Friday, March 16, 2012

PUSAT perlindungan ORPHAN CARE


salam semua

yaaa dulu akak 
 pernah buat entry pasal pusat perlindungan bayi Orphan Care ini , dulu akak cukup2 x setuju , well thats my personal opinion lah kan .. bila memikirkan pusat penubuhan ini seakan menggalakkan kehamilan luar nika h dan terlarang .. membuatkan akak x setuju ..

tapi tadi ada baca artikal dlm metro mengenai perkembangan pusat perlindungan bayi ini .. dah baca dan paling x sangka , ada juga bayi didalam BABY HATCH ini .. seramai 3 bayi yg ditinggalkan didalam baby hatch ini .. sungguh x disangka .. sedih pilu bila memikirkan akhirnya bayi2 ini selamat ... dan paling terharu menurut pengasas Orphan Care ini salah seorang bayi tersebut adalah OKU dan sudahpun selamat berada bersama keluarga angkat mereka .. syukurrrrrrrrrrr alhamdulillah ..

Bayi OKU itu adalah bayi yg kudung tangan kirinya dan sumbing .. Ya allahhhhh siapalah keluarga angkat yg sanggup mengambil bayi ini sebagai anak angkat .. semoga allah memberikan limpah kurnia dan rahmat buat keluarga ini ... aminnnnnnnnnnnn



 LINDUNG...Ketua Komuniti Ibu Bapa Orphan Care, Kim Rozali menunjukkan peti 
Baby Hatch di Orphan Care.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,600 permohonan diterima dan berada dalam senarai menunggu Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan Care) daripada pasangan suami isteri yang ingin mendapatkan anak angkat. 
m
Jumlah itu diperoleh sejak Orphan Care ditubuhkan pada 2008 dan sepanjang tempoh sama 400 pasangan sudah ditemuduga untuk menentukan sama ada mereka layak menerima anak angkat atau sebaliknya.

Penyelaras Perhubungan Kerajaan Orphan Care, Datin Elya Lim Adnan berkata, sejak kewujudannya hingga kini, pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) menerima 50 bayi termasuk tiga yang ditinggalkan di peti Baby Hatch.

“Baby Hatch atau peti perlindungan bayi tidak diingini ini diwujudkan dua tahun lalu dan setakat ini tiga bayi ditinggal di situ tanpa maklumat kelahiran biarpun kami menyediakan borang untuk diisi,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada bayi yang sudah diserahkan kepada ibu bapa angkat itu ialah bayi cacat atau orang kelainan upaya (OKU).
“Bayi OKU itu kudung di tangan kanan dan sumbing. Dia kini menjadi anak angkat kepada pasangan yang sudah mempunyai anak dan tidak kisah terhadap kecacatan fizikalnya,” katanya.

Beliau berkata, kebimbangan terhadap keselamatan anak mungkin menyebabkan ramai individu tidak mahu meletak bayi mereka dalam Baby Hatch, sebaliknya memilih untuk menyerahkan kepada pegawai pusat berkenaan.

“Kami percaya individu yang meletak bayi dalam peti Baby Hatch tidak mahu mendedahkan maklumat yang mengaitkan diri dengannya,” katanya. Katanya, Baby Hatch dilengkapi penghawa dingin, tilam dan bantal, lampu, kamera litar tertutup termasuk ‘sensor’ berat badan yang akan mengaktifkan penggera supaya penjaga pusat berkenaan mengetahui ada bayi diletak dalam peti itu.

“Pintu peti berkenaan tidak boleh dibuka semula selepas bayi diletak di dalamnya dan ini dilakukan sebagai langkah keselamatan untuk mengelak kanak-kanak itu diambil orang lain,” katanya.

lagi DISINI

18 comments:

  1. hurrmm..ade baik nyer ade buruk nyer..hurrmm...

    ReplyDelete
  2. kesian terbayangkan anak2 kecil tu, tp jgnlah mereka mengamvil kesempatan atas kemudahan ini

    ReplyDelete
  3. ada lebih ada kurangnye ye kak..

    ReplyDelete
  4. ader baik & buruknya kan kak.. mulia betul ibu/bapa yg amik anak angkat oku tu.. sy pun rasa terharu..

    ReplyDelete
  5. sekurang-kurangnya diorg tak buang anak yang tak berdosa tu mcm sampah kan kak bila ada baby hatch ni

    ReplyDelete
  6. Semoga pasangan yang mengambil bayi2 tersebut dapat memberikan bayi2 itu kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  7. mulia sungguh keluarga yang mengambil anak angat tu..hope keluarga itu akan menjaga anak istimewa sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  8. kalo difikirkan dari sudut positif mmg ado baik nyer...

    ReplyDelete
  9. Moga tidak disalah gunakan dan kehidupan bayi lebih baik dengan ibu bapa angkat nanti, insyaAllah.

    ReplyDelete
  10. atleast takde bayi yg tak berdosa mati lagi kak...

    ReplyDelete
  11. ada baik dan ada baiknya...hrp2 kes2 pembuangan bayi tak timbul lagi.Jgn pula ada yg mengambil kesempatan dgn adanya pusat perlindungan spt ini

    ReplyDelete
  12. walaupun wujudnya tmpat ni mcm galak bnda x baik,tp sbnrnya sgt bagus,sbb diorg xde nk buang anak smpai mati. apapun yg diorg bt tetap salah, antara dia dgn Tuhan.

    ReplyDelete
  13. perasaan bercampur baur dgn baby hatch ni.. ada pro & conss

    ReplyDelete
  14. rasa terharu sgt sebab baby2 tu selamat tp buruknya sewenang wenangnya la dorang nk buang bayi dan melakukan maksiat..

    ReplyDelete
  15. Ada tempat macam ni,sekurang2nya dapat mengurangkan kes pembuangan bayi harapnya ye

    ReplyDelete
  16. tmpat mcm ni dpt kurangkan kes buang bayi.. bila ada bayi yg kene buang lagi buat rasa sgt2 sedih...

    ReplyDelete
  17. ade tak no fon yang boleh saya call

    ReplyDelete
  18. saya sekarang ade masalah tersebut .. saya nak mintak bantuan dan saya nak mintak no fon yang boleh saya hubungi dengan segera

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...