Thursday, March 1, 2012

PENYAKIT WANITA yg sering DITAKUTI oleh kita


salam semua

semua sumber2 ini akak dpt dari laman blog wanita intim .. alhamdulillah bila akak baca , rasanya nak share yg semua wanita2 di luar sana .. kita jgn ambil mudah ok .. kalau boleh selalu lah prihatin dengan perubahan pada badan dan diri kita .. kalau ada rasa x kena segeralah berjumpa Dr .. dan kalau boleh bila dah berumur nie amalkanlah memakan supliment2 yg baik dan terjamin .. 

bukan ape semua itu utk support kekuatan tubuh badan kita selain pemakanan harian kita .. Kalau nak tahu pemakanan kita seharian ini punn dah x menjamin sihatnya .. dah banyak makanan dan minuman yg semua bersifat "SEGERA" huhuhu takut .. nak2 bila kita bekerja .. 

ada yg diluar sana yg kurang minum air masak .. kalau dah kurang minum air masak , macam mana badan nak beroperasi utk membuang semua toksin2 dalam badan ..  dibawah adalah 5 jenis penyakit wanita yg sgt2 ditakuti dan TOP skrg nie .. jom kita baca


Lima penyakit utama wanita

Fibroid

Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan benigna yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun. Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid. Mereka yang berisiko untuk menghidap fibroid ialah wanita pada usia subur (30 – 40 tahun), wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau indeks jisim badan melebihi 25kg/ m², wanita yang mempunyai ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid dan wanita yang tidak pernah melahirkan anak (nulliparous).

Endometriosis

Endometriosis mengambil maksud daripada perkataan endometrium, iaitu endo, ‘dalam’, dan metra, ‘rahim’. Ianya membawa maksud kepada keadaan atau kejadian di mana lapisan tisu yang melitupi bahagian dalam rahim didapati berada di luar kawasan rahim, atau kawasan lain pada sekitar sistem reproduksi seseorang wanita. Simptom utama penyakit ini adalah sengugut dan sakit pada bahagian pelvik. 

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

PCOS merupakan gangguan hormon yang paling tinggi dalam kalangan wanita yang berada pada peringkat subur dan menjadi salah satu faktor ketidaksuburan (infertiliti) dalam kalangan wanita. Gejala sindrom ini berbeza antara wanita yang menghidapinya. Namun, punca berlakunya sindrom ini masih belum diketahui secara jelas. Gejala PCOS boleh menjadi tidak ketara atau ketara dan ia berbeza antara seorang penghidap dengan penghidap yang lain. 

Anorexia Nervosa

Anorexia atau nama saintifiknya ‘Anorexia Nervosa’ berasal daripada gabungan perkataan Greek (Anerektos) dan Latin (Nervosa) yang membawa maksud tiada selera dan juga gangguan makan akibat kesan psikologi dan fizikal yang teruk. Ia adalah sejenis gangguan disebabkan oleh peraturan sendiri yang terlalu ketat berhubung dengan cara berdiet dan akhirnya mengakibatkan gangguan makan yang dimanifestasi oleh penolakan makanan yang mengakibatkan berat badan berkurangan sampai ke tahap yang membahayakan.  

Menopaus

Putus haid atau menopaus ialah waktu pertengahan usia seseorang wanita itu, apabila dia berhenti mengeluarkan haid. Hal ini terjadi, apabila ovari (kilang telur) berhenti menghasilkan telur. Biasanya, menopaus terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara mendadak. Kesannya, ia akan mempengaruhi hormon, badan dan perasaan seseorang wanita

artikel sePENUHnya 

ps : sorry sgt2 ari nie seharian x dpt nak BW atau publish entry uhuhu banyak nye kerja membuatkan akak betul2 keletihan dan x sempat semua .. x terkejar .. letih dan sedih :( apa2 punn dah kerja kan .. selagi mampu akak teruskan .. tapi rasa macam dah x mampu dah .. hati dah x der .. huhuhuhu macam mana tuu .. entah lahh .. nie dah ada kat umah .. akak update entry2 yg dah di siapkan awal .. nanti akak BW balas kunjungan kalian yg x pernah jemu menjenggah akak .. terharu sgt2 ... TQ 

