. ban untuk org yg beragama Islam.. pandai2 lah fikir nak wat camne untuk elakkan org Islam masuk tempat camni.. tapi kalau Cina & India tak apalah.. mereka tak bersalah.. cuma tempat maksiat camni mmg x patut digalakkan atau ada pembaharuan lesen..

    ReplyDelete
  9. Salam K.Ieda,

    Semoga negara kita dijauhkan dari malapetaka & bencana...

    ReplyDelete
  10. aGAK2..berlaku ke tidak yaa..sogokan wang yang bisa mengaburi mata..hinggakan sewenang2 dapatkan lesen perniagaan sebegini....
    Memang terkedu dibuatnya!!!!aduhai:(:(

    ReplyDelete
  11. susah nak kata apa kan..semuanya mcm dah tak terkawal..

    ReplyDelete
  12. kerjaaan pun dh kebaratan.........huhu opssss

    ReplyDelete
  13. Ya Allah.. tempat camgini pun ada.. siap catwalk ghairah lak tu..

    ReplyDelete
  14. kak,club2 cmni skrg bersepah kak..kalau authority yg ada kuasa x block,nk harap siapa lg.

    ReplyDelete
  15. sokong zaty embong, selagi kepala tak jalan lurus cam mana ekor nak jalan lurus : (

    ReplyDelete
  16. Entah nak kata apa kak...terkejut juga bila ada club camni....

    ReplyDelete
  17. yg ni pulak risau masalah sosial bapak2 pulak nehhh....adehhh

    ReplyDelete
  18. aduiiii ssh nk ckp...kang ckp lebih kene saman pulak...

    ReplyDelete
  19. Lesen perniagaan diluluskan oleh majlis tempatan... Sapa ahli majlisnya... dah tentulah ahli parlimen atau ahli DUN kawasan tersebut... ini lah kenyataannya... utk pengetahuan awak... Kepung adalah dibawah DUN DAP. Sama jugak dengan Puchong... Under DUN DAP juga. Kat area Puchong pun, pusat maksiat tumbuh bagaikan cendawan. Parti politik mana yang jaga kawasan tu... DAP. So, bila anda sokong DAP, bermakna anda menyumbang kepada maksiat. Dan PAS bersekongkol dgn parti yang menyokong maksiat. Kesiankan umat Islam...

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...