19 comments:

  1. Tq for sharing kak, keturunan saya mmg ada fibroid, mintak dijauhkanlah, yang penting jaga kesihatan!!!

    ReplyDelete
  2. assalmualaikum kak ieda

    alahai.. ayu pun dh macam kak ieda, masa sangat suntuk.. rasa dah tak syok berblog, tapi sayangnya hubungan y terjalin...

    kak.. thanks for info.. ayu pun ambil berat ttg kesihatan.. sbb tu skrang selain check gula dlm darah dipakar.. ayu bt lah riadah yang sempat2 sahaja

    ReplyDelete
  3. haah, takut kak..
    mintak dijauhkan sume tu, amin!!

    ReplyDelete
  4. Thanks kak share benda ni.. ;)
    Inapun x dpt BW mcm selalu kat waktu lunch siang td..
    BerukBen ina dah 2 hari slow..
    Problem loading blog2..
    Sesetengah je lepas..
    Nyampah!! ;(

    ReplyDelete
  5. sama2 ambik prihatin untuk mencegahnya...

    ReplyDelete
  6. info yg sgt2 berguna..thanks :)

    ReplyDelete
  7. thn lepas dikesan ada fibroid tp nasib baik saiznya terlalu kecil n kak sudah menghampiri menopous...doktor kata x membahayakan!....alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. info yg sangat berguna....thnks dik....mmng kena jaga kesihatan...

    ReplyDelete
  9. Terima kasih berkongsi info. :)

    ReplyDelete
  10. good info kak.. huhu.. takot ler..

    ReplyDelete
  11. g nk kena check ni..kot2 ada problemm...huhuhuh

    ReplyDelete
  12. mencegah lbh baik dr mengubati kan kak?good info

    ReplyDelete
  13. Tq Ieda sudi kongsi info nie....

    ReplyDelete
  14. kena selalu buat check-up kan kak

    ReplyDelete
  15. moga2 kita dijauhkan dr pelbagai penyakit itu kak...:)

    ReplyDelete
  16. dijauhkanlah kite dr terkena kan kak...

    takutnyeeee

    ReplyDelete
  17. gud info kak.. kesihatan kena la sntiasa dijagakan kak..

    ReplyDelete
  18. semoga penyakit sebegitu dijauhkan dr kita ...ameen

    ReplyDelete

Komen apa sahaja , tapi janganlah sehingga menguris hati empunya blog ATAU sesiapa sahaja ye !
HAPPY BLOGGING & THANKS FOR COMMENT

Labels

Suke (845) Makan - makan (411) Renungan (388) Hiburan (288) macam - macam (283) family (274) anak-anakku (237) Dunia (219) artis (204) Wanita (195) Tentang Aku (181) Familly (138) sedih (120) Syukur (108) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Blogger (65) Info (63) GA (56) Majlis Kawin (55) Holiday (51) sedap (48) Tahniah (43) Contest (41) Diet (40) anak (39) anak-anak (39) Lawak (37) putra muhd saiful zahrien (36) Herbalife (35) anak saudara (35) puasa (34) Bday (30) Raya (27) nuffnang (27) suami isteri (27) lelaki (26) blog (24) Teladan (23) Pelik (22) hari raya aidilfitri (18) Award (17) jalan-jalan (17) Kasihan (16) By Hubby (15) Rintihan (15) Petua (13) Tips (13) Tips Kekeluargaan (13) Tips kecantikan (13) nur amni adriana (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tanggungjawab (11) putri nur fatin sabriena (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) meninggal dunia (10) putri nur fatin amanina (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) kehidupan (9) pekerjaan (9) perkahwinan (9) awana kijal terengganu (8) berpuasa (8) tragedi (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) amalan (7) hari raya aji (7) kasih sayang (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) kelebihan puasa (6) remaja (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) menang (5) pemimpin (5) ustaz azhar idrus (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) akhir zaman (4) hari bapa (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) Hari Ibu (3) Outing (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) biskut raya (2) keluarga (2) motivasi diri (2) ustaz Don Daniyal (2)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...